Iklan

Wednesday 30 January 2013

MENGANDUNG LAGI?

Kali ni aku nak story kisah sedih pula. Bukanlah sedih sebenarnya tapi pada aku, agak tersentuh jugalah naluri bila mendapat khabar berita ni. Sebenarnya aku tak kisah langsung dengan berita ni tapi cara & sikap sesetengah orang membuatkan aku tersentak hati sikitlah.

Kalau baca heading kat atas tu mesti dah dapat agakkan? Ya...ini kisah tentang pregnancy! Tapi bukan aku yang mengandung :( Ini kisah kakak aku...Aku baru dapat tahu yang kakak aku mengandung lagi. Kalau diikutkan anak yang ke-6, tapi disebabkan anak ke-2 kakak aku dah meninggal, so ini kira anak ke-5 lah. Berita ni berita gembira pada semua orang termasuklah pada aku sekali. Kenapa pula aku kata berita sedihkan? Okey, yang tu jap lagi aku cerita details k! Saboooo :p

Alkisahnya yang aku terpegun tu sebab anak dia yang paling kecik, hari ni 30/1/2013 baru berumur setahun. Dia dijangka bersalin bulan 8, mengikut perkiraan aku kandungan dia dah 2 bulan. Alahai...senangnya kau boleh mengandung Along oiii...Kakak aku ni memang mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. Aku pernah cerita dalam entry yang lepas-lepas, dia ni walaupun makan pil perancang tapi tak pernah kebal...asik lut je. Kiranya pil perancang jenis apa pun memang tak berkesan pada dia. Betapa suburnya dia. Bahagianya kalau aku juga seperti dia...mmmm.

Oh...ni nak cerita kenapa aku sedih. Sebenarnya aku terkilan sebab semua family aku termasuk mak cik aku dah tahu tentang berita ni kecuali aku. Aku tak rasa kakak aku tahu yang aku sedang TTC sebab ayat dia lepas aku sound dia pregnant tu agak pedas jugalah bagi seorang yang sedang berTTC macam aku ni.

Sebenarnya, malam selepas majlis pertunangan adik aku tu kami (aku, adik aku, kakak aku, mak & ayah aku) berkumpul sambil berbincang tentang kenduri adik aku nanti. Masa majlis tunang tadi tak mencapai kata sepakat lagi bila nak adakan majlis perkahwinannya so kami sefamily ni duduklah berbincang bila masa yang sesuai. Mak aku nak buat awal. Paling lewat pun lepas raya. So aku cadangkan bulan 8. Lepas tu mak aku bersuara, "Bulan 8 macamana, along hang nak beranak." Aku terus terkujat kat situ. Beranak??? Ini betul2 ke dugaan? Aku bertanya dalam hati ajelah, kat mulut keluar soalan lain. "Ha? Beranak? Hang mengandung lagi ka?" Oh! Rupanya ini bukan cubaan, ini betul2. Lepas tu keluarlah ayat yang tak sedap didengar sikit dari mulut kakak aku, "Habis tu dah hang tak mau beranak, along beranaklah!" Oh, tidak! Itu satu penipuan. Bukan aku tak mau beranak tapi aku belum diberikan nikmat & rezeki itu lagi. Disebabkan nak cover diri aku yang tersentak dengan statement dia tu, aku balas balik..."Sudah2lah tu along." :D

Kakak aku ni kalau ikutkan kenyataan rasmi dari mulut dia lepas melahirkan anak tahun lepas konon2nya nak stop dah tapi dah Tuhan nak bagi rezeki lagi, alhamdulillah. Kalaulah dia sudi bagi seorang anak dia kat aku, bahagianya aku rasa tapi aku tak beranilah nak minta dari dia. Nanti keluar plak ayat2 laser yang aku tak sanggup nak dengar. Baik aku diamkan diri saja.

Okey, itulah kisahnya buat setakat ini. Aku bakal menimang anak buah lagi tahun ini. Asyik timang anak buah ajelah aku ni sebab anak sendiri dah tak boleh2 nak timang. Tak apalah, ada rezeki Allah nak bagi, bila2 masa dia boleh bagi :)

Ini ada satu lagi kisah aku nak story mory. Esoknya masa 27/1/2013 ada majlis sambutan harijadi yang pertama anak sepupu aku. Sepupu aku yang ni pun tengah mengandung juga. Tak silap aku dah 4 atau 5 bulan dan anak dia yang sulung tu baru umur setahun 9/1/2013 hari tu. See...see...family aku ni semua subur2 belaka tapi yang tak subur tu turun kat aku gak...sedih mak! Hehehe...taklah, aku malas dah nak sedih2 ni. aku percaya pada qada' & qadar Allah.

Oh ya, masa dok duduk makan tu aku duduk sebelah mak ndak aku. Biasalah, dah duduk sebelah orang tua2 ni, tak lain tak bukan topiknya pasal anaklah. Yang bestnya dia bukan takat suruh aku beranak lagi, siap pegang2 perut lak tu. Mudah-mudahan berkat tangan dia memegang perut aku, aku mengandunglah...aminnnnnn :) Aku dah lali dengan mulut2 yang suruh aku beranak lagi, so bila mak ndak aku cakap kat aku suruh beranak lagi, sekurang2nya seorang lagi, aku dah tak kisah. Aku boleh gelak2 lagi & cakap Insyaallah je. Lepas tu aku buat2 sibuk makan dengan harapan dia tak cakap lagi pasal perkara tu & alhamdulillah dia memang tak cakap dah pasal tu...ngeee :)

Aku bersyukur sebab mempunyai ibu ayah & mertua yang tak pernah menekankan kat aku atau minta aku untuk menambah lagi bilangan ahli keluarga. Rasanya tak pernah lagi aku dengar mereka minta aku beranak lagi atau cepat2lah mengandung sementara masih muda. Biasanya yang bercakap macam tu mak2 sedara aku & laki aku @ sedara2 lelaki laki aku (sebab sedara2 lelaki belah aku tak pernah lak nak kisah pasal ni). Bila dengar orang cakap pasal anak dengan aku, aku akan cuba positifkan diri. Tak kena atas batang hidung sendiri memang diaorang tak akan sedar. Bila dah kena kat anak atau adik2 diorang nanti, masa tu barulah diaorang nak faham hati & perasaan orang yang berTTC macam kami ni.

Tuesday 29 January 2013

ADIKKU BERTUNANG AKHIRNYA

Okey, last week cuti lama sungguh rasanya. Walaupun aku ni hari2 cuti tapi sebab Afif pun Jumaat lepas tak pergi sekolah sebab demam, so cuti berderetlah dari Khamis sampai Isnin. Bila dah cuti lama, adalah beberapa story nak mory kat semua. Ada story suka dan ada juga story duka. Marilah kita mulakan dengan story suka dulu...

Hari Khamis walaupun cuti tapi suamiku tak cuti. So, aku & Afif cuma berjalan ke Giant je la buat mengubat bosan tapi tak lama sebab Afif disahkan demam...aku dah story tentang tu dalam entry sebelum ni. So, hari Jumaat Afif dibenarkan berehat di rumah & tak perlu ke sekolah.

Sabtu 26/1/2013 pula adalah hari pertunangan adik perempuan aku. Umur dia dah 32 tahun tapi agak lewat bertemu jodoh. Mujurlah jodoh yang diperkenalkan oleh tok aku kepada dia ni serasi pula dengan dia. Sebenarnya adik beradik kami juga tunang dia tu. Tok sedara aku punya anak angkat. Sebelum ni aku ada juga cuba perkenalkan dia dengan beberapa orang tapi tak berjaya tapi alhamdulillah tok aku yang berjaya. Boleh buka agensi mencari jodoh dah tok aku ni :)

Majlis bermula selepas Zohor. Aku ke rumah mak aku lewat sikit dalam pukul 10 pagi baru sampai sebab kami singgah sarapan dulu kat kedai mamak. Sampai2 aje, aku terus ke dapur sebab diamanahkan untuk membuat lauk tomyam. Menu tengahari tu biasalah nasi & lauk2 kampung saja. Selain tomyam, ada pajeri nenas, sayur campur, ayam goreng berempah (menu terlaris), ikan goreng, ikan masin, talapia masak 3 rasa, ulam2, sambal belacan, sambal tempoyak (ini pun antara yang paling laris), koktel buah, rojak, kek kukus (sumbangan mak long aku), Eclairs yg ala2 cream puff (buatan tangan kakak aku). Banyakkan menu2nya tapi alhamdulillah tak banyak yang berlebihan. Kiranya macam cukup2 je, tak adalah membazir sangat.

Busana adik aku pada hari itu dari atas ke bawah ditaja oleh aku :) Tudung yang dipakai tudung aku, baju & selendang pun aku punya. Baju tu sebenarnya baju kahwin aku yang aku pakai masa kenduri bertandang ke rumah mertua aku 8 tahun lepas. Mujur dia muat baju tu tapi selepas klim pada baju tu ditetas oleh mak aku (maknanya aku lagi kuruslah masa kahwin dulu :D). Mekap pula adik aku tempah sepupu kami juga yang mekapkan.

