Iklan

Wednesday 29 January 2014

TANGGUNGJAWAB BARU

Bermula dari minggu lepas lagi Afif dah start dengan tanggungjawab baru dia...Ketua Kelas!

Alhamdulillah, mama tumpang gembira untuk anak mama. Walaupun Ketua Kelas je tapi mama pun excited. Afif pun nampak happy sangat dapat jawatan tu dari Ustazah.

Minggu lepas bermulalah kami sibuk mencari sampin merah untuk dia. Bila sekolah dah mula rupanya dah tak banyak tempat menjual baju2 sekolah...mana ku tahu :D Terpaksalah kami mencari di butik yang memang menjual baju seragam sekolah. Akhirnya hari Khamis, 23/1 tu lepas balik dari tampal gigi mama dan sebelum pergi cabut gigi Afif, kami ke The Store di Sungai Buloh. Dalam The Store tu tak ada, kami beli dari butik pakaian seragam kat luar2 tu. Gembiralah anak teruna tu dah dapat sampin merah dia.

Hari Jumaat lepas, 24/1/2014 dah bagi dia pakai sampin tu :)  


Hensem anak mama. Semoga lepas ni dapat jadi Pengawas sekolah pula ;)

AFIF JATUH TANGGA

Musim persekolahan baru je bermula, tak sampai pun sebulan lagi tapi Afif ni kasut sekolah dah nampak ada tercarik dah sikit. Beg sekolah pula dah terkoyak kat bawah gara2 dapat buku teks hari tu, diseretnya beg dia...apalagi, memang tersagatlah beg tu. Agak2, untuk setahun, berapa pasang kasut dan beg sekolah yang aku kena beli? Itu belum masuk kes dia tertinggal bekal makanan dan botol air. Tapi setakat hari ni bekal2 tu selamat dijumpai semula sebab mak cik kantin tolong simpankan.

Sebenarnya, ni nak cerita pasal Afif jatuh tangga minggu lepas kat sekolah. Katanya dia nak turun rehat kat kantin. Tangan dia penuh pegang botol air satu dan bekal makanan satu tangan lagi jadi katanya dia tak ada tangan nak pegang tangga. Kemudian dia tersalah pijak anak tangga, makanya terus slippery dan menggelungsurlah jatuh. Teruk juga dia jatuh tu kalau tengok pada luka kat belakang dia. Bila tengok kesan luka tu hati aku tersayat sangat. Aku dapat bayangkan macamana dia menggelumpur menahan sakit. Kalau kena kat kita pun mesti sakit apatah lagi kena kat tulang.



Tengok luka tu, dari kesan luka tu macam kena tulang belakang. Bila aku tengok je luka dia terus aku tanya  dia ada sakit tak kat tulang? Ada rasa tak boleh berjalan ke apa ke? Alhamdulillah katanya tak ada, cuma pedih luka tu saja.

Aku tanya kawan2 tolak ke? Katanya tak, dia sorang2 je tapi lepas dia jatuh ada abang2 (budak2 darjah 2 @ 3 la tu) tolong bawa dia jumpa cikgu. Tapi yang aku terkilan, katanya cikgu tengok luka dia dan bila aku tanya, cikgu tak letak ubat ke? Katanya tak, cikgu tengok je sebab ubat tak ada.

Masyaallah, rasanya setiap sekolah mesti kena ada First Aid Kits kan? Takkanlah sampai tak ada ubat langsung nak tolong letak kat luka anak aku tu. Dibiarkan je luka tu macam tu. Kesian Afif! Kadang2 sikap pihak sekolah yang macam ni lah yang buat ibubapa sakit hati. Bila kami bising, katanya kami terlalu manjakan anak. Tapi kalau jadi macam ni, di dalam kawasan sekolah, tanggungjawab siapa? Memanglah salah anak aku sebab kecuaian dia tapi aku cuma minta cikgu lebih prihatin. Kalau ada patah tulang atau terjadi apa2 yang lebih serius macamana?

