Iklan

Monday 25 February 2013

BILA BEBAN TERGALAS DI BAHU

Bila semuanya tergalas di bahu aku tapi di matamu aku hanya seperti lalat yang tak berguna. Tak memberi makna & tak diperlukan. 

AKU PUNYA HARGA DIRI & HATI!!

Hati aku terluka lagi
Pandanglah aku sebagai seseorang yang istimewa di dalam hatimu
Jangan pandang aku hanya sebagai pembantu di kala kau mengalami kesukaran
Aku punya harga diri & aku punya hati!
Kalau mahu hati disayangi, cubalah menyayangi
Kalau mahu diri dihormati, cubalah menghormati

Aku dah puas dilukai
Tak bolehkah kau cuba memahami perasaan ni?
Cukuplah!
Akan aku ingat selama-lamanya.

* Bertambah sedih bila cuba berkongsi masalah, kita juga yang dipersalahkan. Lebih baik mengadu pada Allah!!

Sunday 24 February 2013

AKHIRNYA....GOODBYE GAMBIT!!

Hahaha...ni penangan Fear Factor Selebriti Malaysia. Aku tak pernah missed lagi Fear Factor ni walaupun ada gak yang missed tapi Astro biasalah akan repeat rancangan tu sampai kau muntah hijau so aku dapatlah tengok siaran ulangannya. Aku rasa kalau akulah yang masuk Fear Factor ni, antara stunt yang aku mungkin akan menangis & tak boleh buat ialah berenang & LIPAS!!! Aku besarkan sikit perkataan lipas tu sebab itu satu2nya benda yang aku fobia sejak dari kecik. Kalau nampak je makhluk Allah yang buruk tu dari jauh aku dah pecut 100 meter berganti-ganti. Tambah2 pula yang jenis terbang, memang TAK ah! Kalau lipas ni aku nampak masa kat dapur, aku sedap2 nak masak atau masa aku nak tidur, memang aku minta Hero aku matikan dulu makhluk tu. Selagi aku tak nampak mayatnya, memang aku tak masak @ tidurlah jawabnya. Sampai macam tu sekalilah aku fobia dengan lipas. Berenang pula aku fobia sebab aku pernah ada pengalaman nak lemas. So aku kalau masuk dalam air yang ketinggian dah mencecah ke pinggang tu memang akan membuatkan aku sesak nafas.

Ni aku nak bercerita tentang episod Fear Factor yang semalam. Setelah 2 kali si Gambit & pasangan dia Alif terselamat dari penyingkiran, akhirnya semalam tersingkir jua. HAHAHA...PADAN MUKA KAU! Aku tak berkenan tengok si Gambit ni dalam Fear Factor tak ingat since bila tapi aku memang tak minat pun si Gambit ni sejak dia mula2 jadi pelakon lagi. Nama pun dah pelik. Dalam Fear Factor ni dah boleh nampak the true colours of him. Dia ni baran, poyo, kontrol hensem & pendendam orangnya. Nasib baik dia dah terkeluar, tak adalah aku bertambah dosa sebab mengutuk dia dalam hati setiap minggu. (Kutuk dalam hati ajelah sebab setiap minggu aku tengok sorang2 je...mmm). Dahlah tak pernah menang imuniti atau hadiah wang tunai tu tapi masih berlagak dan perasan bagus. Setiap minggu kalau tengok muka dia memang poyo habislah. Orang lain muka biasa je tapi dia boleh plak buat muka cas bagus & ala-ala hensem...puihhh!

Sepekara lagi, apa yang aku dapat tahu si pelakon Julia Ziegler & Sharifah Sakinah tu bergaduh pun disebabkan mamat ni. Betul ke? Aduhh...Malaysia ni banyak lagi lelaki berkualiti kot! Kenapalah mamat yang muka tak siap, perangai macam tuutt & jalan tak tegap ni juga yang korang rebutkan?


BYE BYE GAMBIT! :p

Okey...nak cakaplah juga pasangan mana yang aku suka dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ni...

JENG...JENG...JENG...


ALAM & ARJA...SUPER SEMPOI & COOL ;)

Budak Alam ni aku suka benor tengok muka dia...manis! Orangnya pun kelakar & sempoi je. Arja ni lak cool, tak banyak cakap & relaks je. Muka budak Alam ni kalau ditengok sikit-sikit tu adalah juga iras2 pelakon Indonesia yang cute & terkenal tu....Randy Pangalila :p






Saturday 23 February 2013

SIAPA TAMPAR LUTUT AKU??