Okeylah, tak perlulah nak ceritakan macamana bila 2 keluarga yang memang saudara mara juga berkumpul. Pada aku terasa sedikit janggal, apatah lagi pada adik aku yang bakal panggil tok sedara dia sebagai 'ayah' bila dah kahwin nanti :D. Tentang hantaran dah dibincangkan & tak perlu juga aku sebut berapa jumlahnya di sini cuma tentang tarikh nikah masih belum mencapai kata putus. Pihak lelaki nak minta dibuat pada hujung tahun ni tapi mak aku tak nak buat lambat2 sangat. Kalau boleh dalam bulan 8 ni dia nak langsungkan. Pada aku pun lebih baik disegerakan benda yang baik. Lagipun umur adik aku pun dah lanjut, nak tunggu apa lagi? Takut juga kalau esok dia ditakdirkan mengalami masalah kesuburan macam kakak dia macamana? Bukanlah nak mendoakan tapi zaman sekarang ni semuanya berkemungkinan. Mak ayah aku pun dah berumur, takut diaorang pun dah tak daya nak uruskan kenduri kendara nanti.

Nak layan gambar pertunangan adik aku tak? Marilah kita layanzzzz.................

Tadaaa....inilah adik perempuan aku sedang di andam. 

 Upacara meletakkan selendang pula. Masa ni banyak betul tangan yang membantu membentukkan selendang tu agar tampak cantik dipakai termasuklah aku ;)

 Dah nak siaplah tu, itu sebabnya bergumbira je...

 Hati mula berdebar2 & ketar bila dah turun untuk upacara menyarung cincin. Macam pelakon Bollywood dah rupa dia ni.

 Duduk di tengah2 orang ramai, macam nak bernikah pula. Tiba2 teringat waktu aku menikah dulu :)

 Inilah bakal mak mertua adik aku. Mak mertua dia ni memang Chinese Muslim.

 Tadaaaa....memperkenalkan bakal pengantin! Itulah dia bakal adik ipar aku, Fendi. Muka macam Chinesekan? Memang dia ni pure Chinese tapi dia ni dah Muslim dari kecik2 lagi sejak tok sedara aku ambil jadi anak angkat. So bakal anak2 buah aku nanti ada kombinasi rempah kari + ginseng lah :)

 Sepadan tak? Alhamdulillah, tumpang gembira untuk adik aku yang seorang ni.

 Okey, inilah barisan ahli keluarga kami. Dari kiri (depan), Fendi, Liena, Tok Njang, Tasha (sepupu & anaknya Mikhail), Mak Ndak, Mimie (sepupu), aku meriba Asyraff (anak buah). Dari kanan (belakang), mak long, pak long, pak ndak, Mas (bini sepupu aku), mak Anye, Pak Teh, Mak Cik, Mama (mak akulah tu) & kakak aku :)

 Oh...ada tambahan ahli pula...yang tangan berbalut tu Ima (kawan baik adik aku & anak angkat mak aku) & yang tudung pink kat belakang aku tu Pija (sepupu aku).

 Yehaaa....orang pompuan kalau dapat bergambar memang suka bebenor. Semua ni dah berkahwin & bakal berkahwin yer!

 Adik aku, mama aku & Afif.

 Sila abaikan kekecohan yang terjadi di sebelah tepi itu :D Biasalah rumah agak semak sikit.

 Bakal pengantin bersama hantaran.

Ini kek hantaran yang diberikan kepada pihak lelaki, hasil buatan tangan & gubahan kakak aku. Pihak lelaki tak bagi kami kek pun :(

Saturday 26 January 2013

AFIF DEMAM

24/1/2013 bersamaan masa cuti Maulud Nabi tu Afif tiba2 diserang demam tapi demam dia tak kuat sangat. Abah dia yang perasan dia demam, aku tak perasan pun sebab Afif ni badan dia memang sentiasa panas.

Walaupun hari ni sepatutnya cuti, tapi En. Mat Naat seperti biasa tak cuti. Aku bercadang nak bawa Afif ke Giant, nak potong sikit rambut dia yang dah panjang tu. Sambil2 tu jalan-jalan ajelah daripada berbosan2 di rumah berdua. Lagipun aku ada nak beli sayur2 sikit. Hari Sabtu ni adik perempuan aku nak bertunang, jadi aku diberi tugas untuk masakkan tomyam pada hari tu.

Masuk je dalam Giant tu, Afif aku terus letakkan dalam troli. Aku ke bahagian cadar, aku cari bantal, selimut & tuala. Bukan nak beli tapi nak buat lapik Afif tidur :D Aku lapikkan selimut lepas tu letakkan bantal, terus dia tidur dalam troli tu & aku selimutkan dengan tuala. Kesian pula tengok dia macam tu sebab aku yang beria-ia nak potong rambut dia hari tu juga. Bukan apa, aku nak dia nampak kemas sikit masa kenduri Sabtu ni...boleh gitu? Mulanya masa keluar rumah badan dia tak panas sangat pun, tapi bila dia dah mula tidur dalam troli tu baru aku rasa badan dia panas. Mujurlah dia tertidur & aku melambat2kan acara pembelian aku supaya dia ada peluang untuk tidur. Bila dia terjaga, semua dah settle tinggal nak bayar. 

Lepas bayar, kami ke KFC untuk makan. Bila tanya Afif nak makan apa, dia mesti akan cakap nasi & ayam. Mana lagi aku nak cari nasi & ayam kalau tak kat KFC. Tak payah nak fikir TTC sangatlah time tu sebab memang terpaksa gak aku telan fast food tu. Itu sajalah makanan yang Afif boleh telan. Nasib baik Afif tak meragam sangat.

Lepas makan baru pergi potong rambut. Afif ni penakut betul nak potong rambut. Dia takut dengan mesin yang orang guna untuk cukur rambut tu. Setiap kali potong rambut, memang kena cakap kat tukang gunting rambut jangan guna mesin tu. Lepas potong rambut barulah kami balik. Afif pun nampak cergas dah. Afif ni kalau demam memang jarang aku tengok dia melepet je. Dia tetap cergas macam tak sakit. Kalau dia melepet tu barulah aku risau.

Satu perkara lagi, Afif amat2 susah nak makan ubat. Jangankan ubat biji, ubat cair pun dia tak boleh telan. Kalau dipaksa juga dia boleh muntah. Kalau dah muntah, dah satu lagi kerja aku nak lap muntah dia. Dulu perkara ni dah pernah terjadi kat aku 2 kali rasanya dan aku cuak juga kalau nak paksa dia makan ubat. Tadi kat Giant aku belilah panadol biji untuk budak2 tu. Harapan aku bila aku campurkan dalam milo dia nanti, dia tak akan perasan. Itulah satu2nya cara yang ada sekarang nak bagi dia makan ubat. Nampaknya dah 2 malam aku buat macam tu dan alhamdulillah dia minum juga milo dia sampai habis. Tapi akulah yang kena disoal jawab oleh dia dulu. Jangan ingat dia tak perasan rasa lain dalam milo dia. Jenuhlah aku bohong sunat kat dia. Aku kata Afif demam sebab tu tekak Afif rasa tak sedap. Aku suruh dia sedut cepat2 milo tu baru tak rasa. Afif ni masih minum botol lagi jadi senang sikit kerja aku. Moga2 cepat sembuhlah anak aku daripada demam. 

Friday 25 January 2013

CIK 'P' DAH STOP

Hari ni 25/1/2013 dengan rasminya Cik 'P' dah menghilangkan diri. Maka bermulalah cycle baru kembali dalam hidup ini. Bulan ni 8 hari Cik 'P' menjengah since 17/1/2013 (malam) sampailah ke 24/1/2013 (malam juga habisnya).

Ok, antara usaha2 yang aku dah mulakan untuk cycle kali ni....aku minum jus delima + manggis. Mulanya nak minum Jus Delima Gulsan tu tapi mak teh aku yang jual ubat plak tak de stok masa aku nak beli. Aku cuma beli Jus Perawan je dari dia. Beli dari dia dapat murah sikit...RM30 sebotol. Tak apalah, next time bila dah ada jus delima Gulsan tu aku minum yang tu pula. Oh, jus delima + manggis tu aku beli kat Giant. Sebenarnya kat mana2 supermarket ada kot. Jus brand Fruit Tree. Mulanya nak beli jus delima brand Freshie tapi agak mahal berbanding Fruit Tree ni. Asal ada delima aku beli ajelah. Rasa taklah teruk cuma masam ajelah. Aku ni kalau masam2 memang bukan taste aku tapi nak buat macamana, telankan aje.

Oh, malam ni aku dah start minum Jus Perawan. Aku ambil 2 sudu dengan perut yang kosong. Lepas tu minum segelas air. Sekarang ni ada rasa macam menyucuk2 plak kat perut ni. Tak sherashi bersama ke? Tak pe2, baru minum, tunggu dulu beberapa hari serasi ke tak serasi. Oh, nasib baik rasanya tak teruk mana. Ada rasa madu2 sikit. Oklah....sedap.