Macamanalah hati seorang ibu macam aku ni tak risau nak lepaskan anak walaupun ke sekolah? Sudahlah anak aku sorang itu je, kalau jadi apa2 pada dia, mana lagi aku nak cari pengganti? Semoga lepas ni Afif akan lebih berhati2. Harap2 juga sekolah dah mula beli First Aid Kits untuk kegunaan sekolah!

U MOBILE TETAP KEJI!

U Mobile memang keji! Dah berminggu-minggu line internet kat rumah aku ni macam siput babi tengah bunting. Kalau dah line slow2 macam ni memang aku malaslah nak update blog. Nak update guna Ipad, tak best kalau nak buat entry berjela2. 

Masa aku tengah buat post ni pun line masih slow. Boleh pula diaorang bagi alasan sebab ramai pengguna U Mobile kat area sini....#&*@ betul! Kalau macam tu, better kau hadkan pengguna untuk setiap kawasan, contohnya Taman A cuma 20 orang je boleh register U Mobile, Taman B pun cuma 20 orang je...boleh? Sebab kami bayar kot tiap2 bulan. Line laju ke line lembab macam sekarang yang langsung apa pun tak boleh buat, kami tetap bayar jumlah yang sama ok!

Sepekara lagi, asal aku duduk je kat meja ni nak buat kerja, start la bahu dan tengkuk aku lenguh2...so, makin malaslah aku nak duduk sini lama2 tapi alang2 aku dah duduk ni akan aku up seberapa banyak post yang boleh.

Sekian!

Thursday 23 January 2014

CUMA MIMPI

Pagi tadi entah macamana encik suami cakap kat aku yang dia mimpi aku mengandung... :o

Alangkah indahnya kalau itu bukan sekadar mimpi....

Beberapa minggu sebelum tu pun aku ada juga mimpi aku mengandung...suratan atau kebetulan?

Tapi semuanya cuma mimpi. Bukan aku tak pernah mimpi aku mengandung sebelum ni tapi aku tak juga mengandung lagi. Mimpi itukan mainan tidur :( Kalau boleh aku tak nak mimpi macam tu lagi sebab membuatkan aku menaruh harapan...

Cik P nampaknya tak sudi hadir pula bulan ni. Perlukah aku try UPT??? Ahakssss.....

Tuesday 21 January 2014

NO! CIK 'P' BELUM SINGGAH

Aku jangkakan  Cik P akan datang sekitar 18hb sebab bulan lepas 18hb dia datang. Tapi hari ni dah 21/1 pun masih belum singgah. Yang peliknya minggu lepas dah ada tanda brownish, breast sakit2 dan cramp tapi minggu ni dah hilang pula brownish tu dan yang tinggal cuma breast sakit dan cramp sekali sekala.

Seperkara lagi, pinggang aku ni lenguh semacam. Bila ditekan sakit. Macam sakit period pain tapi periodnya belum lagi. Perut pun kembung semacam. Lapar pun lain macam gayanya. Baru makan nasi sepinggan, sejam lepas tu rasa nak makan nestum pula. Lepas makan nestum rasa nak kunyah2 keropok la, nak kunyah2 biskut la. Malam pun dah tak macam dulu, tak makan pun tak apa. Kali ni kalau tak makan rasa perut tu kosong je.  Nasib baik malam tidur awal, kuranglah sikit nak mengunyah tu.

Agaknya kesan dari ubat2 yang aku ambik tu ke? Rasa berat pun dah bertambah je ni, tu yang tak gemar tu :( 

Agak2 Cik P ni nak kembali regular ke atau makin bermasalah agaknya ni? Kalau period kita tak regular dulunya, bila makan ubat hormon memang period akan jadi lambat macam ni sebelum dia regular ke? Kenapa susah sangat aku nak faham sifat kau wahai Cik P?