Nak cerita kisah seram yang terjadi malam tadi. Masa dah tak ingat pukul berapa tapi kami semua memang dah tidur waktu tu. Tengah enak2 mimpi tiba2 aku rasa ada orang tampar lutut kaki aku ni kuat sampai aku tersentak dari tidur. Nak katakan mimpi, rasanya tak sebab masa tu tak pula aku mimpi tengah bertarung ke apa. Masa tu memang aku mimpi lain & lagi pula tamparan tu agak kuatlah sampai membuatkan aku terjaga. Aku ingatkan suami aku yang tampar, kot2 kejutkan aku bangun solat Subuh ke apa sebab dia kalau kejut aku bangun Subuh memang agak ganas sikit. Tapi itu kalau aku malas bukak mata :D

Bila dah tersentak tu terus aku buka mata. Aku tengok suami aku dok lena elok je. Mulalah timbul perasaan seram sejuk. Nak tidur balik pun macam dok terasa ada sesuatu je dalam bilik tu. Beberapa minit jugalah aku cuba pejamkan balik mata. Ada juga 2-3 kali bila dah terpejam mata tersentak balik macam ada yang tak kena. Akhirnya syukur aku terlelap balik sampai ke pagi. 

Entahlah, malaslah nak fikir apa & tak bercerita pun dengan suami pasal tu. Agaknya sebab diri aku ni dah lama 'kotor' so ada je benda nak ganggu.

Friday 22 February 2013

BELLE VIE & MALE PRO

Aku tak pernah dengar lagi tentang supplement ni tapi aku ada baca di blog Kak Jee tentang supplement ni yang dah membantu satu pasangan untuk conceive. Supplement ni under product 4Life. Bagi yang berminat nak mencuba bolehlah ke blog di atas & dapatkan nombor telefon untuk membeli supplement tu yer. Aku pun macam teringin nak mencuba tapi bukan sekarang sebab aku tak suka nak campur2 supplement. Aku nak buat satu2, biarlah makan masa sikit sebab badan aku ni macam tak nak menerima je usaha yang cuba aku buat :(

 Belle Vie ni untuk perempuan.

Male Pro ni untuk lelaki. Kalau boleh ambillah untuk suami isteri sekali tapi kalau suami tak nak ambil supplement ni pun tak kisah kot.

CIK 'P' HADIR LEBIH DARI 2 MINGGU :(

Aku sangat tertekan...tak tahu nak buat macamana dah. Bila tak berubat, datangnya berminggu-minggu. Bila berubat, datangnya lewat & sedikit. Apa lagi yang aku patut buat? Untuk bulan Februari ni, setelah aku happy2 Cik 'P' hadir pada CD22, rupa2nya dia hadir selama berminggu-minggu dan masih belum menunjukkan tanda untuk berhenti .:(

Hari ni, 22/2/2013 disahkan Cik 'P' dah 16 hari menemani aku. Masih belum ada tanda2 untuk dia pergi meninggalkan aku. Masih ada flow yang banyak. Aku tertekan sebab aku susah untuk melakukan ibadah. Aku susah nak solat. Aku memohon Ya Allah, kalau yang keluar ini adalah segala jenis penyakit yang ada di dalam tubuhku, aku redha. Kalau bukan, kau sembuhkanlah agar aku mudah melakukan ibadah kepadaMu.

Wednesday 20 February 2013

RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI

Dah seminggu blog ni berhabuk...pertama sekali sebab cuti hujung minggu baru2 ni kami sekeluarga ke Johor sebab ada kenduri. Mak & ayah mertua turun KL dan kami bertolak bersama2 ke Johor dari sini. Keduanya sebab berukband ni tak disumbat dengan duit, so dia tak nak berkhidmat. Terpaksalah tunggu sumbat duit baru boleh ber'berukband'. Beruk tullah!

Tak faham dengan tajuk di atas? Aku nak bercerita kisah aku ke kenduri kahwin seorang saudara jauh belah En. Mat Naat. Aku pun kenal2 macam tu aje. Tanya En. Mat Naat pun dia tak berapa ingat salasilah adik beradik dia tu, so aku lagilah tak tahu. Kenduri bertempat di Jementah, Johor. Dapatlah aku mengimbau kembali kenangan beberapa belas tahun dulu masa aku dok ulang-alik naik bas untuk balik ke UiTM Segamat. 

Mula-mula aku tak nak pergi kenduri ni. Pertamanya sebab kenduri...biasalah golongan TTC ni memang fobia dengan kenduri. Keduanya sebab kakak ipar aku yang mulanya kata nak pergi tapi last2 minit tak jadi, so aku tak ada teman & kereta pula sempit dengan 5 orang dewasa dan seorang kanak2 dalam kereta. Aku dok bayangkan kalau anak aku mengamuk nak tidur. Dia kalau dah mengantuk memang akan buat perangai sikit, so aku risau nanti habis semua orang yang ada kat belakang tu kena tendang dengan dia. Ketiganya aku malas nak pergi sebab aku malas kalau kena tinggal & tidur beramai2 dalam sebuah rumah. Satu aku payah nak kena jaga aurat. Tidur malam kat ruang tamu pun aku kena bertudung litup. Takkan dah ramai2 tu ada hati pula nak tidur dalam bilik dengan encik suami? Lepas tu ada pengalaman kami makan kenduri sedara En. Mat Naat juga kat Pahang, kena bermalam kat rumah tu dan bilik air ada 2, satu kat dalam rumah & satu lagi kat luar. Yang kat luar tu pintu dah rosak, kenalah mandi yang kat dalam. Dah kena beratur macam nak beli tiket wayang bila nak mandi. Aku memang cerewet betul bab2 penginapan ni. Aku ni kalau ke mana2 memang pentingkan penginapan. Mungkin sebab tu turun perangai tu kat anak aku.

