Iklan

Monday 31 December 2012

AKHIRNYA MSS AKU SIAP

Hari ni, tanggal 31/12/2012 (Isnin) pukul 6.30 pagi, betul2 di hujung tahun 2012...manuskrip novel aku yang makan tahun nak siap tu siap juga akhirnya. Kalau ikutkan bulan Feb 2013 ni genap 2 tahunlah aku menulis mss tu. Gilakan? Tapi aku budak baru belajar dan ini mss pertama aku so memang Merry Go Slow sikitlah. Harap2 editor tu tak seriklah nak tunggu mss aku yang rasanya dah 2 kali aku janji nak hantar kot! :D

Punyalah gigih aku siapkan mss tu dari semalam sampai pukul 6.30 pagi aku mem'print'. Nasib baik mata tak ngantuk, so aku teruskan dengan hati yang lapanglah cumanya anak aku 3-4 kali kot mengigau dan terjaga + nangis2. Mulalah penyakit ngigau dia tu mai balik :( Sebab tu agak lambat aku siapkan, kalau tak boleh siap lebih awal kot. Tapi tak apalah sebab boleh aku tunggu Subuh dan solat dulu sebelum tidur. Lepas je Subuh, pukul 7 pagi tu aku terus bantai tidur sampai 12.30 tghr daaa....:D

Yang sedihnya, aku dah janji dengan editor nak hantar hari ni juga, sekali En. Mat Naat banyak sibuklah ini hari...tak sempat lak dia nak singgah ke pejabat editor. So terpaksalah tunggu lepas New Year. :(

Menulis sebenarnya bukan satu kerja yang mudah. Ya aku memang minat menulis dan aku dah start menulis ni masa umur aku 12 tahun tapi masa tu tulis cerpen je (itu pun tak siap2 cerpen tu...ada pangkal je, hujung tak ada :D). Mungkin disebabkan minat menulis juga aku dapat anugerah pelajar terbaik SPM untuk subjek Bahasa Malaysia kat sekolah menengah aku dulu. Aku rasa disebabkan Kertas 2 (Karangan) aku sebab aku study kamus sebelum paper tu. Ada ke orang baca kamus sebelum jawab Kertas 2 tu? Tapi aku buat dan aku hafal mana2 ayat yang boombastik dan cuba masukkan dalam karangan aku. Cikgu yang ajar aku cakap, karangan ni mesti ada ayat2 boombastik sikit selain isinya ada.

Kita baca buku cerita especially novel memang seronok dan senang tapi tak tahu macamana susahnya penulis2 tu nak menulis. Idea kena ada, suasana kena tenang, masa tak tentu sebab kadang2 tengah dok memerut idea datang plak, macamana tu? Aku memang respectlah sekarang ni pada novelis2 yang dah berjaya menghasilkan berpuluh2 buku. Baru aku tahu kenapa seorang novelis boleh ada sebuah buku je setahun sebab nak siapkan sebuah buku pun bukan boleh siap seminggu dua...fuhh! Berbaloilah harga sebuah buku tu dengan effort yang dicurahkan. Kadang2 kalau buku tak dapat sambutan, royalti penulis tak tinggi memang rasa downlah tapi aku harap aku akan terus maju ke depan. Moga2 aku mendapat sokongan.  Kawan2 kat sini nanti jangan lupa bagi sokongan kat aku k! Sayang korang semua...muahhhh :)

Oh...proses lepas ni nak kena tunggu komen editor dulu. Editor mungkin akan ambil masa 3-4 bulan untuk baca mss aku. Bila ada yang kena perbetulkan nak kena edit lagi. Edit adalah benda yang aku paling tak suka sebab setiap kali baca pun rasa nak edit. Aku lambat siapkan mss ni sebab aku suka baca balik apa yang aku tulis. Setiap kali baca mesti ada je aku nak edit. Aku pun sampai nak termuntah baca cerita aku sendiri :D

Kalau nak tahu apa kesudahan mss aku tu, jadi novel ke tak jadi novel...tunggguuuuuuu ajelah :p

Thursday 27 December 2012

SEMANGAT YANG HILANG

Adoila aku ni...kejap bersemangat macam gajah, kejap lagi semangat macam tikus. Ni gara-gara En. Mat Naat lah ni yang tak pernah menaikkan semangat aku!