Monday 13 January 2014

KENCING KOTOR

Okey, alang2 dah update blog...ni ada satu lagi story nak distorykan. Aku kena kencing kotor! Kencing kotor atau jangkitan aku pun tak tahulah tapi bukan kencing tak puas, cuma lepas dah habis keluar air kencing tu rasa pedih dan sakit sangat. Sampai meleleh2 lah ayaq mata menahan sakit. 

Ya Allah! Aku memang dah lama gila tak kena penyakit azab ni. Dulu sebelum mengandung memang aku kerap kena. Kiranya aku dan penyakit ni memang bff. Dalam setahun tu rasanya berbelas kali aku kena. Seksanya hanya Allah yang tahu. Kadang2 rasa dah tak nak hidup. Astaghfirullahalazim! Tapi memang azab sakit ni. Siapa yang pernah kena akan tahu macamana azabnya. Nak duduk pun tak boleh, apatah lagi nak pejam mata. Masa aku kena dulu tu aku memang tak boleh dekat dengan orang, aku rasa lain macam. Aku tak selesa dan entah macamana nak describe perasaan aku masa tu. Nasib baik kali ni kena tak adalah rasa kencing tak puas. Kalau rasa kencing tak puas tu yang azab tu sebab rasa macam nak tidur dalam bilik air je. Kali ni cuma rasa pedih, panas dan sakit lepas kencing. Aku dah cuba minum banyak air tapi ni dah hampir seminggu masih juga belum sembuh. Bila dah minum air banyak, masa nak terkencing memang tak boleh tahan2 pulak tu. Kalau tahan memang akan terkencing dalam seluar. Bila dah sakit macam ni, biasalah kat atas ari2 tu akan rasa macam cramp je.

Oh ya, hari ni ada rasa macam mild period pain. Mungkin period nak datang kot. Bulan lepas 18/12, kiranya dalam minggu ni la dijangka datang. Sejak 3-4 hari lepas pun dah ada brownish. Breast pun dah sakit2. Jangan kena period pain sudahlah.

KENA TINDIH

Assalamualaikum...ni nak buat entry yang dah basi tapi rasa nak kongsi gak kat sini :) Nak cerita pasal mimpi sebenarnya. Kejadian ni terjadi dah lama dah...setahun lepas! Hah? Setahun lepas? Ye lah, 31/12/2013 tu tahun lepaslah kan? Muahahaha...baru lagi tapi tahunnya yang dah berubah.

Kisahnya pagi2 sebelum Subuh 31/12/2013 tu aku kena mimpi tu. Kira macam mimpi ngeri terakhir sebelum tahun barulah! Kronologi mimpi tu aku tak ingat. Yang aku ingat, tau2 dah kena tindih. Tapi kali ni kena tindih lain macam sket. Aku taklah berpeluh2 bergelut tapi letih tu ada. Menjerit tu jangan cakaplah, memang kuat gila kot menjerit dan siap toleh kat suami aku yang dok tidur kat sebelah lagi tapi suami aku tak dengar dan tak bergerak sikit pun.

Selalunya kalau aku mimpi atau tak tahulah memang betul2 kena tindih ke apa, aku cuma rasa tak boleh bergerak je tapi kali ni aku dapat rasa badan aku bergetar dari kaki sampai ke kepala. Sakit! Lain macam rasanya macam ada benda nak masuk atau keluar daripada badan kita. Nasib baik dalam kena tindih tu aku masih boleh sebut 'Allahuakbar!' dan lepas tu aku baca ayat Qursi. Tak lama aku pun tersedar.