Sejak 2 minggu lepas rasanya aku amalkan minum Yakult. Ok, rasanya memang tak ada kaitan dengan TTC kot tapi disebabkan aku ni macam ada masalah penghadaman sikit, itu sebabnya aku jadikan amalan. So far, sejak minum Yakult ni okey jugalah...angin2 dalam perut tu masih ada tapi senang keluar. Kalau tak keluar kot atas, dia keluar kot bawah...hahaha. Perut pun tak adalah moncit manjang, nampak gaklah surut.

Rasanya itu sajalah antara usaha aku setakat ni. Cengkih yang aku nak amalkan selama 41 malam tu tak berjaya dibuat lagi sebab susah benor nak curi masa suami aku. Ialah, kan dia yang nak kena genggam cengkih2 tu dan bacakan doa kat cengkih tu nanti. Telur ayam kampung + madu akan disusuli kemudian. Yang ni untuk suami akulah kot!

PEROKOK YANG BONGOK!

Hish...aku paling tak suka orang marah anak aku tanpa sebab. Kalau anak aku buat salah, aku tak kisah. Mungkin aku sendiri akan marah anak aku juga tapi kalau anak aku tak buat salah nak marah2...memang bongok la orang tu!

Kenapa aku marah2? Al-kisahnya hari Rabu hari tu aku, suami & anak ke KLCC. En. Mat Naat nak bawa anak dia jalan-jalan (sebab dia sedarlah kot yang dia jarang spend masa dengan anak dia). Kitaorang cadang nak tengok wayang. Sebab nak hiburkan Afif, belilah tiket cerita kartun 'Wracked-It Ralph' (eh, betul ke aku eja ni?) Seronok bila tengok Afif enjoy. Sesekali bawa dia keluar, memang dia sukalah.

Lepas habis tengok wayang, makan & solat. Lepas Maghrib, tengok kat air pancut kat luar KLCC tu macam menarik. Ajaklah Afif duduk depan kolam tu tengok air & lampu kaler2. Lamalah duduk kat situ. Saja tengok air & lampu. Ada pula persembahan air pancut berirama ikut muzik. Memang walllahhhh. Masa duduk kat situ aku dah sentap dengan suami aku dah sebenarnya. Ya lah, aku ingatkan keluar jalan2 dia nak habiskan masa dengan family tapi rupanya dia masih gak sibuk dengan kerja. Sibuk dengan telefon, call sana call sini. Sibuk dengan sms...aduiii, tension! Yang aku menyirap tu bila aku gurau2 dengan anak, anak bising & gelak2, dia marah sebab dia on phone. Bila anak terlanggar lutut dia, dia mengamuk marahkan anak. Aku memang menjelinglah. Aku taklah marahkan dia, cuma aku tegur sikap dia tu. Kenapa perlu marah2 sedangkan tempat tu public, open space. Boleh buat apa saja tambah2 lagi budak manalah dia nak tahu yang abah dia tengah sibuk dengan telefon ke apa. 

Okey, itu dah satu kemarahan aku pada orang yang tak pasal2 marah anak aku walaupun suami sendiri. Kejadian kedua pun kat tempat yang sama. Masa tu suami tak ada, dia masuk dalam untuk belikan Afif air. Afif dok main belakang aku walaupun aku dah tegur dia jangan main belakang aku sebab aku tak boleh nak nampak dia kat belakang. Manusia pun ramai hari tu sebab esok tu cuti. Tapi kebanyakan orang Arab, Siam, Indon & Bangla. Afif nak juga berdiri belakang aku, cuma tak lari jauhlah. Lepas tu aku dengar dia tanya aku, 'Ni pen apa ni?'. Berkali-kali dia tanya, so aku tolehlah juga nak tengok pen apa yang dia maksudkan. Dia dok kuis2 dengan kaki dia. Bila aku tengok, rupa benda yang dia dok kuis tu memang panjang macam pen tapi bukan pen. Aku baru nak cakap dengan dia jangan usik tapi tiba2 plak ada sorang mamat...nak kata mamat tak mamat sangatlah, nampak dah tua pun...mungkin umur dekat 50-an adalah sebab kepala pun dah beruban.Aku gelarkan pakcik jelah! Tiba-tiba dia terus sound anak aku, "Apa main-main benda ni? Ingat benda main ke?". Eh...eh...aku terus pandang muka dia. Bila masa pula anak aku dok main 'menatang' tu? Itupun anak aku yang jumpa, kalau tak mungkin orang lain dah ambik 'menatang' tu.

Rupanya 'menatang' tu pakcik tu punya. Mungkin tercicir atau mungkin sebab cuai sangat sampai tergolek2 benda tu ke belakang, aku pun tak tahu tapi jangan nak salahkan anak aku pula. Aku masa tengok 'menatang' tu pun tak tahu apa benda alah tu, inikan pula anak aku. Kami pun tak tahu siapa punya, jangan nak expect kami nak buat announcement kat situ tanya siapa punya 'menatang' alah yang tercicir tu. Guess what is that thing sebenarnya? Itu rokok elektrik ke elektronik ke aku tak tahu yang tengah hangat orang jantan tak guna dok hisap sekarang (maaf kalau anda yang sedang baca ni pun menghisap 'menatang' alah tu.) 

Aku memang anti dengan perokok. Bukan apa, perokok ni biasanya tak tahu etika. Dah tahu tempat awam janganlah nak menghembus2 asap sesuka hati. Kalau rasa nak merokok sangat kat tempat ramai orang yang ada budak @ ibu2 mengandung, bawa plastik beg, bila nak hembus asap, hembus dalam plastik beg yer! Aku alergik dengan asap rokok. Aku boleh kena migrain, mata pedih & susah bernafas kalau bau asap rokok ni. Mujurlah dalam keluarga aku tak ramai yang merokok. Ayah aku tak merokok, suami aku tak merokok, abang ipar aku tak merokok, suami sepupu2 aku yang rapat semua tak merokok. Cuma adik lelaki aku yang 2 orang tu aje yang merokok tapi tak pernah lagi diaorang merokok depan kami sekeluarga.

Aku memang bengang dengan pakcik tadi tu. Bila dia dah sound anak aku, aku pandang muka dia dengan muka tak puas hati, aku tanya "Apa?". Dia tetap nak salahkan anak aku, dia dok bebel-bebel lagi kata anak aku ambik benda tu & buat main benda tu sambil dia dok hisap benda tak guna tu. Buat pertama kali aku berani pandang je muka orang dengan muka bengis, sampaikan bila bini dia (tak tahulah bini ke, girlfriend ke, anak ke sebab muda je kalau nak dibandingkan dengan dia) tengok aku pun aku jeling. Kerana benda yang tak berfaedah tu kau nak marahkan budak? Anak aku pula tu! Kalau aku tahu benda tu rokok yang tak guna, aku dah ambik cepat2 aku campak dalam kolam terus. Sakit betul hati aku! Sampai balik rumah aku dok teringat je perkara tu. Mujur Afif tak dengar dia dok marah2. Kalau Afif dengar dan menangis, tahulah aku nak bahasakan orang tua tak guna tu.

Sebelum tu pun Afif dok tengok sorang minah sebelah aku, muka macam minah Indon ke, Siam ke aku tak tahu dok sedap2 merokok. Afif sampai tanya kat aku, "Mama, kenapa orang perempuan pun hisap rokok?" Aku tak tahu nak jawab apa. Aku terus-terang ajelah kat Afif yang perempuan2 macam tu orang tak baik, tak sayang nyawa. Aku tak kisah kalau orang nak blame aku balik sebab ini pendapat aku. Apa kebaikan yang boleh diperolehi daripada rokok? Marilah berdebat dengan aku kalau memang betul ada kebaikan rokok ni.

Balik dari KLCC tu kena caj parking RM21!!!! Muahahaha....aku rasa parking kitaorang yang paling mahal antara ramai2 yang beratur tu.

Wednesday 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL

Esok adalah hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Ada satu nasyid dendangan Al-Mizan bertajuk Junjungan Mulia yang aku minat sejak dari aku kecik lagi. Tadi aku terjumpa & dengar lagu tu kat Youtube. Baru dengar rangkap kedua, airmata aku dah meleleh. Ya Allah! Betapa aku sayangkan Nabi aku. Betapa Nabi Muhammad itu sebaik-baik manusia yang Allah ciptakan. Baginda sanggup menahan segala-galanya & bersabar. Betapa banyak ujian & dugaan yang hebat2 Allah timpakan di zaman Baginda. Baginda tetap bersabar malah selalu bersyukur. Aku? Apalah sangat ujian dan dugaan yang Allah timpakan ke atas aku tapi aku sering berduka & merungut. Aku masih ada Allah & aku masih ada Nabi yang sentiasa sayang & mendoakan umatnya. Apalah perlu aku pedulikan orang sekeliling dengan tanggapan mereka terhadap aku. Di saat2 aku selalu merasakan diri aku keseorangan, aku tahu masih ada yang sayangkan aku... 


