Iklan

Sunday 30 June 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME

30/6/2013 birthday aku yang ke...tutttt! Happy Birthday to me. That's all...sebenarnya sambutan harijadi yang paling2 sedih untuk aku. Malas nak cerita :( 

Saturday 29 June 2013

JUN TAK ADA TANDA2 PERIOD :(

Bulan Jun ni tak ada period :( Hari ni dah 29/6, esok dah last day bulan Jun...oh! Esok Birthday aku!!! Happy Birthday to me :) (Apa yang happy sangat sambut birthday ni? Tak sedar umur makin lanjut? Anak takleh nak tambah2 jugak!) 

Setiap kali period lewat, mulalah berangan2 supaya ada berita baik tapi setiap kali juga hampa...takmo sedih2, semua itu perancangan Allah belaka. Apa yang aku perlu buat, berusaha, doa, tawakal sahaja tanpa putus asa.

Hari ni 29/6 dah CD48 (last period 13/5). Kalau genap2 2 bulan a.k.a 60 hari tak ada juga period, nak try test upt walaupun hari tu ada test opk tapi hampehhhh, tak terang pon! Ni pun dah ada tanda2 macam nak period. Mata asyik mengantuk je, perut dah berangin, breast dah sakit2, cuma tang pinggang je tak sakit2 macam selalu. Mungkin seminggu dua lagi kunjung tibalah period tu.

Oh, hari ni last day aku ganti puasa. Mujurlah sempat juga habiskan. Risau gak aku kalau hujung2 dan dekat2 Ramadhan ni Cik 'P' datang sebelum aku sempat habiskan puasa ganti aku. Tahun lepas aku tinggal 18 hari hokey!! Banyak giler kot! Dah separuh bulan tu kiranya. Mana taknya, tahun lepas memang period aku jenis datang long & heavy. Buat pula dia datang awal bulan puasa dan hujung bulan puasa, tak ke aku kena ganti berbelas2 hari. Aku berharaplah supaya tahun ni aku tak menghadapi masalah yang sama. Manalah tahu kot2 puasa tahun ni penuh ke.....(dengan harapan ada baby dalam puyut...ngeee).

Friday 21 June 2013

SELAMAT BERTUNANG APIT & FIENA

1/6/2013 (Sabtu) lepas, adik bongsu aku Hafiz a.k.a Apit a.k.a Pak Pit dah selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati dia, Fiena. Majlis berlangsung nun di Sik, Kedah. Perghh...majlis dibuat tengahari so, apalagi kami semua pakat dihidangkan dengan makan tengaharilah! Orang Kedah, orang Penang masak memang terbaekkkk...sedap giler kot makan tengahari tu tapi disebabkan perut aku tak berapa sihat (angin) hari tu, aku terpaksa makan sikit je :( Lepas makan dijamu pulak dengan kuih2 manis tradisional...sedap jugak! Lembut je bila masuk mulut. Ishh...takleh jadi ni! Nak kena minta bakal adik ipaq aku ni tolong pi beli la bila2 nanti.

Okey, nak layan gambaq? Ada 2 keping ja la aku kongsikan. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi malas plak aku nak haplot banyak2 dalam ni :D

 Ni bakal adik ipar aku, Fiena. Comeikan? Orang Penang ni! Orang Penang memang comei macam aku gak :D

Tu adik bongsu aku yang kat tengah2 tu. Dah nak kahwin dah, mendahului abang dia. Tepi sekali tudung kaler biru tu mak aku, tepi sekali belah sini lak ayah aku dan yang lain2 tu pak2 sedara aku dan bini masing2. Bulan 11 ni dijangkakan majlis perkahwinan akan berlangsung. Bukan seorang, untuk 2 orang sekaligus! Adik bongsu aku ni dan adik perempuan yang bawah aku. Jimat sikit belanja dan tenagakan? 

KOMEN EDITOR

Semalam, 20/6/2013 (Khamis) aku dah pergi bertemu 4 mata dengan Encik Editor sambil ditemani suami terchenta yang secara tak langsung merangkap Pembantu Peribadi a.k.a PA :D

Janji nak jumpa dia dalam pukul 9-10 pagi, so pukul 10 pagi tepat dapatlah aku berjumpa dia. Bila dah dia panggil duduk, terasa berdebar2 pun ada. So, tanpa membuang masa terus ke topik manuskrip aku.