Tadi dia datang duduk kat aku yang tengah rajin melipat kain. Katanya Manager dia tegur dia sampai bila nak buat kerja part time ni? En. Mat Naat ni memang buat kerja part time. Nama je part time tapi kerja dah dia mengalahkan overtime! So, kata Manager dia, start tahun depan buatlah full time. Kalau full time nak naik pangkat pun senang sikit. 

Dalam hati aku sikit tak kisah dia nak kerja part time ke full time ke sebab dia punya kerja memang tak pernah melekat kat rumah pun. Kalau dia buat full time pun tak effect sangatlah berbanding sekarang. Sekarang ni pun dia pergi pagi baliknya tengah2 malam juga. Cuti pun langsung tak ada. Hujung minggu kerja juga. Kalau nak ajak dia ke mana2 kena buat appointment awal-awal...bosan! Membebellah dia sorang2, aku tak campur pun tapi aku dengarlah juga.

Kata Manager dia lagi, cumanya buat full time ni setiap Isnin, Rabu & Jumaat ada meeting. Jadi pagi2 sebelum pukul 8.30 pagi dah kena tercongok kat pejabat. Aku memang menyampah kerja yang meeting memanjang ni. Dia nak minta tolong akulah kena siapkan anak awal2 pagi nak hantar ke sekolah. Aku ingatkan dia nak minta aku yang pergi hantar anak ke sekolah...kalau yang tu memang awal2 aku dah bantah dia buat full time :D 

Mmm...sekarang ni nampaknya makin tak dapatlah aku nak bertegar sangat TTC ni sebab En. Mat Naat ni semakin sibuk pula. Selalunya meeting hari Isnin je dan cuma kadang2 hari Jumaat. Kalau dia dah full time nanti Isnin, Rabu, Jumaat mesti dia wajib pergi pejabat. Sabtu dan Ahad memang aku dah tahu dia takkan ada kat rumah. Cuma hari Selasa dan Khamis je lah kalau nak nampak muka dia kot. Itupun tak tentu...buatnya dia terlebih hormon rajin & banyak appointment, tak nampak muka juga! Nak BD pun terasa macam tergesa2 je...silap2 benih pun tak larat nak berenang laju :(

Suami aku ni jenis yang kalau dia dah keluar dari rumah tak kiralah dia keluar pagi2 ke, tengahari ke, petang ke, memang tengah malamlah baliknya. Tengah malam tu a.k.a pukul 12-1.30 pagi baru balik. Kalau pagi2 dia tak keluar, ada peluang dia tak akan keluar rumah langsung sebab tahap kemalasan dia dah tinggi. tapi jangan haraplah dia duduk rumah tu nak bermesra dengan anak bini, dia sibuk kat benda lain pula....kalau tak layan Baby dia (Blackberrylah!), mungkin dia akan mengadaplah laptop sampai ke malam. Bosan lagi!

Macamana aku nak usaha buat treatment sana sini kalau dia sibuk? Aku nak bergerak sendiri memang tak ada 'kaki'. Merundum lagi semangat aku nak tegar ber'TTC' tahun depan. Harap makan ubat je lah! Lagipun hari tu bila aku ajak dia jom buat akupunture, terus je dia jawab tak nak! Aiii...belum dengar aku nak cakap apa terus je menjawab? Ni nampak gaya aku sorang je nak kena usaha ni padahal dia yang selalu merungut anak tak ada adik nak mainlah, bila nak bagi dia anak sorang lagilah? Mungkin dia dah serik sejak aku paksa dia minum susu kambing hari tu kot! Itu baru suruh minum susu kambing, belum dia kena sumbat macam2 benda nak bagi subur lagi. Dia ingat aku nak suruh dia yang buat akupunture kot. Katanya dia tak percaya benda2 macam tu. Tak kisahlah percaya ke tak, cuba ajelah dulu. 