Junjungan Mulia - Al Mizan


AFIF NAK ADIK....:(

Okey just nak bagitahu yang semalam aku bergurau2 dengan Afif. Aku biasa panggil dia 'baby'. Walaupun anak dah besar tapi suka sangat panggil dia baby...rasa manja & sentiasa ada anak kecik je. Selalunya bila dia nak pergi sekolah, lepas salam aku mesti aku akan cakap..."Bye baby, I miss you baby & See you baby." Lepas tu dia akan balaslah..."Bye honey, I miss you honey & See you honey." Dia bahasakan aku 'honey' plak. Mula2 dulu okeylah, tapi sekarang dia dah agak segan tambah2 bila atuk, nenek dan abah dia selalu ejek2 dia. Bila dia nak sebut 'honey' tu dia akan slowkan suara dia. Bengang betul aku dengan orang yang suka gelakkan perbuatan anak kita yang kita dah asuh dari kecik...bukannya salah pun panggil mama dia 'honey'kan?

Oh...berbalik pada kisah tadi...aku saja2 panggil dia 'baby' banyak2 kali. Lepas tu ini di antara dialog aku dengan Afif...

Afif: Mama panggil Afif baby ya tadi?
Aku: Ya la, Afifkan baby mama, mestilah mama kena panggil baby.
Lepas tu dia datang kat aku. Aku tengah baring atas sofa. Dia duduk melutut pastu kepala dia tunduk pandang kerusi.
Afif: Tapi...Afif nak adik...(slow je dia cakap)
Aku: (Terkejut sebab tiba-tiba dia cakap nak adik). Kenapa Afif nak adik?
Afif: Afif tak ada kawan.
Aku: Ala...kalau Afif ada adik nanti Afif gaduh dengan dia macamana? Nanti dia nak rebut mainan Afif macamana?
Afif tunduk je. Dia tak bercakap dan sedih muka dia. Bila aku tanya dia lagi, dia cuma kata...nanti2, Afif tengah fikir.

Kesiannya anak aku...mama akan usahakan Afif supaya Afif akan ada kawan nak bermain nanti. Kalau mama boleh beli adik kat pasar, mesti mama dah segera belikan untuk Afif :(

 Semalam je, 2 kali Afif bagitahu aku dia tak ada kawan nak main. Dia ajak aku main kereta dengan dia & masa tu pula aku tengah layan Hingga Hujung Nyawa...acaner tu?? Bila aku suruh dia main dulu, terus dia cakap dia tak ada kawan. Sedihlah mama macam ni....rasa macam mama ni bukan mama yang baik je sebab tak mampu nak bagi apa yang Afif nak. Mama cuba Afif, hingga hujung nyawa mama akan cuba....huhuhu :(

Tuesday 22 January 2013

EN. MAT NAAT KENA NOSE INFECTION

Kesianlah my hubby tu, tetiba terkena nose infection lak. Pernahlah dia mengadu dia sakit hidung tapi aku buat dek je la sebab selalunya bila ku mengadu sakit kat dia, dia buat dek je :D Semalam dia balik kerja awal. Pukul 10 malam dah balik, terkojut gak aku. Nampaklah dia pegang bungkusan2 ubat kat tangan. Aku tak tanya pun sakit apa sebab aku tahu dia yang akan buka mulut bercerita...biasalah, dia kalau sakit nak bermanja2 dengan aku tapi bila aku sakit....ahhh, malas nak cerita! :p

Katanya dia ke klinik klien dia. Doktor tu kata mungkin dia terkena nose infection dan bagilah ubat bengkak, antibiotik & ubat sapu. Ada naik macam bintik2 sikitlah kat keliling hidung dia, hopefully tak merebak & tak merbahayalah. Risau gak aku kalau boleh merebak ke tekak, mulut, mata dan sebagainya. Siapa tak sayang laki oiii....


MIMPI BABY

Malam tadi before Subuh aku bermimpikan baby. Aku ingat dalam mimpi aku tu memang ada baby & aku dukung baby tu tapi aku tak ingat apa jalan cerita mimpi tu, kenapa & dari mana baby tu muncul. Yang pasti dalam mimpi tu, baby tu bukan anak aku.

Okey, Ustaz Fauzi (yg jual produk Tok Guru) tu pernah kata kalau mimpi2 yang tak best macam baby ke, ular ke, binatang2 berbisa ke jangan terus membuat kesimpulan itu tanda gangguan benda2 halus. Kalau kita cuma bermimpi benda2 tu sekali sahaja bermakna itu mainan tidur tapi kalau mimpi tu kerap datang & mungkin juga berturut2 barulah tanda ada gangguan. Kalau macam mimpi binatang2 berbisa, buas atau ular pula, sekiranya binatang2 itu menguasai kita barulah tanda gangguan tetapi sekiranya di dalam mimpi tu kita yang menguasai binatang2 tersebut, aggaplah ianya hanya gangguan tidur semata-mata.

So far, aku dah pernah mimpikan baby ni banyak kali tapi tak berturut2. Aku tak tak pasti adakah ianya satu petanda atau mainan tidur sahaja. Aku yang pernah beberapa kali pergi berubat perubatan Islam memang tahu aku di'ganggu'. Apa yang aku pasti gangguan itu masih terus berada bersama aku cuma bila 'benda' tersebut akan tersingkir yang aku tak tahu....:( 

Saturday 19 January 2013

AKU PALING TAK SUKA KENDURI!

Haiii...ada kendurilah pula kat bawah ni. Jiran sebelah rumah pula tu yang buat kenduri. Tak nak pergi kang dikatakan sombong. Itu pun dapat jemputan lebih kurang pukul 11.30 tghr tadi masa En.Mat Naat nak keluar pergi kerja. Agaknya kalau dia tak keluar, aku tak dijemput ke macamana?? Aku ni memang bangsa yang tak reti nak keluar rumah. Kalau tak ada benda nak dibuat kat luar, memang memerap dalam rumah ajelah aku dengan si Afif tu. Kadang2 kesian juga kat Afif tapi biarlah ajar dia suka duduk rumah daripada dia dah biasa asik keluar rumah, esok besar suka melepak sana sini pula.

En. Mat Naat kata kenduri start lepas Asar. Nak turun bawah menolong terasa malas pula sebab aku ni hari ke-2 period, badan rasa lemah & letih je. Kepala jangan cakaplah memang berat & mamai2 dari hari tu lagi. Tak apalah, aku turun lepas Asarlah! Tolong kemas2 lepas kenduri pun menolong juga namanya.

Dalam pukul 5 petang aku pun turunlah dengan Afif. Sampai je dalam dewan kat bawah blok aku ni, jumpa jiran aku yang duduk depan rumah. Nampak muka aku, terus dia sound "Hai...baru nampak." Slow je dia cakap. Arghh...aku peduli apa dengan kata2 dia tu, bukan majlis dia pun yang dia nak sound2 aku. Aku punya masalah, sakit ke apa ke ada dia tahu? Mulanya aku ingatkan kenduri doa selamat biasa2 je, sekali aku sorang yang turun pakai seluar daaa...ahh, lantaklah! Aku nak dok belakang je pun bukan nak tayang body kat depan2 tu.

Aku terus menuju ke sekawan kakak2 yang dari blok2 situ juga. Adalah dalam 5-6 orang. Masing2 tengok muka aku masa aku masuk tu macam nampak hantu. Aku tahulah diaorang tak kenal aku & aku pun tak kenal diaorang :D Adalah 2-3 muka yang aku biasa nampak tapi nama haram aku tak tahu! Aku memang bukan bangsa suka melepak berbual2 & duduk luar rumah. Entahlah, mungkin sebab aku tak pernah dibesarkan di flat ke? Aku dari kecik duduk rumah teres, bila dah kawin ni aje baru aku pindah ke rumah flat. Jiran2 pula bukan yang lebih kurang umur aku, semua dah beranak pinak dan anak dah jadi anak dara & teruna. Alasannnnnn :p

Aku ni memang kategori tak banyak bercakap kalau bukan dengan orang yang aku kenal. Aku dah pernah buat dalam entry sebelum ni, kalau orang tak tegur aku memang aku tak akan manis2 mulut nak beramah mesra. Tapi, aku taklah menyombong. Cukup sekadar melemparkan senyuman. Senyuman itukan sedekah? Kakak2 jiran aku ni memang rajin benor berkumpul. Bukan aku tak nak join, tapi salah satu matlamat aku berhenti kerja dulu sebab aku nak kurangkan dosa sikit. Masa aku bekerja dulu, rasanya banyak benor dosa aku mengumpat sebab pejabat aku dulu politik memang kuat. Setiap hari mesti akan mengumpat dan gosip. Jiran2 aku ni pun kadang2 aku terdengar juga diaorang bergosip bila dah berkumpul tu...minta dijauhkanlah. Kadang ada benda yang memang aku nak tahu & tanya barulah aku berhenti berbual dengan diaorang. Bagi aku lebih baik berdiam diri dari melibatkan diri dengan dosa sebab dosa yang aku ada sekarang pun belum tentu aku mampu nak tanggung. Biarlah orang nak kata aku sombong ke apa, asalkan aku tak pernah ganggu hidup diaorang atau menyombong. Kalau terjumpa aku tak kedekut dengan senyum. Takkan sekadar aku tak rajin duduk melepak bersama nak anggap aku yang bukan2?