Aku ni payah sikit bila En. Mat Naat dah pujuk2, tak sampai hati nak menolak. So, masa tu juga aku bersiap kemaskan beg untuk kami bertiga. Sepanjang perjalanan tak nak fikir yang tak best, so bila sampai sana tak adalah aku moody sangat. Alhamdulillah tak ramai sangat yang bermalam kat rumah yang kami duduk tu. Sebenarnya tuan rumah dah sewa 2 buah rumah yang ditinggalkan dekat2 situ juga. Sebuah untuk adik beradik bini tuan rumah dan satu lagi untuk adik beradik dia...kamilah tu. Kami dapat rumah semi-d. Memang besar giler la rumah tu. Kami pula duduk 8 orang je. Masalahnya cuma rumah tu dah lama ditinggalkan so tak berkemas. Walaupun ada katil & bantal tapi semuanya berhabuk. Aku pun naik geli geleman juga nak guna sampai bersin2lah aku. Itu tandanya memang banyak habuk.

Syukurlah sepanjang kat sana, tak ada aku disoal dengan soalan2 cepucemas yang boleh membangkitkan angin ribut taufan dalam badan. Ada jugalah seorang dua yang tanya anak dah berapa? Seorang ni je? Bagi aku okey lagi soalan macam tu. Yang bestnya bukan aku yang tukang jawab...yang tolong jawab mak mertua aku & suami akulah. Aku buat dono je dengan soalan2 tu :D

Apa yang aku kesalkan sebab ada sesetengah orang ni yang suka bersuara di belakang. Ini bukan berkaitan tentang aku tapi tak kisahlah terkena pada sesiapa pun. Aku tak pasti samada ini metaliti masyarakat kampung atau mentaliti golongon tua-tua. Masalahnya bila ada sesuatu perkara dan dalam hal ni, kenduri yang aku pergi ni...walaupun majlisnya dah berlangsung & tak ada apa2 masalah tapi pahat masih berbunyi. Kita ni dahlah dijemput ke majlis orang, sekurang2 kita bersyukur sebab masih ada orang yang ingat nak menjemput kita. Pula tu kita sanggup datang jauh2 untuk menghadiri kenduri tu tapi kenapa bila semua dah selesai, kita nak bercakap belakang tentang majlis tersebut? Itukan majlis orang, ikut suka dialah nak buat macamana dengan majlis dia. Kalau kita rasa kita perfect, buat masa majlis kita sendiri nanti.

Lepas kenduri yang aku pergi tu aku ada dengar orang cakap-cakap belakang pasal majlis tu. Tuan rumah dah sediakan nasi briyani (nasi brasmathi tu...mahal & elok) tapi ada pula yang merungut2. Katanya kenapa tak sediakan nasi putih sekali? Tak puaslah makan nasi brasmathi tu bla...bla...bla...Pada aku okey je. Aku kalau pergi kenduri memang jarang nak ceduk nasi putih. kalau setakat nak makan nasi putih, balik rumah masak sendiri ajelah. Ada juga kata lauk tak sedap sedangkan pada tekak aku sedap je. Ayam sedap, daging lembut, ada gulai kambing lagi! Apa yang tak puas di hati? Pasal bunga telur pun bising. Tuan rumah bagi telur masin. Bagi aku, telur masin pun okey boleh makan dengan nasi. Kalau bagi telur ayam katanya budak2 boleh juga makan. Entahlah, setahu aku budak2 pun dah tak berapa nak pandang dengan telur rebus sekarang ni. Dah tu pasal goodies bag pun nak jadi hal. Katanya kenapa tak bagi kerepek ke, kuih-muih ke sikit? Aduhhh...ikut suka tuan rumahlah apa dia nak bagi dalam goodies bag tu. Dah nama pun majlis dia. Kalau kita nak merungut semua benda, lain kali offerlah diri jadi perancang majlis perkahwinan. Tengok perfect tahap manalah majlis yang kita kendalikan. Tak ada ke orang nak bercakap2 kat belakang?