Okeylah kalau dia tak nak buat, biar aku ajelah yang buat! Dia confident dia tak ada masalah. Nasib baik aku pun confident dia tak ada masalah, kalau tak memang aku paksa juga dia buat apa yang aku nak buat. Ya la, masa buat treatment kat LPPKN dulu (6 tahun lepas) aku yang dikatakan ada masalah. Bukan masalah apa pun, cuma telur tak nak matang, itu aje! Sekarang ni pun, nampaknya dia hanya pandai bercakap dan yang gigih meng'goggle' sana sini dan cari ubat itu ini....aku jugak!! Tertekan aku.

Okeylah, aku je yang usaha pun tak kisahlah! Kalau dah macam tu yang tersurat dan tersirat dalam qada' dan qadar hidup aku...terima sajalah! Chill...Tapi, nampak gayanya memang tahun depan akan makin tak ada peluang nak ajak dia pergi bercuti merehatkan minda ke mana2 :( Selama kami kahwin selain bulan madu dulu, sampai sekarang dia tak pernah bawa pergi bercuti. Kalau tengok blog orang lain, ada je berjalan ke sana ke mari....sedih! Tapi bukanlah aku mengharap sangat nak pergi bercuti tu cuma aku nak merasa juga macamana pergi bercuti bersama suami dan anak ni.

Wednesday 26 December 2012

RESEPI KARIPAP KENTANG

Hari ni berjalan2 meninjau blog orang, terjumpa gambar karipap yang tetiba mengiurkan...terus lapar! Aku nak kongsikan jugalah kat sini resepi2 yang diberi. nampak macam senang je nak buat. Mungkin lepas ni nak trylah ;)


Cer tengok gambar karipap tu...tak ke sedap dengan inti yang penuh cenggitu...nyum nyum!

Okey, kat bawah ni resepinya...atau bolehlah ke blog empunya resepi sendiri yang aku dah kreditkan kat atas tu.


DOH KARIPAP

Bahan-bahan:
4 cawan tepung
2 sb margerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sk garam

Cara-cara:
  1. panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
  2. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
  3. dh sejuk siket, campur garam n air.
  4. Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

INTI

Bahan-bahan :
1 keping dada ayam tanpa tulang -dicincang halus
3 ketul ubi kentang -dipotong dadu
1 labu bawang besar -dipotong dadu
2 ulas bawang putih -ditumbuk lumat
1 inci halia -ditumbuk lumat
2 sudu makan cili kering kisar -optional bagi yang suka pedas
2 sudu serbuk kari daging
sedikit minyak untuk menumis
1 kiub pati lembu knorr -boleh ganti dengan kiub ayam @ bilis
air secukupnya
2 sk gula
garam secukupnya

Cara - cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Tambahkan cili kering kisar dan serbuk kari. Tumis hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan ayam cincang, kacau sebati. Seterusnya campurkan kentang dalam bahan tumis. Kacau rata dan perasakan dengan kiub pati lembu. 
  3. Tambahkan air sehingga tenggelam paras bahan tadi.
  4. Masak sehingga kentang empuk dan air sedikit kering.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  6. Apabila air dah cukup kering, tutup api, biarkan sedikit sejuk baru boleh guna untuk buat karipap.



RAWATAN ALTERNATIF

Hari ni belek2 blog Kak Jee, terbacalah satu tempat rawatan alternatif yang dia pergi. Of courselah dia tak buat rawatan fertility kat sana tapi kat tempat yang dia pergi tu ada juga buat rawatan untuk fertility. Macamana cara yang dibuat oleh Haji ni tidaklah aku tahu sebab aku tak pernah pergi pun. Aku cuma nak share je kot2 ada yang nak pergi dan mencuba.