Habis kenduri, aku stay tolong2 apa yang patut. Kang dikata aku ni datang nak makan je, menolong tak nak pula...eh, tak adalah, aku memang ikhlas menolong. Ala, jiran aku kot. Takkanlah tak nak menolong! Aku kalau bab tolong2 kemas atau basuh2 pinggan bolehlah tapi kalau bab2 nak tolong memasak atau potong2 tu aku berat sikit sebab aku suka benda2 tu dilepaskan pada tangan2 yang lebih senior. Tengah dok basuh pinggan kat luar, Afif datang memekik ajak balik. Tadi dia tak kacau sebab ada kawan. Bila kawan dia dah balik, dia dah mulalah bosan. Terjerit2 dia kat dalam dewan tu panggil aku & aku tahan sabar je kat luar. Sekali boleh pula dia datang kat pintu & cakap..."Mama, jomlah balik. Kenapa mama nak buat kerja tu ha? Mama ingat ni rumah kita ke? Ni bukan rumah kita tahu tak?". Anak aku kalau bercakap memang boleh tahan, kadang2 memang kena cubit juga kaki dia tu. Aku punyalah malu sebab terang2 dah tak ramai kat dalam dewan tu. Mesti semua orang boleh dengar suara dia...Lama2 dia asyik dok menjerit, terpaksalah aku angkat kaki dulu. Memang dia kena syarahan akulah lepas tu...sabar ajelah!




Friday 18 January 2013

CIK 'P' DAH DATANG TAPI...

Semalam 17/1/2013, pagi2 masa tengah layankan Afif breakfast tiba2 terasa 'crettt' je kat bawah. Fuhh...macam dipicit2 & memancut2 je rasanya. Lain macam betul darah ni keluar...memang confirmlah darah. Segeralah mandi dan pakai pad. Okey...dari pagi sampai ke maghrib tu aku cuma pakai satu pad tu je sebab aku dapat rasa darah tu cuma keluar pagi tu je. Tengahari --> petang tak ada keluar dah. Malam tu aku malaslah nak pakai pad, memang tak keluar darah pun tapi bila dah pukul 12 malam, nak masuk tidur, time tu lah terasa meleleh lak. Terus bangun ke toilet, cuci2 dan pakai ajelah pad. Sepanjang malam tu ada juga keluar darah tapi...ala....tak penuh pun.

Pagi ni, aku pakai juga pad. Macam semalam juga, cuma pagi je aku terasa ada darah. Sekarang ni dah petang pun tak terasa ada yang keluar & confirm tengah2 malam kang baru keluar darah balik. Doktor kata rahim aku ni tebal, tapi apsal darah bila keluar sikit2 macam tu? Dulu masa darah keluar membuak2 & lama sampai 15 hari, bila scan dinding rahim aku tebal juga...kadang2 aku pun tak faham.

Tak apalah, aku consider ajelah aku masih gagal lagi nak uwek2 bulan ni. Kiranya untuk bulan 12, cycle aku genap2 50 hari. Amboi, pandai lak...bulan 10 cycle 30 hari, bulan 11 cycle 40 hari. bulan 12 cycle 50 hari ye dik non? Kalau macam tu bulan 1 ni, confirm2 ke cycle 60 hari??

Okey, next ikhtiar yang aku dah plan plak....Jus Perawan yang kononnya terlaris sangat tu. Nak trylah tengok macamana, lagipun harga not bad, bolehlah nak cuba. 

Eh, lepas kering period ni aku ingat nak minum air kelapa la. Moga2 dapat cuci sikit dalaman aku ni.

Wednesday 16 January 2013

CACA MARBA

Hisshhhhh.....pasai pa lah aku tadak mood sangat nak update blog sejak dua menjak ni??? Mood pun tak berapa nak betui ni...sat2 pening kepala, sat2 perut cramp, sat2 kaki lenguh macam nak period, keluaq darah sikit macam nak period tapi tak gak period lagi.

Aku ni dah tak sabaq dah nak buat treatment kat hospital. 2 hari lepas saja2 cakap dengan En. Mat Naat, nak ajak dia buat treatment kat hospital kerajaan. Dia tanya awat tak pi LPPKN balik? Aku tanya balik, ada duit ka? IUI sekarang pun dah RM300 rasanya. Dulu aku buat RM100 ja. Ubat2 lain entah naik berapa plak harganya. Dia kata...ada! So, aku jawablah....kalau ada duit, abih tu tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai ke tua? Tahun ni aku dah 34 tahun kot (oppsss...terbocoq lak rahsia peribadi :p). Tahun depan kira dah ataih pagaq la tu antara subuq dengan tak subuq-subuq :(

Hari ni, pagi2 pi hantaq Afif ke tadika, aku dah melemcong pi berjalan ke Giant. Nak buat lagu mana, Giant tu tempat beriadah paling dekat dengan rumah aku...dekat2 pun berjalan cungap2 jugalah :D Nak sampai dalam pintu Giant tu aku dah rasa sesuatu kat panties...mesti darahlah ni. Pagi tadi dah teringat nak pakai pad tapi tak pakai pasai malam kelmarin ada keluaq darah sikit tapi lepas tu tak keluaq dah. So, dok ingat satgi pakai pun buat membazir ja. Bila dah terasa geli2 camtu, apalagi...lekaih2 la jalan pi masuk cari pad dulu. Ambik ja teruih bayaq dan pi bilik ayaq. memang ada darah tapi sangat cair dan watery. Malam kelmarin darah tu pekat, tapi hari ni macam darah + air. Tak kisahlah, pakai ja lah pad walaupun aku pasti lepas tu takkan keluar dah darah tu. Aku noticed satu benda, kalau aku banyak berjalan mesti akan keluar darah. 

Eh...eh...aku tak mau ceritalah pasai TTC ni hari ni. Tadak mood lah! En. Mat Naat pun tadak kat rumah. Nu pi kota keriangan nun dengan kawan2 gheja dia sampai tak ingat langsung nak sms bini. Apa punya sibuk sampai tak rindu anak bini daaa...jenuhlah semalam aku dok kelipot2 nak pejam mata. Memang aku ajak Afif tidoq awai semalam, pukui 10.30 malam dah naik ataih katei pasai takut :D Mujuqlah Afif tak mengigau malam tadi dan aku pun lepas terlelap mata tu tadak nak tersedaq sampai ke Subuh.

Eh, apa yang aku melalut ni aku tak taulah...aku pun dah malas nak susun ayat bagi cantik. Baca dan faham2 sendirilah :D




Sunday 13 January 2013

-VE LAGI :(

Hari ni dah hari ke 45 period aku delay. Pagi tadi dah check UPT dan keputusannya -ve. Itu aje nak story sebab tak best pun! Sedih...:(

GUGUR PULAK DAH!

Ish...nauzubillah! Sebelum ni aku kan cakap aku tak suka mimpi indah2 sangat sebab maksudnya nanti terbalik? Tapi, Jumaat hari tu (11/1/2013), malamnya aku mimpi keguguran pula. Boleh nampak jari2 halus dah terbentuk masa dah gugur tu. Aduh...dah aku tak suka pula mimpi2 tak indah. Kalau membawa maksud indah tak apa juga tapi macamana kalau maksudnya tetap tak indah? :(

Boleh dikatakan lengkap dahlah mimpi aku sejak kebelakang ni dari aku pernah bermimpi test UPT dapat +ve, lepas tu aku mimpi aku mengandung dan perut dah boyot. Sekarang ni aku mimpi pula gugur...apakah semua ni?? Mungkin mainan tidur semata2. Aku dengar semanis kurma hari Khamis hari tu, Ustaz Fauzi tu kata kalau mimpi ular ke, bayi ke kalau sekali tu hanyalah mainan tidur tapi kalau mimpi berkali-kali itu yang tandanya kita diganggu.

Dan ada satu lagi kejadian yang berlaku Jumaat hari tu yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya. Mungkin ke effect daripada mimpi tu? Mmm...entahlah! Pagi tu bila En. Mat Naat kejut aku untuk solat Subuh, bila buka je mata aku dah terasa kepala ni berat. Bila bangun rasa macam melayang2 tapi aku masih mampu solat walaupun masa solat tu aku tak mampu nak bukak mata langsung.

Lepas solat, biasanya aku akan kejutkan Afif untuk bangun ke sekolah tapi hari tu aku jadi tak larat dan terus aku baring je sebelah Afif. Bila En. Mat Naat datang memang membebellah juga mulut dia tengok aku tak kejut anak bangun lagi sebab dia dah lambat nak ke pejabat. Last2 dia yang kejutkan Afif dan uruskan Afif.