Masa majlis aku kahwin dulu pun ada juga sedara2 suami aku bersuara kat belakang. Aku pun dapat tahu lepas majlis, dia cakap kat aku masa diaorang sampai tak ada orang nak pelawa tengok bilik pengantin. Ya Allah! Dalam hati aku memang tak faham langsunglah kenapa benda2 kecik macam ni boleh jadi isu. Aku masa tu dah jadi pengantin memang aku tak boleh nak ambik tahu semua tu. Lagipun rumah aku 2 tingkat, bilik pengantin kat tingkat atas so memang kadang2 terlepas pandanglah rupanya ada juga orang yang kemaruk sangat nak tengok bilik pengantin walaupun bukanlah ada apa sangat pun dalam bilik pengantin tu. Aku pun bukannya buat majlis yang grand2. Bilik pengantin sekadar tukar cadar pengantin dan gantung bunga2 je, takkan itupun nak tengok sangat? Yang bestnya, bila kenduri anak2 dia kahwin, sorang pun dia tak hias bilik pengantin. Kesimpulannya dia tak pentingkan pun bilik pengantin so kenapa bila kenduri orang lain dia beria2 nak tinjau sampai ke bilik pengantin? Mungkin orang pun tak beranggapan yang akan ada orang yang begitu teruja nak tengok bilik pengantin pada zaman2 sekarang ni.

Entahlah...walaupun bukan kena atas batang hidung aku tapi hati aku terasa sakit juga. Kalau orang2 ni boleh mengata belakang tentang benda2 kecik macam ni, tak mustahil ada juga perkara2 pasal aku yang aku tak jangkakan akan mereka perkatakan kat belakang...TTC misalnya! Wallahualam...aku serahkan segalanya pada Allah yang Maha Besar.  

Wednesday 13 February 2013

SUDAH2LAH TU SHILA AMZAH!!

Gosip terhangat kini apa lagi kalau bukan pasal budak Shila Amzah ni. Aku ni serius loya tekak dan rasa nak termuntah dengan cerita2 macam ni. Nak sedih yang bukan2, tak kuasa nak layan. Banyak lagi kisah2 sedih yang boleh aku layankan. Kisah pemergian adik Ahmad Adam Syukri lebih sedih dari cerita kau Shila. Rating blog aku pun naik disebabkan aku pernah buat entry pasal pemergian Adik Adam tu. Kisah2 perjuangan saudara2 Islam kita di Palestin dan Syria pun lebih sedih dan menyayat hati daripada melayan kisah sedih kau yang kemarukkan cinta seorang lelaki yang taklah sehebat mana. Kalau frust menonggeng disebabkan lelaki yang mempunyai ciri2 macam Ustaz Don ke adalah faedahnya juga sebab terlepas peluang memiliki seorang lelaki yang baik & berilmu...ini tidak!!! Geram tul aku! Siap nak menyanyi2 dan post kat Youtube la plak. Menjatuhkan maruah kaum perempuan je.



Dik Shila, sejak akak tengok dik Shila salam dan cium tangan si Shahnaz tu masa menang award hari tu, akak dah tahu dah dik Shila ni mesti dah tersilap buat pilihan bakal suami. Dik Shila masa tu dah berhijrah. Bertudung litup dah manis tapi tup...tup...gi pegang tangan dan cium tangan yang bukan muhrim lak...apa kes??? Dik Shila berhijrah kerana apa dik? Yang pasti mesti bukan si teman lelaki yang suruh berhijrah. Mungkin sebab ikut-ikutan kot. Tengok orang lain semua berhijrah, dik Shila pun nak berhijrah. Atau sebab nak raih lebih populariti? Populariti yang dok ada tak cukup ke? Atau dik Shila suka tengok fesyen orang yang bertudung? Entahlah....akak tak naklah buat spekulasi, akak cuma bersangka baik je dengan dik Shila. 

Kalau dah mak ayah tak setuju dengan pilihan dik Shila tu, berbincanglah dengan orang tua. Adalah sebab kenapa orang tua dik Shila tu tak berkenan dengan pilihan dik Shila. Mak ayah mana tak sayang anak dik oiii. Mak ayah mana nak tengok anak dia berkahwin, lepas tu tak bahagia. Lelaki di atas muka bumi ni pun bukan seorang je. Akak jadi peliklah kenapa dik Shila sampai nak meratap hiba sampai macam ni sekali. Lagipun dik Shila ni artis, berbakat pula tu. Nama dah terkenal sampai ke Taiwan lagi, mustahil tak ada orang kenal & tak ada orang berkenan. Dik Shila masih muda la, kejar dulu impian sementara nama tengah menjulang naik. Gosip2 macam ni tak mendatangkan faedah pun buat mana2 pihak yer dik.

Huh, inilah juga salah satu sebab kenapa masalah pembuangan anak makin berleluasa bila cinta melebihi segala2nya. Ingat, dunia percintaan memang manis tapi bila dah berkahwin banyak yang manis tu akan bertukar menjadi pahit je. Kalau belum kahwin dah tak boleh nak lalui & tabahkan hati, macamana pula selepas kahwin sok? Fikir2kanlah...