 Ini business cardnya. Alamat tak jelas? Tak apa, yang penting h/p no. jelaskan? :p

Haaa...nampak kat bawah sekali ada rawatan untuk masalah kesuburan lelaki & wanita.

Tuesday 25 December 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W


Di bawah ni adalah di antara makanan2 kegemaran Rasulullah kita. Aku dapat dari FB. Mungkin berguna juga untuk kita yang ber'TTC' ni. 

Baru ku tahu yang tembikai ni baik untuk badan sebab selalu dengar orang cakap tak boleh makan tembikai banyak2 sebab sejuk. Cendawan pun ada...my favourite tu tapi En. Mat Naat a.k.a hubby aku tu tak suka bebenor dengan cendawan. Selera kami memang selalu berbeza. :( 

Okeylah, lepas ni nak masukkan dalam list tahun depan...makan tembikai, cendawan & delima banyak2. Tapi cendawan apa ek? Cendawan ni mahallah pulak! Berkorban apa sajalah....



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

Monday 24 December 2012

USAHA TTC 6 TAHUN LEPAS

Rasa2nya aku tak pernah cerita lagi apa usaha2 yang aku dah buat masa ber'TTC'kan Afif lebih kurang 6 tahun lepaskan? Hari ni sebab tak ada apa nak cerita, aku rasa nak kongsi cara2 aku TTC dulu. Sekarang ni dah 5 tahun sejak Afif lahir, aku dah tak usaha apa2 melainkan tunggu & lihat je. Tahun depan 2013 lah baru aku nak giatkan usaha balik. Afif pun dah genap 5 tahun 18/12/2012 hari tu. Sian dia asyik main sorang2 :( Bunga cengkih dah beli tau...ha, jangan main2! (Entah bilalah aku nak telan bunga2 cengkih tu sebab belum telan aku dah rasa tak sanggup dengan rasanya..)

Okey, aku ni lepas setahun lebih kahwin masih tak ada tanda2 pregnant. Pernah Cik 'P' missed sampai 2-3 bulan, tapi bila check -ve. Masa lepas kahwin Cik 'P' aku tak adalah ting tong sangat. Setiap bulan mesti Cik 'P' datang walaupun adalah terlewat beberapa hari. Tapi Cik 'P' aku ni jenis yang kalau bulan ni turun darah pekat, bulan depan akan keluar brownish je dari awal sampai habis 7 hari. Cik 'P' aku dikesan ting tong baru2 ni je, dalam 3-4 tahun lepas. Kejap dia datang banyak, kejap dia datang sikit, kejap dia tak datang, kejap dia datang lama.

Bila dah setahun lebih masih tak ada tanda dan mulut2 puaka pun dah banyak yang mengganggu, maka aku pun mulalah tingkatkan usaha. Antara usaha2 yang aku buat:

1. Aku ke LPPKN. Tak ingat pula berapa cycle aku mencuba tapi rasa2nya lebih kurang 5-6 cycle kot. Last sekali aku buat IUI kat situ juga. Tapi gagal bila bulan tu Cik 'P' datang. 

2. Aku selalu baca Surah Al-Imran ayat 38 setiap kali lepas solat.

3. Aku banyakkan berdoa masa bulan Ramadhan.

4. Kerap buat solat sunat tahajjud, solat sunat hajat & solat sunat taubat. (Bulan Ramadhan kena kerap buat).

5. Kirimkan doa pada emak aku yang ke Mekah untuk mengerjakan Umrah supaya mendoakan aku di sana. (Ini last usaha aku sebelum aku disahkan pregnant 3 bulan lepas mak aku balik dari Mekah).  

Aku memang tak amalkan apa-apa supplement tambahan atau makanan2 tambahan macam telur ayam kampung ke, susu kambing ke apa ke. Aku cuma bergantung pada ubat doktor dari LPPKN je masa tu.