Sejak2 lepas aku mimpi tu badan aku pun mulalah sakit2 balik. Aku bukan nak buat cerita mistik ke apa kat sini tapi aku dapat rasa perbezaan badan aku. Aku memang kerap lenguh2 kat tengkuk, bahu dan belakang. Sejak aku keluar hospital hari tu alhamdulillah aku tak ada rasa lenguh2 sangat kat tengkuk, bahu dan belakang aku tapi sejak aku mimpi tu aku jadi lenguh2 balik kat area tu. Kalau dulu aku anggap mungkin aku banyak mengadap laptop tapi aku dah lama tak mengadap laptop, so kenapa aku boleh lenguh2 kat area situ? Memang seksa dan tak selesa bila sakit tu datang. Aku rasa tak boleh nak buat apa sebab lenguh, pastu menangkap sampai ke kepala. Nak mengurut pula payah sebab kat belakang, macamana pula aku nak pusing mengurut badan sendiri? :(

Wednesday 8 January 2014

!ST DAY AFIF DI SEKOLAH

AFIF DI SEKOLAH KEBANGSAAN 2/1/2014





















AFIF DI SEKOLAH AGAMA 3/1/2014






















Monday 6 January 2014

2014 - AFIF DAH DARJAH 1

Sob...sob...sob...
Anak teruna aku dah besar :( Rindu pula pada keletah2 dia masa kecik2 dulu. Tup2 dah meningkat remaja anak aku. Esok2 dah tak mau peluk cium mama dah. Lepas tu makin jauh dan makin jauh dari mama, kawan2 dilebihkan. Aku memang akan melalui semua saat2 tu suatu hari nanti. Kembalilah aku bersendirian...siapa yang tak sedih?

Sebelum sessi persekolahan bermula, kami laki bini kalutlah dengan persiapan sekolah anak kami yang sorang ni. Hujung2 cutilah baru nak survey sekolah agama untuk Afif. Sebenarnya dah daftar kat sekolah agama kerajaan tapi crowded sangat pula sekolah tu, entah boleh ke tak cikgu memantau prestasi budak2 nanti. Cadang nak hantar ke private school pun terpaksa dibatalkan sebab faktor kewangan. Yuran untuk private2 school ni bukan calang2, silap2 boleh buat IVF pun. Menyesal pun ada sebab anak cuma seorang tapi kami tak mampu nak buat dan beri yang terbaik untuk dia. Insyaallah sekolah biasa pun kalau ada rezeki buat dia yang Allah dah janji, dia boleh berjaya...

Kos untuk persekolahan anak yang cuma seorang ni termasuk dengan yuran segalanya lebih dari RM600. Macamanalah orang yang ada anak 4-5 orang bersekolah agaknya? Tapi memang betullah setiap anak tu ada rezeki masing2. Kalau tak, mesti ramai budak2 yang tak bersekolah. Bayangkan baju kemeja putih je dah harga RM20++. Gila ke apa? Jahit guna benang emas ke apa? Baju sekolah agama pun sama. Nak beli baju tak boleh beli sepasang, paling kurang 2 pasang.

30/12/2013 Hari Orientasi Afif di sekolah kebangsaan. Sekolah tak jauh mana pun. Nak hantar jauh2 risau pula walaupun sekolah yang aku daftar ni taklah aku berapa berkenan. 1st day orientasi, lepas budak2 beratur dalam barisan mengikut kelas masing2, diaorang dibawa masuk ke kelas. Ada dibuat sedikit ujian diagnostik katanya. Ibubapa kena duduk dengar taklimat kat bawah. Lepas habis taklimat, tunggu Afif settle semua. Afif no hal pun. Dia relaks je, lagi tak sabar nak masuk sekolah adalah! Dia kata dia rindu kat kawan2 dia. Kesian dan sedih pula dengar. Maklumlah kat rumah tak ada kawan.

2/1/2014 barulah 1st day persekolahan Afif. Hari pertama persekolahan memanglah jalan tu jem macam nak ke stadium bola sampai Afif terlewatlah sampai. Mujur sampai2 je budak2 kelas dia baru beratur nak ke kelas. Lepas tu ingat nak tengoklah macamana dia menyesuaikan diri hari pertama kat sekolah tapi tak lama kat atas tu dah kena halau. Sakit betul hati! Tak ada perasaan betullah pengurusan sekolah ni. At least hari pertama tu bagilah kelonggaran sikit mak ayah tengok anak2. Aku tahulah diaorang tak nak mengganggu tumpuan anak2 tapi 1st day baru kot, apa sangat yang korang nak tumpukan? Aku anginlah juga sebab aku nak tengok macamana anak manja aku tu boleh menyesuaikan diri dalam kelas. Kalau aku tengok dia okey, ada kawan2 nak berbual, aktif dan participate, aku pun lega. Ini tak boleh tengok langsung, memang aku tak sedap hatilah!