Aku dah terlentang sambil menahan pening kepala yang lain macam rasanya. Bukak mata aku nampak macam berpusing2. Pejam mata pun terasa macam berpusing2. Rasa macam tengah terbang pun ada...melayang2 je rasanya. Lebih kurang rasa macam lepas telan ubat batuklah, terasa melayang2 je....nak kata kena dadah, aku tak makan apa2 pun semalam, cuma makan roti krim sebungkus. Apa sebab tiba2 aku pening ni?

Bila En. Mat Naat masuk bilik nak bersiap ke pejabat, aku pun panggillah...konon2 nak manja2 dan mita simpati...dengarkan dialog aku dan si dia di pagi hari itu....
Aku: Abah, pening...
En. Mat Naat: Ha? Pening?
Aku: Rasa macam pusing2 je.
En. Mat Naat: Abis tu mama nak abah buat apa?
Aku: (menyakit hati betul!)
En. Mat Naat: Mama tak cukup tidurlah tu...(terus keluar dari bilik)

Ha...macam itulah lebih kurang situasi yang berlaku. Sikit pun dia tak datang tengok keadaan aku, sentuh mahu pun membelai bini dia ni. Sorrylah, aku yang memang tengah sakit terus tersentap maka berjuraianlah airmata. Bukan apa, suami aku ni selalu kata aku kuat tidur & banyak tidur, tapi bila aku kata aku sakit dia boleh pula kata aku tak cukup tidur. Cakap berbelit-belit. Memanglah aku selalu tidur lewat sekarang tapi paling lewat pun pukul 2.30 pagi aku dah merebahkan diri atas katil. Aku tak rasalah aku tak cukup tidur.

Yang paling sedih bila Afif datang nak salam tangan aku sebelum ke sekolah, dia tengok aku tengah menangis, dia tanya "Mama sakit ke?". Aku angguk, terus dia usap2 belakang aku. Lepas tu dia pegang tangan aku macam tak nak lepas je. Ya Allah! Budak sekecik tu pun tahu simpati dan kesiankan orang tapi suami aku yang dah besar tapi tak kenal erti simpati langsung ke? Langsung tak tengok keadaan aku, terus dia keluar rumah. Melalak jugalah aku sambil menahan kepala yang berat dan pening memusing2 tu.

Aku rasa mungkin tekanan darah rendah, so aku ambik gula2 sebiji dan hisap tapi tak lega juga. Lepas aku bangun berjalan tu, bila aku baring balik atas katil aku jadi sesak nafas. Dahlah badan rasa letih, kepala berat + memusing, lepas tu susah nak bernafas pula. Aku dah terpikir mungkin dah sampai ajal aku ke hari tu? Kalau betul, aku redhalah...meninggal hari Jumaat terlepas seksaan kubur tu tapi bila fikir2, aku ni dah cukup baik & cukup amal ke? Jadi takut pula. Aku terus capai telefon dan hantar sms kat En. Mat Naat. Nak bangun capai telefon tu pun aku rasa macam baru lepas maraton 10km. Aku suruh suami aku balik sebab aku tak tahan penat. Kalau aku sorang2 pengsan siapa pula nak uruskan Afif bila dia balik sekolah nanti. Aku dah tak kisah dah suami aku dah sampai ke mana, apa yang penting aku memang tak larat.

Bila En. Mat Naat dah sampai rumah, aku dah rasa lega sikit (mungkin aku baring sampai tak bergerak2 dari tadi), cuma kepala je masih berat dan memusing2. Barulah dia nak datang tengok keadaan aku. Tapi, last2 dia pun tertidur sama kat sebelah aku.

Okey...jujur cakap, satu hari tu kerja aku cuma tidur. Makan pun mujur suami ada, dia belikan je nasi bungkus kat kedai. Lepas bangun tidur masa Afif balik, aku sambung tidur lagi kat atas sofa. En. Mat Naat dah ke masjid nak solat Jumaat. Sampai dia balik solat, aku dok tidur lagi. Lepas tu En. Mat Naat suruh mandi sebab nak ajak ke klinik. Dalam pukul 3 ptg kot baru aku mandi :D Lepas mandi, makan jugalah sikit sebab lapar juga walaupun sakit2. Lepas makan, tidur lagi :D Suami aku kata aku tak cukup tidurkan? So, aku tidurlah puas2. Dia pun sambung tidur gak kat dalam bilik, last2 tak pergi pun klinik. Aku pun tak tahu apa punca aku pening & tak larat gila2 tu... 

Friday 11 January 2013

PILIH BULU? ADA AKU KESAH???

Oh! Sangatlah tak sukanya dengan orang yang pilih bulu ni...kan? Apa sangatlah yang ada pada bulu tu yang nak pilih2? 

Ok entry ni bukan nak bercerita tentang bulu...cuma nak bercerita tentang sikap sesetengah orang yang suka memilih bulu. Memilih sangat orang untuk dijadikan kawan. Kenapa ek? Kalau tengok orang tu macam takde standard, rasa tak nak kawan ke? Atau kalau tersilap tutur kata sikit terus bertanggapan yang orang tu tak boleh dibuat kawan ke?

Arghhh....persyaitoonkan semua tu!! Ada aku kesah kau nak berkawan ke tak nak berkawan ke dengan aku? Sikit pun tak terkesan di hati akulah. Pernah tak korang alami perkara macam ni...(selalunya terjadi kat FB la), ada orang dah add korang dalam friendlist...tup2 kita tak usik dia, dia remove kita. Nak kata ada benda yang kita terkata kat status kita yang buat dia benci atau menyampah tu tak tahulah kan...siapa makan cili, dialah terasa pedasnya! Dahlah dia yang add kita, pastu dia lak sesuka hati nak remove2...mental ke apa orang macam ni? Aku memang tak boleh nak layanlah orang yang masalah otak macam gitu. Paling aku bengang kalau sedara2 aku yang buat perangai macam tu. Ada pulak yang kesnya dah buat akaun, kejap tutup kejap bukak balik. Apa kejadahnya?? Best sangat ke dok tutup bukak tutup bukak tu? 

Kalau dalam dunia blogging ni...ada kes yang dah follow pastu tak follow dah. Okeylah tak kisahlah, itu hak dialah kan? Tapi ada plak kesnya yang kita menjengah blog dia & dah bertegur sapa tapi tuan rumah buat macam tak nampak je...eh2, aku ni halimunan ke? Tapi rasa2 aku tinggalkan komen, orang lain boleh je balas komen aku tu tapi tuan rumah lak yang tak reti nak say 'hai' ke, 'bye' ke, 'tq' ke...biarlah beradab sikitkan...kalau tetamu datang rumah takkan kita tak layan? Kalau benci tahap gaban pun, sekurang2 buat ikon ni ---> :) (Kes ni takde kaitan dengan follower aku...hehehe)

Aku tahulah aku ni blogger baru tapi pengalaman aku tak sebaru blog akulah. Aku ni memang rajin juga mengomen kat blog orang tapi bila dah selalu sangat aku komen & dia buat macam tak nampak je kewujudan aku, aku faham2 sendirilah kan...Apa pula yang aku dah buat orang tersentap dengan blog aku ni? Blog aku luahan perasaan & pendapat aku. Kalau dia yang mungkin 'silent reader' tiba2 terbaca dan terasa hati tu bukanlah aku sengajakan. Aku pun tak pernah tujukan pada sesiapa @ mention nama sesiapa kalau aku buat entry tak puas hati. Aku taklah kemaruk sangat nak dia balas komen aku, cuma vengang...tahu tak vengang? Orang yang komen selepas2 aku boleh pulak dia balas panjang berjela. Eh, dia bukan artislah kalau nak kata tak sempat nak balas komen aku :p

Eh, aku tak marah! Tak kisahlah siapa pun 'dia'. Biarlah dia berbahagia dengan dunia dia. Aku pun tak heran nak ambik tahu atau komen kat blog dia dah...banyak lagi blog lain yang aku follow & yang follow aku yang boleh aku hantarkan komen aku yang tak berharga ni...

Bila dah terasa2 hati sikit ni, nak bagilah satu lagu buat meredakan keadaan :)


AdaMU - Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/07/lirik-lagu-adamu-najwa-latif.html#ixzz2Hb1AWZWm

Thursday 10 January 2013

TTCGM

Ishhh....pasai pa ni aku malaih sangat nak hapdet blog 2-3 hari ni? Bila dah hapdet, bahasa & ejaan pun dah rosak. Ni kalau budak2 sekolah baca & ikut ejaan ni dalam karangan depa, confirm failed la! Ohh...ohh...ohh....hari ni ada cerita, so aku terrajinkan diri hapdet gak blog ni....hehehe.