Lepas aku buat IUI yang gagal kat LPPKN tu, aku terus stopkan treatment kat sana. Aku nak relax dan tak nak fikirkan pasal TTC buat sementara. Kuasa Allah, lepas Cik 'P' keluar after IUI tu, bulan depannya Cik 'P' tak datang 2 bulan. Rupanya dah sangkut dah dan baby pun dah 2 bulan dalam perut. Nasib baik aku buat test sebab aku memang dah malas nak buat test sebab dah serik kuciwa. Mungkin betul juga kata Doktor Hamid Arshad, lepas badan aku dah lalui banyak treatment kat LPPKN tu, mana masalah yang aku tak tahu dah cure dan senang nak conceive...ATAU mungkin juga berkat doa emak aku kat Tanah Suci...ATAU mungkin juga berkat doa aku dan sembahyang2 sunat yang aku buat...WALLAHUALAM! 

Masalah kesuburan ni memang tak ada siapa yang tahu apa puncanya. Kadang2 suami isteri dikatakan tak ada apa2 masalah tapi masih juga tak dikurniakan zuriat. Kadang2 isteri atau suami ada masalah serius tapi masih mampu memberikan zuriat. Semuanya di tangan Allah. Allah dah tulis dan rancang kehidupan kita sejak kita belum lahir lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Setiap sesuatu yang Allah jadikan atau tak berikan pada kita ada sebab dan hikmahnya. 

Memang berat nak minta pada mereka yang sedang TTC untuk terima dan tabah sebab setiap mereka pasti ingin juga merasai liku2 untuk menjadi seorang ibu. Tipulah kalau tak ada yang nak merasa sendiri pengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Apa yang mampu aku nasihatkan cuma tenangkan fikiran dan hati kita. Jangan terlalu stress dan selalulah redha. Elakkan dari menghampiri mereka yang memang dikenali bermulut PUAKA (kepuakaan mereka itulah nanti yang akan menghancurkan kita). Enjoy your life dan fikir positif. Mana tahu salah satu penawar tu ada kat sana ;) 

Kadang2 saya segan juga nak bercerita dan berkongsi kisah dengan rakan2 TTC yang lain memandangkan saya dah ada anak seorang tapi percayalah saya faham apa yang rakan2 TTC (yang masih belum punya zuriat) lalui sebab saya pun pernah menempuhinya 6 tahun dulu dan masih menempuhinya sekarang. Kesedihan tu masih sama seperti dulu setiap kali orang bertanya tentang anak... 


Sunday 23 December 2012

IKAN MURAH DI TESCO

Alkisahnya semalam kami sekeluarga ke Tesco untuk membeli barang-barang dapur. Saja nak tukar angin sebab dah bosan ke Giant. Lagipun Tesco yang kat sebelah D'Curve tu pun dah berwajah baru, so nak tinjau2 lah. Memang lain sangat Tesco tu berbanding dulu. Lebih cantik & meriah sampaikan aku rasa macam tak pernah masuk ke Tesco ni. Kedai lebih banyak dan Food Court dibuat balik selepas pernah ditutup suatu masa dulu. Surau pun dah senang nak access, tak payah nak berjalan ke parking sebab surau dah disediakan kat sebelah Food Court. Cuma, suraunya agak kecik...kalau tempat yang ramai orang macam Tesco ni surau kecik2 memang tak sesuai langsung dan tak selesa...contoh macam surau kat Ikea juga. Kalau aku ke Ikea tu memang tak suka solat kat suraunya. Aku akan solat dulu kat IPC atau D'Curve sebelum ke Ikea tu.

Okey, lepas dah beli barang-barang kering barulah aku akan ke bahagian sayur. Sayur kat sini tak adalah banyak sangat pilihan dan lebih kurang macam kat Giant juga. Cuma kat sini sayur nampak fresh2 sikit berbanding Giant tu. Kadang2 aku pergi Giant tu pulang tangan kosong je sebab sayur semua macam nak mati je...terkulai layu. Dah tu tak tambah stok pulak tu! Dah habis pilih sayur barulah ke bahagian basah...mencari ikan.