Kami suami isteri tunggu juga Afif sampai waktu rehat. Tadi dah bekalkan dia roti. Dia yang request. Bila time rehat, tengok dia ada kawan...alhamdulillah, lega hati mama. Sekurang2 waktu rehat lepas2 ni dia adalah kawan nak makan bersama. Lepas makan, aku saja2 nak ajar dia beli makanan kat kantin. Masyaallah, anak aku memang failed bab2 kira duit. Terkial2 dia mengira. Mujur kawan dia pandai so aku pesan kat kawan dia tengok2 dia kalau dia nak beli apa2 kat kantin.

Lepas rehat, aku ajak suami balik. Tak larat dah nak tunggu sampai dia balik sekolah cuma aku suruh suami yang ambil dia balik sekolah nanti. Suami kata waktu balik Afif menangis sebab cari abah dia tak jumpa. Mungkin sebab ramai sangat mak ayah yang serbu nak ambil anak, sebab tu dia tak jumpa. Insyaallah awal2 sekolah je macam tu, lama2 esok tak ramai dah kot mak ayah berebut2 nak ambik anak. Afif pula pergi balik sekolah agama dan kebangsaan naik van. Harap2 dia bolehlah belajar berdikari lepas ni. Aku risau juga nak lepaskan dia naik van tapi aku kena redha sajalah. Van pula menjemput memang awal gilalah. Sekolah agama balik pukul 10.45 pagi...sampai rumah pukul 11.25 tghr. Sekolah kebangsaan masuk pukul 1 tghr, pukul 12.15 dah jemput tapi nak buat macamana, kenalah belajar buat semuanya dengan pantas. Alhamdulillah hari ni hari pertama naik van dan berjaya mengejar waktu.

3/1/2014 hari pertama Afif di sekolah agama. Kami daftarkan dia kat KAFA Integrasi. Silibus pelajaran sama je dengan sekolah agama kerajaan cumanya KAFA ni separuh kerajaan dan separuh swasta la so bulan2 kenalah bayar yuran. Taklah mahal sangat pun, RM50 je yuran bulanan tapi kami tambah lagi RM20 sebab lepas kelas minta Ustazah mengajar dia mengaji sekejap, so tak payahlah aku nak cari orang ajar mengaji pula malam2.

Kat KAFA ni untuk sessi pagi tak ramai. Budak Darjah 1 cuma ada 12 orang so kena combine kelas dengan budak Darjah 2. Kelas cuma ada 2 je yang beroperasi. Kiranya satu kelas untuk Darjah 1 & 2 tu dan satu kelas lagi untuk Darjah 3. Waktu rehat pun tak adalah berebut2. Okeylah bagi budak2 Darjah 1, tak adalah ditolak2 oleh abang2 yang lagi besar. Tapi satu je masalah ke sini, tak ada transport. Banyak van tak nak lalu sebab tak ada student. Kalau kat sekolah agama kerajaan tu banyaklah transport yang pergi sebab studentnya bertingkek2. Nasib baiklah ada seorang budak tu Darjah 2, sekelas dengan Afif tinggal kat rumah aku, satu blok pulak tu...alhamdulillah! Ada juga dia kawan, so ada juga sebiji van yang boleh hantar.

Sekarang ni petang2 mama dah tak ada teman nak berebut tengok TV dah. Sunyi pula rasa rumah ni. Afif pula balik petang nak masuk senja dah. Malam pula nak tidur awal. Mmm...kesian Afif, mesti letihkan?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...