Alhamdulillah, komen yang diberikan taklah banyak sampai boleh buat aku stress cuma kata editor, aku punya permulaan cerita tu macam slow. So, dia minta aku edit balik bab-bab terawal supaya jalan cerita tu boleh jadi lebih pantas dan membuatkan bila orang dah baca akan terus nak baca dan baca lagi.

Katanya lagi bab yang belakang2 dah okey tapi kalau dia dah minta aku adjust bab yang awal2, aku jamin bab yang belakang tu semua mesti effect. Nampak gaya aku terpaksa perah otak balik untuk menyiapkan manuskrip 550 mukasurat...huhuhu...cobaan!

Encik Editor minta aku tambahkan konflik tapi konflik yang dia minta aku tambah tu bukan untuk watak utama hero, cuma itu yang membuatkan aku terkonfius sikit tapi jangan melawan...kalau dah itu katanya, akan aku turutkan tapi taklah sampai watak hero kedua overshadow watak utama hero.

Doakan aku akan berjaya dan dapat menghasilkan novel aku yang pertama ni ya kawan2, disamping doakan juga agar aku dikurniakan zuriat lagi...tipulah kalau aku cakap aku dah lupakan pasal TTC. Actually setiap hari aku ingat dan setiap hari aku bersedih tapi aku sentiasa akan yakinkan hati aku bahawa aturan hidup yang Allah aturkan untuk aku adalah yang terbaik. Mungkin tersembunyi kebaikan kat mana2 yang memang mata aku tak boleh nak nampak. Wallahualam.

Layankan gambar manuskrip aku yang aku dah ambil semula daripada tangan Editor untuk diedit. Siaplah kau aku kerjakan :p

Wednesday 19 June 2013

PANGGILAN DARI EDITOR

Hari ni berapa haribulan? Cer cakap! Aku ni asyik2 backdated je. Actually ni kisah yang terjadi pada 31/5/2013 (Jumaat) yang lepas. Maaflah sebab tak daya nak update blog :(

Pada 31/5/2013 tu, sebenarnya aku nak balik kampung. Adik bongsu aku nak bertunang pada 1/6/2013. Sebenarnya dalam perjalanan nak balik ke kampung tu adalah kisah yang terjadi...kereta aku rosak lagi buat kali ke-3 dan semuanya bila nak berjalan jauh. Aku ni dah naik fade-up nak menunggu kereta di repair dan naik towing truck. Malu pun ada dengan family2 yang dah berkali2 suruh tukar kereta baru :( Insyaallah, ada rezeki terpijak nanti kami tukarlah. Buat masa sekarang keadaan kewangan tak mengijinkan. Malas pula nak menanggung hutang balik sebab kereta tu dah settle hutang dah.

Ok2, berbalik pada cerita aku dengan editor tadi. Masih ingat tak aku ada hantar manuskrip novel ke sebuah penerbitan yang agak terkenallah. Tak silap aku bulan January hari tu...boleh baca entry ringkas aku kat sini.

Pagi 31/5 tu aku ada terima panggilan daripada satu nombor tapi aku tak sempat angkat + aku ni kalau nombor yang tak dikenali memang berfikir2 dulu sebelum nak angkat :D So, bila talian dah putus, aku pun mula sambung balik fikir nombor dari mana agaknya. Bila tengok nombor depan tu aku dapat rasa daripada editor so, aku cuba telefon balik untuk sahkan. Tapi, malangnya 2x aku call talian engaged! So, aku abaikan saja.

Dalam pukul 2 lebih, aku dapat panggilan daripada nombor yang sama balik. Laju je aku jawab panggilan tu. Memang betul panggilan daripada editor. Alhamdulillah, akhirnya editor dah habis baca manuskrip aku. Giler lamakan proses nak siapkan satu novel? So, jangan ingat kerja sebagai penulis ni senang. Orang baca novel macam senang je nak hasilkan sesebuah novel tapi cubalah menulis sendiri, baru tahu penangannya macamana. Nak habiskan karangan masa exam kat sekolah dulu pun berpeluh2 korang nak cari ideakan?kan? Itu baru 1-2 mukasurat je, kalau novel yang sampai 300-400 mukasurat macamana?? Aku memang salute dengan penulis yang boleh hasilkan novel yang bagus2, bukan pada penulis yang hanya hantam koromo saja. 