Masa tengah pilih2 ikan tu, aku dah nampak ada beberapa bekas yang berisi plastik. Dalam plastik2 tu ada ikan. Aku tak pasti pula untuk apa ikan berlonggok2 dalam plastik tu. Aku buat tak tahu ajelah dan terus memilih ikan yang kat atas pentas peragaan tu. :D Lepas tu suami aku pun ada datang dan bertanya kat aku, ikan2 dalam plastik tu untuk apa? Aku pun tak tahu sebab inilah baru 1st time aku ke Tesco ni selepas dah berubah rupa. Rasanya dulu masa rupa yang lama, tak pernah lagi aku tengok diaorang jual ikan berlonggok2 dalam plastik macam tu.

Lepas tu tiba2 aku tergerak hati nak meninjau juga kenapa orang menyerbu setiap kali bekas2 berisi plastik ikan ni dibawa keluar. Ohhhh...rupa2nya ikan2 tu dijual murah. Macam lelong jugaklah kot. Apa yang tertulis kat kod harga tu, 'Stok Akhir'. Mungkin ikan-ikan lama yang nak dihabiskan stoklah tu. Aku pun belek2 jugalah ikan yang dah siap dibungkus dalam plastik tu. Memang murah2 pun. Yang mana aku nampak macam okey lagi tu, aku rembat juga. 

Aku sempat rembat ikan keli & ikan merah. Ikan keli tu ada 5 ekor dalam beg plastik dan aku rasa-rasa harganya lebih kurang RM2 (aku dah lupa exactly harganya). Ikan merah yang aku rembat tu beratnya hampir 1kg, size M. Harga asal RM28. Harga yang aku dapat tu RM7 je. Okeylah memang ikan2 tu tak fresh tapi takat nak goreng esok lusa tu okeylah kot. Aku nak beli juga selar yang nampak agak banyak & murah tapi memandangkan stok dah agak banyak, aku risau tak muat fridge pula, so aku batalkan hasrat tamak aku tu. Ketam bunga yang size XXL pun RM19.90 sekilo tapi time aku pergi timbang tu, brother yang timbang tu bisik kat aku dia timbang harga murahlah kat aku. Dapatlah RM16++ sekilo. Aku beli 4 ekor, dalam RM14 je which is not bad. Kalau aku tahu, aku rembat lagi 4 ekor :D Dasar tamak!

Apa yang tak bestnya, ikan-ikan yang dijual macam tu, tak boleh nak suruh diaorang siangkan. Masaklah aku nak siang ikan merah yang size M tu. Hari ni aku menyiang ikan tu dengan perasaan yang seram sejuk. Tak pernah lagilah aku menyiang ikan sebesar tu sebelum ni. Aku tak pernah pun beli ikan besar2 macam tu. Paling besar ikan aku pernah beli, ikan siakap. Itupun pihak Giant yang tolong siangkan. Mak aii, time nak cabut insang si Merah tu je aku dah was2. Risau lak aku kalau2 si Merah tu tiba2 hidup balik dan ngap tangan aku. Sengal sangat! Nak buang sisik2 dah satu hal. Mujurlah aku ada gunting ajaib yang boleh buang sisik2 ikan tu. Akhirnya selamat juga aku kerjakan si Merah tu. Aku potong 4 bahagian, baru terasa selamat bila ikan yang besar tu dah jadi kecik2. :D

Aku tak tahu sebenarnya Tesco buat jual ikan lelong ni masa bila. Mungkin ke dibuat hanya pada hujung minggu atau mungkin ke dibuat semalam saja? Tapi, membeli belah di Tesco sekarang agak memuaskan juga berbanding dulu. Dulu ada je benda yang aku nak tak dapat tapi sekarang tengok macam dah banyak barang juga. Cuma semalam, dalam list yang aku tak dapat ialah daun pandan. Tak tahulah dah habis ke atau memang tak ada sebab serpih2 pandan pun aku tak nampak. Melepaslah nak buat bubur gandum minggu ni :( Nak balik rumah mak aku dan ambik macam malas...