Jangan sedih2...layankan versi parodi ni untuk ceriakan diri :D :D

FEB - Cik 'P' hadir pada CD22

Ish2...penyakit apalah yang melanda aku ni. Punyalah malas nak update blog. Datang juga melawat tapak tapi tak ada buat apa2 perubahan sebab malas. Cina cuti 4 hari, dengan aku2 pun cuti tapi jangan tanya apa aku buat dan ke mana aku menghabiskan cuti panjang itu...huh! Orang lain sedap2 je letak status dalam FB berjalan sana sini...aku? 4 hari cuti, 4 hari jugalah aku melangut dalam rumah dengan suami dan anak. Kalau duduk dalam rumah tu disertakan dengan urutan ala Bali ke tak apa juga, ini tidak! Aku sorang2lah menghadap kerja2 dalam rumah. Lepas dah settle baru ada peluang nak melangut tengok tv. Yang si suami dengan anak sedap2 main games kat Ipad dari pagi sampai ke malam! Sakit hati! Hello, masih wujud seorang lagi insan dalam rumah ni ok! Ke nampak aku ni cuma sebagai bibik je?? Sentap ok!

Eh...hehehe, lari dari tajuk ek? Ok2, dah lama sebenarnya nak update pasal Cik 'P' untuk bulan February ni tapi disebabkan penyakit malas tu lebih kuat, makanya terperap ajelah cerita ni. Untuk pengetahuan semua, bulan ni Cik 'P' datang seawal CD22!! Believe it or not? Aku memang tak percayalah sampaikan masa keluar darah tu, aku ingat aku ni kes keguguran ke? Macamana nak percaya, 3 cycles yang lepas Cik 'P' datang masa CD30, lepas tu CD40, lepas tu CD50...tup2 bulan ni CD22.

Hari ni dah hari ke 7 tapi masih ada flow. Maksudnya belum tinggal brownish2, masih ada darah lagi yang mengalir. Tapi harap2 tak panjanglah cycle ni. Mungkin esok lusa tu stoplah kot. 

Sepanjang 2 minggu selepas habis period aku bulan lepas, aku dah amalkan Jus Perawan 2 kali sehari...pagi & malam & tak pernah tinggal (itupun kes aku kena tampal note kat pintu bilik supaya tak lupa :D). Selain tu, aku juga ada minum jus manggis + delima yang dibeli di pasaraya brand F&N Fruit Tree. So, mungkin ke aku mengamalkan kedua2 tu yang membuatkan Cik 'P' ni hadir awal...wallahualam. Yang pasti semua ini ketentuan dariNya dan dengan bantuanNya juga. Moga2 selepas ni cycle aku akan semakin tetap. Insyaallah! 


Inilah rupa paras Jus Perawan tu ya kawan2 :)

Friday 8 February 2013

SYURGA TEMPATMU ADIK AHMAD ADAM SYUKRI

Bagi yang mengikuti kisah adik Ahmad Adam Syukri ni mungkin dah tahu yang arwah dah meninggal dunia semalam. Aku tak mengikuti sangat kisah arwah, just tahu2 macam tu je sebab aku ni sensitif sikit. Baru tengok gambar, belum baca kisahnya lagi mata aku dah berair. Kalau tengok budak kena dera pun aku sayu. Tengok drama yang sedih2 pun sama. Time tu aku mulalah kena buat2 baring supaya boleh cover sikit kalau aku termenangis, so En. Mat Naat taklah usik aku nanti.

Terus-terang hati aku amat tersayat melihat gambar2 Adik Adam ni. Terutama sekali gambar yang kat bawah tu. Tengok gambar tu membuatkan aku teringat pada arwah anak kakak aku yang No. 2. Anak kakak aku tu kalau ditakdirkan masih hidup, hari ni dia dah berusia 8 tahun. Tapi Allah lebih sayangkan arwah. Selepas 5 hari menjenguk dunia, arwah pergi meninggalkan kami.

Aku tengok dalam gambar kat bawah, ibu Adam nampak tabah. Sama seperti kakak aku sewaktu melepaskan arwah anak dia pergi. Mereka tahu yang Jannah itu pasti buat anak mereka. Rasanya masa hari pengebumian anak buah aku tu, aku, adik perempuan aku dan mak aku yang menangis lebih2. Masa kakak aku bawa arwah balik dari hospital berbalut dengan kain batik, aku masih boleh kawal kesedihan tapi waktu arwah dimandikan, airmata aku menitik tak henti2. Aku tengok depan mata arwah dimandikan. Bayangkan memandikan seorang bayi yang dah tak bernyawa...sayuuuuu tak dapat digambarkan. 

Selepas dimandikan, sebelum dikapankan kami semua sempat mencium dahi arwah. Sejuk, lembut & wangi. Macam tak mahu melepaskan rasanya. Aku kagum dengan ketabahan hati kakak aku dan abang ipar aku. Aku tak tahu kalau mereka menagis di belakang kami tapi di depan kami mereka nampak amat tenang.

Al-Fatihah buat arwah Adik Adam & anak buahku, Nurynn Nadhirah. Semoga bahagia di alam kekal abadi di Jannah sana...