Akhirnya....berjaya juga menjejakkan kaki ke group TTCGM. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Nissa Kawai yang telah meng'add' aku di FB & menjemput aku masuk ke dalam rumah yang serba meriah nampaknya tu. Amboi2 depa dah bergathering sakan no! Jeles ai :p 

Aku ni kalau bercakap sorang2 macam ni bolehlah tapi nak bergathering2 ni aku tak pandai berbual sangat tapi kalau kena yang satu kapla....ha! memang tak ingat donialah. Memang aku tak kontrol2 dah nak gelak ke, nak berguling2 ke, nak terjerit2 ke. Masa aku dok asrama kat unibersiti dulu ramai gak yang kata aku ni mula2 jumpa pendiam bukan main tapi sebenarnya boleh tahan!!! Apa yang boleh tahan aku pun tak tahulah :D Aku memang suka lepak dengan masyarakat yang taklah berapa nak kontrol ayu & boleh bercakap apa saja topik (walaupun aku kalau mula2 berbual tu memanglah tersangat kontrol ayu k!)

Macam syok je nak gathering tu tapi seganlah plak! Aku ni apa2 mesti nak berteman. At least ada sorang yang aku kenal oklah. En. Mat Naat kalau bawa aku pergi mana2 mejelis dia memang aku alergik. Aku tak pandai sangat nak pi menempek kat kawan2 dia dan berborak2. Kalau ada yang dah mula buka mulut nak berbual dengan aku tu ok, aku layannnzzzz tapi kalau dapat lak yang aku diam, dia lagi diam....memang booolayan la especially kawan2 dia yang sekarang ni. Kerja diaorang mesti kena banyak bercakap tapi bila jumpa aku tak adalah pula nak bercakap dan menegur sangat so, aku lagilah tak pergi tegur. Tak kisahlah nak kata aku sombong ke apa. Ada aku kesah?? Muahahaha (gelak jahat!) Tak kenal maka tak cinta. Aku ok, cuma orang kena tegur aku dulu. Ngada2kan? Hehehe...nak buat camna dah aku ni pemalu :p  

Tuesday 8 January 2013

PREGNANT?

Aku sukakan nak buat tajuk yang bikin gempak. No..no..no.. aku belum lagi dapat UPT 2 lines, cuma malam tadi aku mimpi aku pregnant. Perut aku besar dan of courselah ada baby inside :D Aku tak ingat pun mimpi tu tapi tiba-tiba masa nak sembahyang Zohor, that mimpi muncul lak depan mata aku. Ya Allah! Alangkah bahagianya kalau betul tapi aku tak suka sebenarnya mimpi indah2 macam tu sebab selalunya mimpi indah ni terbalik maksudnya. Bulan lepas pun aku pernah gak mimpi UPT naik 2 lines tapi aku tak pregnant pun lagi. Ini kisahnya. Tak apalah...aku redha.

By d way, Cik 'P' yang sepatutnya dah munculkan diri hari ni tak nampak batang hidung. Ni dah CD40 dah ni. Takkan tak nak jenguk2 aku dah? Masa CD35 hari tu lepas BD ada keluar darah seketul kecik je masa aku pee pee & ada flow beberapa kali tapi sehari tu ajelah. Yang peliknya esok & hari2 selepas tu terus ghaib, langsung takde darah, dot2, spot2 dan sewaktu dengannya. Cuba rujuk balik aku punya entry ni Masalah Miss 'P' untuk Jan 2013. Aku dah order UPT dah, mungkin 1-2 hari lagi sampailah barang tu kat tangan aku. Walaupun aku dah tahu result sebelum buat test tapi tak kisahlah, aku beli je. Maklumlah addicted :p

Oh ya, hari ni aku puasa ganti. Sepatutnya ambiklah semalam dengan hari ni kan? Ngeng! Semalam Isnin memang sunat berpuasa tapi nak buat macamana mak cik lupa! Tak kisahlah, asalkan aku sempat nak habiskan puasa aku yang tertinggal tahun lepas sudah! Nak tahu ada berapa hari lagi aku tak ganti? 14 hari kau!!! Maklumlah tahun lepas aku tinggal puasa 17 hari...gilakan! Tu lah aku kata Cik 'P' aku ni memang ting tong teng!

Monday 7 January 2013

KAEDAH TAUGEH PULA

Ohh...hari ni terjumpa satu petua lain pula untuk mudah hamil. Saya dapat daripada blogger yang juga sedang TTC. Ni nak kena masuk list jugalah kot (kaedah Bunga Cengkih pun tak cuba2 lagi...dah datang kaedah taugeh plak). Masalahnya boleh ke aku telan air rebusan taugeh tu? Boleh tak buat sayur terus? Kikiki....

Cara-caranya:

1. Ambil segenggam kacang hijau (bukan kacang merah atau kacang panggang yer!)

2. Rendam kacang hijau tu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak taugeh kira2 panjang ekor tu 2x panjang kepala taugeh). Air rendaman kena sama aras dengan kacang hijau. (Bagi kacang hijau tu tenggelam dalam air)

3. Tutup bekas tu.

4. Bila dah jadi anak taugeh, bersihkan taugeh dan buang kulit kacang hijau yang ada.

5. Rebus taugeh dengan 2 gelas air kira2 15 minit dengan api sederhana.

6. Bila air rebusan dah tinggal separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira2 dalam segelas).

7. Minum air rebusan tersebut setiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.



Itulah saja cara-caranya. Nampak macam mudah je kan? Tapi aku tak pasti nak kena rendam kacang hijau setiap hari ke macamana. Kalau aku nak buat, aku akan rendam kacang hijau setiap harilah. Daripada apa yang aku dapat dari blog tu, ada yang sebulan je amalkan dah pregnant...so, apa tunggu lagi! Kayuhlah!!!


Saturday 5 January 2013

MADAH PENYEJUK HATI

Tak ada apa nak tulis hari ni. Semalam tiba2 terasa sayu dan sedih. Yess...aku menangis. Tak perlulah aku ceritakan di sini kenapa. Biarlah aku saja yang tahu kenapa. Rasa macam semua orang dah tak sayang kat aku lagi, tak suka pada aku. Rasa macam aku tak dipedulikan. Terfikir kalau aku mati, ada ke orang yang akan menangis dengan kepergian aku? Ada ke orang yang akan terasa kehilangan aku? Entahlah, tiba2 je aku jadi emosi semalam. Disebabkan aku down, aku letakkan di sini ayat-ayat penyejuk hati aku sendiri.




Aku tak pernah menyalahkan Allah. Aku yakin pada Allah tapi kenapa aku masih bersedih?

Friday 4 January 2013

NAK BELI JUBAH CANTIK?

Hehehe...bukan niat nak meniaga tapi dah nama pun peniaga, apa gunanya tak menggunakan kesempatan yang ada...iya dak?

Okeylah, aku ni meniaga secara online je, takde kedai pun! Mungkin bila mampu sok aku bukaklah kedai sebab aku memang suka kerja sendiri daripada kerja dengan orang ni (pengalaman aku kerja dengan orang, asyik kena buli je).

Aku ni meniaga start dari 2010 lagi. Aku mulakan dengan menjual tudung. Sampai sekarang masih jual juga tudung tapi dah slow sikit sebab saingan Ya Rabbi! Masa aku mula2 jual dulu FB ni kira medium baru lagi so tak ramai lagi yang menjual. Bila FB dah terkenal seantero dunia ni, banyak sangatlah orang nak meniaga.

Dalam setahun lepas aku mula jual baju2 maternity & barang-barang baby (dengan harapan ada berkat & aku pregnant :D). Bukan apa, rindu sangat nak pakai balik baju2 comel tu...arghhh! Start tahun ni aku dah jadi Pengedar jubah-jubah Rana Aswad. Honestly aku cakap baju2 dia memang cantik, jahitan kemas & material best! Aku bukan puji sebab aku jual baju dia tapi sebab baju dia memang bestlah baru aku nak jual baju dia. Faham tak? Aku ni jenis teliti sikit. Apa2 barang yang aku jual, aku nak pastikan kualiti. Bila aku puas hati baru aku jual, so baju2 Rana Aswad ni kira melepasi penilaian akulah!

Kalau sesiapa yang nak beli jubah2 macam dalam gambar kat bawah ni, bolehlah email aku kat nanienahar@gmail.com atau gi la kat FB aku Her Nuansa @ HER Nuansa.

 Green + Mustard
 Black + Turqoise
Brown + Pink

Cantikkan? Cantikkan? Jubah ni kembang payung & tangan tu ada ruffles. Setiap kaler ada size S, M, L & XL. Stok ada kat tangan aku sekarang tapi setiap size ada satu je so siapa cepat dia dapatlah. Harga pasaran RM189 dan free postage u'olllsss :)

SUSAH TIDUR MALAM

Entah apa masalah aku sejak dua menjak ni...susah betul nak tidur malam. Kalau aku paksa mata untuk pejam, sampai sakit2 kepala aku...last2 kena migrain pulak :( Ni masa tengah mengupdate blog ni pun dah pukul 2 pagi dah tapi mata aku maintain je.