Panggilan yang aku terima ni baru panggilan pertama untuk mengatakan yang manuskrip aku encik editor dah baca dan dia minta aku datang ke pejabat untuk bincangkan lagi tentang manuskrip tu sebab masih perlu diedit. Edit lagi?? Kalau nak edit pula dah ambil masa berbulan-bulan lagi. Lepas tu sampai ke tangan editor, dia nak semak balik. Kalau okey, mungkin dia akan teruskan dengan proses penerbitan. Kalau tak okey, edit lagilah buat kali ke-3, ke-4 atau ke-5 ke....huhuhu! Letih dan jenuh nak menunggu hasilnya tapi aku akan tetap bersabar, insyaallah!

Hari tu aku tertengok Astro 702 menceritakan tentang pembabitan J K Rowling (Penulis buku Harry Potter) dari awal pembabitan dia dalam penulisan sampailah dia berjaya dan bergelar jutawan macam sekarang. Memang inspiring! Dia pun melalui saat2 sukar dan bertahun2 nak menghasilkan buku2 dia. Kat sana lagi susah nak terbitkan sesebuah buku. Syarat lebih ketat. Kalau tak menepati apa yang dikehendaki memang mentah2 ditolak je manuskrip tu. Tak macam kat sini, kalau kat sini at least manuskrip kita taklah ditolak mentah2, mungkin hanya perlukan penambahbaikan.

So, esok aku cadang nak ke pejabat editor. Nanti aku update la apa yang editor komen ek. Harap2 tak banyak kena ubah tapi editor ada cakap yang manuskrip aku tak banyak konflik...aduiii! Aku menyampah sebenarnya nak buat terlalu banyak konflik sebab cerita melayu ni dah macam cliche, asyik konflik je. Jangan salah penulis sebab memang pihak penerbit dah letakkan syarat macam tu. Masa aku pergi kursus penulisan pun memang syarat utama yang mesti penulis elakkan ialah mematikan watak utama...tak kiralah nak jadikan cerita kita sedih pun tapi watak utama tak boleh dimatikan. Satu lagi mesti banyak konflik...kiranya mesti ada watak jahatlah. Katanya pembaca tak suka novel yang sedih2 dan santai tanpa konflik. Betul ke? Hahaha, entahlah tapi bagi aku kadang2 aku nak juga baca novel yang berlainan sikit :)


Wednesday 12 June 2013

HARIJADI EN. MAT NAAT YG KE....

Aduii...disebabkan banyak berjalan, sampai tak ada masa dan mood nak buat entry sempena birthday suami terchenta...En. Mat Naat. Actually birthday dia pada 27/5/2013 hari tu. Sambutan ala-ala kadar je sebab masalah kewangan :D 

Aku cadang nak masak sendiri je sebagai special candle light dinner untuk suami. Dalam pikiran nak buat steaklah! Tak pernah lagi buat steak, so ni 1st time mencuba...harap2 menjadi. Bahan2 dah beli tapi guna duit suami...ahahaha, aku cuma masak je, boleh??

Pada 27/5 tu aku pun skiplah lunch sebab takut nanti petang kenyang lak nak makan steaklah bagai....sekali, suami aku balik lambat daaa....lepas Maghrib baru dia sampai rumah. Dalam hati memang sumpah seranah gakla, kalau aku puasa pun dah boleh berbuka. Steak ni kenalah bakar bila dia dah balik, takkan nak bakar awal2kan...so bila semua dah ready barulah aku panggang steak tu tapi disebabkan aku tak ada periuk yang special untuk panggang steak, aku gunakan aje apa yang ada.

Tadaaaa....inilah antara hidangan candle light dinner pada malam tu...

 Steak air tangan aku. Nampak portion macam kecik tapi bila kami berdua makan, dah macam ular sawa kekenyangan la plak :D

 Ini dim sum...also 1st time buat. Bolehlah...nak kata sedap sangat pun tak :D Cicah dengan Thai sos not bad lah!

Ini red velvet cake, air tangan kakak aku, sedapppp...jauh import tu, dari Batu Pahat. Kebetulan parents aku baru balik dari sana, so terus order dari kakak aku yang memang buat kek. Blog dia Luvly Taste. Sebenarnya kek ni kakak aku bagi je, so thank you my sista!

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...