Tuesday 5 February 2013

TIADA ZURIAT? MENANGISLAH...

Arghhh....kenapalah aku ni gatal tangan sangat nak menjengah blog sepupu aku??? Sebenarnya sepupu aku yang sorang ni memang blogger tegar. Disebabkan dia tak berTTC macam kita2 ni, so blog dia semua berkaitan pregnancy, anak dan bla...bla...bla...

Mommy2 blogger ni pun ada group juga dalam FB. Macam kita jugalah, ada TTC group kita sendiri cumanya, kisah kita dan kisah mereka berbeza. Kalau dalam group mereka mestilah terselit kisah2 suka. Bercerita tentang pengalaman mengandung, melahirkan, mengulit anak dan sebagainya....sedangkan group TTC ni pula hari2 akan dijamu dengan kata2 perangsang, menaikkan semangat & kisah sedih yang bersarang di hati.

Bukan kita minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi kita ni manusia biasa. Kita punya hati dan perasaan. Cubalah tepis macamana pun, cubalah nak lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya! Bila terpandang gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderet2, bila terdengar orang bercerita tentang keletah anak, secara automatik perasaan & hati akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam hati, 'bilalah giliran aku pula?' atau 'bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan zuriat' atau 'macamana orang lain senang sangat mengandung & boleh ada anak berderet2 sedangkan aku??'

Menangislah kalau itu yang akan membuatkan hati kita berasa tenang. Kalau dipendam2 & ditahan tangisan tu boleh mengundang sakit & stress....LEPASKAN! Tak salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita. Memang kita perlu berfikiran positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia kerdil yang hatinya rapuh apabila diuji? Layan sahaja perasaan sedih tersebut tapi jangan sampai terbawa2...tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan dsbnya. Tapi aku yakin rakan2 TTC semuanya kuat & tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental & kuat. Mereka ini memang wanita yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian & rawatan semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga.

MENANGISLAH wahai teman sekiranya kau bersedih. Rasulullah juga menangis ketika kematian isteri tercinta, Siti Khadijah tetapi janganlah melampau sampai meraung2, jangan sampai nak salahkan Tuhan & jangan merungut2. Menangis sekadar melepaskan perasaan sedih yang terbawa2. Kemudian, ambillah wudhuk & solatlah. Mengadaplah Allah dan pohonlah sekali lagi hajat kita kepadaNya.

Aku tahu ada yang sering menasihatkan TTCians agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif tapi bolehkah? Kalau dah berbelas2 tahun berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak sendiri? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri walaupun seorang? Aku yakin mesti kita akan bersedih. Tak siapa menyangka yang suatu hari nanti kita berkahwin & ditakdirkan susah memdapat zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin mesti dah terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga & keletah anak sebagai penyeri tapi bila kita tak punya semua tu mesti kita terasa kekurangan.  

Untuk apa kita perlukan sangat zuriat? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung, mengusung anak di dalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendirikan? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain itu, kita inginkan anak yang dapat menjaga kita bila kita dah berusia kelak. Kita inginkan anak yang akan mendoakan kita apabila kita dah meninggal nanti. Kita inginkan penerus keturunan. Macam2 yang kita inginkan tapi jangan risau rakan2ku. Jika ditakdirkan kita tidak berpeluang mendapat semua tu, serahkan sajalah diri kita kepada Allah. Berkasih-sayanglah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati & fikiran kita hanya tentang Allah. Banyakkan amalan yang baik2 & jagalah suami kita sebaik2nya. Insyaallah walaupun tiada anak yang akan menjaga kita kelak atau mendoakan kita apabila kita sudah meninggal tapi pahala & amalan kita akan menampung semuanya.

     

Sunday 3 February 2013

PENANGAN JUS PERAWAN

Aku start minum jus perawan ni baru bulan lepas, lepas habis 'P'. Aku start Jumaat malam (25/1/2013). Sabtu 26/1/2013 pun aku ada amik gak 2 sudu, lepas tu terus zoom ke rumah mak aku untuk majlis bertunang adik aku. Aku tak bawalah Jus Perawan bersama. Ingat tak nak tidur sana tapi En. Mat Naat tak sihat badan so tidur gaklah sana sampai hari Isnin. Kiranya Sabtu (26/1/2013) tu aku skip malam, Ahad & Isnin pun aku skip gak tapi Isnin malam aku start minum balik. Kalau dikira dr 28/1 sampai hari ni 3/2/2013 dah seminggulah aku amalkan.