Yang peliknya bila malam takleh tidur + tak mengantuk tapi bila datang siang mak kooo...mata ni bagai digam2 dengan gam gajah. Nak2 pulak lepas pekena nasi. Time tu aku dah tak peduli, katil juga yang aku cari. Bila dah tidur tu pula dah macam kena candu, nak buka mata Ya Rabbi punyalah susah. Bila buka mata rasa macam tengah terbang lak tu, kepala rasa mengong2 macam kena dadah.

Apa penyakit pun aku tak tahulah! Mungkin hormon Cik 'P' nak menjenguklah tu agaknya! Oh ya, setelah aku ada bercerita yang keluar darah seketul dan flow 2-3 kali tu, semalam memang confirm langsung tak ada darah. Spotting pun tak ada. Heran! 

Tengahari semalam masa bagi Afif makan, tiba2 aku rasa sakit sangat tang perut...sakit bukan memulas tapi sakit macam angin tapi bukan angin biasa, puting beliung kot sebab aku terus jadi tak larat. Sambil suap Afif, lepas tu baring. Rasa memang macam nak mati je, tak boleh bernafas pulak tu. Ishh...time tu aku dah nak ajak En. Mat Naat ke klinik dah sebab macam lain macam & tak tahan je. Tapi aku cuba baring sekejap then tekan2 perut (kat atas pusat). Hah ko! Memang terasa ada pusaran angin dalam perut aku.

Malam tadi lak masa tidurkan Afif, tiba2 rasa menyucuk2 je kat Miss 'V'. Tak lama, lebih kurang 5 saat lepas tu hilang. Lepas tu datang balik lebih kurang 5 saat juga pastu hilang. Sakit gaklah berdenyut2. Apakah??

Tak apalah, tunggu je lah Cik 'P' datang betul2. Dalam perkiraan aku 8/1 ni sepatutnya Cik 'P' akan datang.

Thursday 3 January 2013

UBAT CANTIK YANG BAHAYA

Perhatian sekelian kaum wanita di atas muka bumi ini...kita orang pompuan ni memang suka cantik. Aada je produk kecantikan yang kita nak beli supaya nampak cantik, hilang kedut, kulit putih bla bla bla...malas aku nak bebel panjang2 pasal orang pompuan ni semua nak (macamlah aku bukan orang pompuankan?).

Okey, aku pun mengaku aku nak cantik juga untuk suami supaya dia pandang pun tak jemu tapi aku bukan jenis yang ada produk kecantikan je nak beli, ada jamu je nak makan...no no no! Aku pakai krim penjagaan muka pun sebab mak aku belikan. Muka aku ni ada jeragat ala-ala model omputih tu yang bintik2 cekelat kat muka (hehehe, tetiba rasa cam modellah). Aku ada benda ni since kecik lagi, sekolah rendah dah ada dah of course dah meningkat tua ni makin banyaklah. Bila aku kata aku dah ada benda ni sejak kecik, orang tak percaya plak. Eh, apsal lak? Muka aku, aku tahulah! Aku yang dok telek muka aku sejak kecik. 

Aku ingat lagi masa kecik-kecik aku pandang cermin, aku tanya dalam hati kenapa muka aku banyak tahi lalat. Mana aku tahu erti jeragat lagi masa tu. Mak aku concern sangat pasal muka aku since aku ikut jenis kulit dia yang banyak jeragat. Adik beradik aku yang lain tak pula ada masalah macam aku. Kakak aku siaplah tok aku puji kulit licin bak telur dikupas...ahhh, ada aku kisah?

Eh, apa yang aku dok melalut ni. Actually aku nak bagi link untuk tunjukkan yang sesetengah produk kecantikan ni telah di BANNED oleh National Bureau for Pharmaceutical Control. Oleh itu, silalah jangan beli yer!


  

MASALAH MISS 'P' UNTUK JAN 2013

Dah tahun barukan? Aku ingatkan Miss 'P' aku ni dah buat azam baru. Aku ingat dia nak jadi punctual tapi tak juga! Ni yang aku nak kenakan denda sebab banyak sangat masalah disiplinnya...huh!

Semalam 3/1/2012 dia datang. Actually bukan dalam flow yang cantik. Masa aku pee pee ada keluar seketul darah yang taklah besar & taklah sakit...cuma seketul. Ok, aku rasa dah masanya dia nak menyinggah sejak 2-3 minggu lepas asyik spotting je. Aku pakailah protection.

Lepas tu ada juga rasa 2-3 kali flow then tak rasa apa2 dah. Aku dah agak, ni mesti tak banyaklah ni. Tak macam 'P' yang cantik. Mmm...sampai ke malam, itulah 2-3 kali yang aku rasa ada flow turun...lepas tu langsung tak ada. Kat pad pun cuma brownish yang pekat. Geram!!

Hari ni 4/1/2013, sampai ke waktu aku tengah menulis ni sikit pun tak ada rasa flow. Aduhhh....kalau nak datang, datang ajelah, bukan aku nak marah pun. Aku lagi sakit hati kalau dia dok buat malu2 macam ni. Dulu datang mencurah2 sampai taknak berhenti, sekarang ni malu2 pula. Apa masalah mental kau sebenarnya Miss 'P', cuba habaq skit! Kita slow talk lah sebab selagi hang tak habaq, aku tatau nak buat apa bagi hang cantik ja mai. Tolong tanam azam baru k, aku nak menyemai benih tahun ni. Harap hang faham!  

SELAMAT TINGGAL 2012

Hah! Peduli apa aku kalau orang lain dah berjaman mengucapkan selamat tinggal 2012 & aku baru terkedek2 nak mengucapkannya. Ni semua salah berukband aku ni la...time2 nak tahun barulah plak dia tak boleh connect (sebenarnya tak bayar :D)

Okeylah...aku tak de apa nak ucapkan pada 2012 sebab pada aku tahun 2012 tak memberangsangkan aku dan tak ada apa yang aku achieve sepanjang tahun tu. Conceive pun tak jugak! Biarlah aku menanam azam pada tahun 2013 pula walaupun awal2 lagi aku dah hilang semangat (untuk ber'TTC' la...).

Sepekara yang aku nak tanya sebab aku tak faham dari dulu lagi...kenapa setiap kali tahun baru orang akan suka? Ini dibuktikan dengan pelbagai sambutan dibuat untuk tahun baru especially letupan bunga api dum dam dum di sana sini. Kenapa ek? Aku sebenarnya setiap kali tahun baru akan sedih sebabnya usia aku makin meningkat & aku masih tak conceive2. Bukan ke tahun baru menandakan usia kita makin meningkat dan itu tandanya kubur makin menghampiri kita. Bukan tu saja, kiamat juga semakin dekat. Jadi perlu ke kita  bergembira?

Okeylah, ada orang kata tahun baru ni boleh buka buku baru, lembaran baru. Bagi aku bila2 nak buka lembaran baru pun boleh, tak perlu nak tunggu tahun baru kot! Mungkinlah kena ada sambutan sikit sebab Maal hijrah pun kita sambutkan? Tapi tak perlu kot nak bazir2 duit bakar bunga api dan buat konsert sana sini. Kalau sambutan Maal Hijrah tak pulak semua pakat rajin nak berhimpun kat masjid baca doa akhir tahun dan awal tahun ramai2. Manusia...manusia....benda yang baik tu memanglah berat nak buat tapi kalau yang tak elok @ haram tu suka sangat. Padahal benda yang berat tu lah banyak pahala dan berkat di dalamnya tapi sayang orang tak nak kejar yang berat sebab susah. Kalau kat dunia ni nak dapat kerja elok2 dan gaji tinggi2 kena belajar susah2 ke senang2? Macam tu juga nak dapat kelebihan di akhirat, kenalah bersusah2 dahulu.

Cakap banyak pun tak guna, dah macam Ustazah Noor Bahiyah dan Prof. Dr. Muhaya dah aku ni. Fikirlah sendiri wahai umat manusia....:p

Wednesday 2 January 2013

PENGEDAR JUBAH RANA ASWAD

Hari ni aku ada appointment dengan founder Rana Aswad utk berbincang tentang distributor jubah2 dia. Jubah2 dia nice, cute dan simple. Aku suka sebab tu aku jadi pengedar dia :) Kalau sesiapa rasa nak beli jubah2 dia, bolehlah LIKE pages aku kat FB atau tunggu blog aku siap. Nak beli dengan dia sendiri pun boleh, tak ada hal. :D 

Nak create blog baru ni satu masalah juga. Punyalah malasnya...nasib baiklah satu kerja aku dah settle buat sementara waktu ni (my manuscript), so adalah masa nak membina blog. Nanti kalau aku dah siap blog tu aku akan war2kan kat sini. Bila nak siapnya? Tunggguuuuuuuuuu ajelah! :p

MSS SAMPAI KE TANGAN EDITOR

Wuhuuu!!! Hari ni En. Mat Naat dah tolong singgah ke pejabat editor dan hantarkan MSS aku. Rasa leganya. Tengahari tu editor dah pm aku kat FB kata dia dah terima MSS tu :)

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...