Jus perawan ni memang panas. Aku dapat rasakan badan aku panas lepas amalkan. Penangannya aku disahkan demam! Ya ampunnnn...nasib baik bukan demam kuat. Selsema sikit je dan badan panas kat dalam je. lebih kurang 3 hari kot aku demam tapi cuma sehari je yang aku rasa tak tahan panas & letih sangat. Selain tu aku rasa hidung aku yang ada sinus ni menjadi2 gatalnya. Entah apa kaitan lak Jus Perawan dengan sinus pun aku tak tahu. Mungkin sinus tak tahan panas dalam badan kot! Gatalnya Ya Allah macam ada ulat dok korek2. Bukan takat hidung, tekak & telinga aku pun ikut gatal. Jarang amatlah aku dapat pakej 3 dalam 1 macam tu.

Untuk Miss 'V' lak aku rasa agak kurang watery berbanding sebelumnya. Keputihan pun agak berkurang. Bab badan letih2 ni aku takleh nak komen lagi sebab aku pun demam & baru je nak baik demam so masih terasa badan lemah. 

Bagi yang nak amalkan Jus Perawan ni nasihat aku minumlah banyak air suam. Macam aku, setiap kali lepas minum 2 sudu jus tu memang aku akan minum segelas air tapi aku ni jenis yang malas minum air terutama sekali air suam....not my taste!!! Sebab tu turun kat anak aku tak suka minum air masak, nak yang manis2 je :) Sehari aku rasa adalah 3 gelas je kot aku minum air masak.

Harap2 bulan ni adalah perubahan pada Cik 'P' aku. Kalau ikut cycle dah CD 18. Moga2 pd CD28-CD30 nanti Cik 'P' hadirlah. Kalau tak hadir, moga2 ada good news untuk aku :)

Saturday 2 February 2013

FENOMENA BETO KUSYAIRI?

Beto Kusyairi...wajah yang tak berubah dari dulu ;)

Dah lama aku nak buat entry ni tapi asyik tak ada mood je nak bercerita. Bersempena bulan Februari ni (19/2/1980) bulan harijadi si Beto, maka aku kupaslah cerita pasal dia. Kenal dengan Beto Kusyairi? Nama sebenar dia Nurkusyairi Zakuan Bin Osman. Kalau aku cakap sekarang ni tengah fenomena dia mesti orang tak sangkalkan? Ala-ala fenomena Aaron Aziz la....sekarang ni kalau buka TV, asal drama mesti ada muka si Beto ni. Aku rasa first drama dia yang aku tengok (aku tak ingat tajuk) dia berlakon dengan Umie Aida. Masa tu aku agak terkujat tengok dia...sebab apa aku terkujat? Sebab aku kenal dengan Beto ni. Kat bawah nanti akan aku ceritakan....

Rasanya lepas drama Kashaf Imani kat Astro Ria, makin banyak pula drama dia berlakon. Tapi seriusly memang dia berbakat. Lakonan dia tak keras kejung dan kaku macam sesetengah pelakon baru. Kalau sesiapa yang tak tahu, dia ni sebenarnya dah lama terlibat dengan dunia penyiaran sebenarnya. Selain pernah bekerja belakang tabir, dia jugalah Maskot ALONG yang kat TV1 dulu tu. Aku ingat lagilah kat siri ALONG tu sebab asal ada ALONG tu mesti ada Siti Sifir :D

Aku masih tak percaya yang Kusyairi ni (aku prefer panggil dia Kusyairi) ada bakat berlakon & dah jadi pelakon. Okey, macamana aku kenal dia? Sebenarnya aku taklah kenal rapat dengan dia cuma kami pernah satu sekolah masa sekolah rendah. Itupun aku berkenalan dengan dia masa aku dah Darjah 6 dan dia masa tu Darjah 5. Bila masuk sekolah menengah, kami dah tak satu sekolah sebab ayah aku nak masukkan aku ke sekolah yang jaranglah budak2 sekolah rendah aku tu nak masuk tapi sekolah menengah aku tu still dekat dengan rumahlah cuma sekolah aku tu banyak Chinese. Alasan ayah aku supaya aku rajin & pandai belajar sikit dengan dikelilingi budak cina...??? Ishhh...bila dah masuk sekolah tu ayah aku tak tahu aku makin hilang keyakinan diri sebab kawan2 lama semua dah tak ada, nak kena berkawan dengan kawan baru sedangkan aku ni pendiam & lambat sikit nak berkawan. So, kekallah aku jadi pelajar pasif sampai tamat Tingkatan 5. Mujurlah aku dapat juga Pangkat 1 dalam SPM walaupun pasif2 :D

Eh, apa aku melalut daaa...okey, berbalik pada cerita pasal Kusyairi tadi. Kusyairi yang aku kenal dulu masa zaman sekolah rendah, memang seorang pelajar yang menonjol. Senang cakap, dia memang dah ada aura sejak dulu lagi. Dia seorang pelajar yang pandai & berdisiplin. Dia ni pengawas kat sekolah. Kalau tengok dia berpakaian, kemas je. Kalau pagi baju dia tied-in, sampai balik baju tu kekal macam tu. Memang segaklah. Satu lagi dia tak pernah lepas dengan songkok atas kepala :D Alim tullll!!! Dia ke sekolah naik basikal. Basikal dia kaler Purple. So, masa tu senang nak perasan dia sebab basikal dia kaler lain dari yang lain :D Dia ni masa sekolah dulu juga seorang yang aktif dalam silat...Silat Gayung. Kalau tengok dia bersilat memang cantik gerak tubuh dia & bunga2 yang dia persembahkan. 

Kusyairi ni masa kat sekolah rendah dulu (sekolah menengah aku dah tak tahulah dia macamana), boleh dikatakan macam ketua. Maksud aku, dia ada bestfriends yang akan sentiasa disisi dia. Dah macam pasang bodyguard. Ke mana2 pergi mesti satu kumpulan. Paling aku ingat bestfriends dia ada pasangan kembar, Iqbal & Haiqal. Kalau masa bulan puasa memang rajinlah nampak muka dia kat masjid. Kadang2 bukan solat sangat pun, biasalah budak2 kalau jumpa kawan nak berborak & main je. Dia pun pernah datang naik basikal beraya ke rumah aku dengan Iqbal & Haiqal masa tu tapi disebabkan aku ni gadis pemalu, aku & kawan2 aku tunggu kat luar biarkan dia dan kawan2 dia makan kat dalam rumah...boleh? Hahaha...kalau dikenang2 zaman sekolah dulu memang best sangat & nak balik semula ke zaman tu. Masa tu tak fikir banyak masalah selain masalah dalam pelajaran je...huhuhu.

Sebenarnya aku ada gambar pasport muka si Kusyairi ni masa kecik2 tapi faham2 ajelah, dah 21 tahun kot zaman berlalu so gambar tu pun aku dah tak tahu hilang ke mana. Kalau tak, bolehlah aku tempek kat sini. Sekarang ni Kusyairi ni dah berkahwin. Dah 5 tahun kalau tak silap aku dia dan isteri dia, Tisha tu berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Mungkin diaorang berdua pun pasangan berTTC juga. Tapi, diaorang berdua tetap nampak bahagia & enjoy dengan hidup. Seronok tengok diaorang berdua tu...happy & loving couple betul. Tisha tu cantik, natural beauty & cute je. Geram aku tengok! :D

Sekarang ni kat TV3 masih dok main drama bersiri si Kusyairi ni berlakon. Lepas2 ni dengar cerita ada lagi beberapa drama dia akan keluar. Filem dia Istanbul Aku Datang pun aku belum ada kesempatan nak tengok. Daripada teaser nampak macam cute sangat filem tu. Okeylah, mari layan beberapa keping gambar jejaka idaman malaya ni...

  Ni lah wife dia yang cute tu. Sepadan sangat :)

Friday 1 February 2013

WELCOME FEBRUARY!

Sekejap je dah masuk bulan Februari. Bertambah lagi umur aku sebulan :( Bila agaknya aku nak mendapat perkhabaran gembira? Harap2 tahun ni adalah khabar yang aku tunggu2 tu. Aku bukan apa, selalu terfikirkan Afif. Kesian Afif. Dah 5 tahun hidup dia seorang diri, tak ada kawan. Walaupun dia kecik tapi aku tahu dia pun ada hati & perasaan. Kadang2 bila dia ajak aku main dan aku tak nak, dia akan keluarkan ayat sedih dia..."Afif tak ada kawan." Huwaaaaaaaaa :'(

Hari tu aku saja2 usik Afif. Aku kata nak ambil anak kakak aku yang kecik bawa balik rumah supaya Afif ada kawan nak main. Dah dia tak nak pula. Afif ni cemburu kuat oooo. Kalau aku main dengan anak2 buah aku dan puji2 diaorang, mesti dia akan suruh puji dia gak. Kalau aku peluk anak2 buah aku, mesti dia suruh peluk dia gak. Bukan takat cemburukan sepupu2 dia, tapi dengan abah dia sendiri pun dia cemburu. Dia tak boleh tengok abah dia mesra2 sikit dengan aku. Mesti dia akan terus menerpa kat aku dan duduk tengah2 antara kami. Kesimpulannya kalau nak mesra2 dengan abah dia, kena tunggu dia tak ada @ tidur ajelah :D

Hari ni dah CD 16. Tengari tadi test OPK tapi cuma naik 1 clear line & 1 line lagi sangat2 faint. Mungkin 2 hari lagi test lagi kot. Maklumlah aku ni tak buat BBT chart sebab malas & tak pandai guna chart dalam FF tu :D

Oklah, aku tak sihat hari ni so takde mood dan idea sangat nak melalut. Ni semua gara2 En. Mat Naat lah ni yang bawa balik virus ke rumah! Nak gi tdo jap. Bulan ni hormon tidur aku kuat plak, tak macam bulan lepas. Aku pun tak pasti sama ada hormon mempengaruhi aktiviti tidur aku tapi serius aku perasan yang bulan ni aku asyik ngantuk & senang je nak tidur :)

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...