SPOTTING

Mmm...nak bagitahulah sikit, bulan 10 Cik 'P' bertandang dari 18-21/10 (4 hari), bulan 11 dari 29/11-12/12 (14 hari). Okey, CD 43 harikan? Bulan 12 ni, sejak 21/12 hari tu dah ada spotting sikit. Actually after BD. Tak banyak, rasa2 macam setitik camtu je tapi lepas2 tu akan ada kaler brownish2. Takkan Cik 'P' baru stop12/12 hari tu, 21/12 dah nak bertandang balik? Tapi kalau ikut CD dah CD23, memang layak Cik 'P' nak bertandang. Cumanya, bulan lepas CD43, bulan ni CD dalam 25-30? Mmm...memang tak stabillah Cik 'P' aku ni walaupun dah check darah, hormon semua stabil...

Tunggu je lah Cik 'P' bertandang pada bila2 masa sebab pinggang pun dah start sakit2, perut pun ada rasa keras2 & sakit, kepala pun berdenyut2 je...Berapa harilah pula kali ni dia nak menjenguk? Bulan ni punya usaha minum susu kambing + kurma (minum sekali je pun...:D) tak berhasil lagi.

Wednesday 19 December 2012

BERSUKA RIA DI HARIJADI AFIF

Disebabkan semalam abah tidak bercuti, maka kami tak dapat nak menyambut harijadi Afif. Hari ni, kata abah nak bawa kami keluar. Nampaknya abah nak menghabiskan masa dengan kamilah. Seronok! Mama yang terlebih seronok sebenarnya tapi badan ni rasa lemah tapi nak berjalan punya pasal, ku lupakan saja lemah2 badan ni :D

Semalam waktu nak bawa Afif balik dari rumah nenek, aku terpaksa berjanji dengan dia nak bawa tengok wayang-wayang (tengok wayanglah tu, tapi Afif sebut tengok wayang-wayang). Kalau aku tak berjanji dengan dia, dia mesti tak nak balik dari rumah nenek sebab masih ada kakak Qistina di sana.

Hari ni dalam pukul 12 tengahari baru kami nak bergerak keluar. Abah pun tak tahu nak bawa kami ke mana. Cadangnya nak bawa kami ke 1 Utama atau Mid Valley, aku diberi pilihan. Aku pun tak tahu nak ke mana. Ingat nak bawa Afif ke tempat dia boleh bermain tapi tak tahulah kat mana tempat yang dia boleh bermain di KL ni.

Akhirnya suami aku terus ke Mid Valley. Sampai2 sana, aku cadangkan untuk beli tiket wayang dulu sebelum solat tapi suami aku nak solat dulu jadi aku turutkan saja. Lepas solat, bila nak beli tiket, semua dah Selling Fast. Maksudnya tu tinggal tempat-tempat kat bahagian depan ajelah. Nak tengok Hobbit, The Life of PI & even kartun pun semua penuh. Maklumlah hari Rabu, semua pakat berebut nak tengok wayang hari ni sebab murah. Nak ambil tiket lewat, nanti Maghrib terlepas pula! Nak ambil tiket malam, rasa lewat sangat! Mood aku dah mula hilang. Aku mula menyalahkan suami aku sebab tak nak dengar cakap aku suruh beli tiket awal2 tadi...huh!

Kami akhirnya tak jadi beli tiket...:( Kemudian kami berjalan-jalan sekejap dalam Mid Valley tu. Sebelah tempat bowling tu ada tempat mainan games. Bawak ajelah Afif masuk ke situ. Dapatlah dia main games racing motor dan kereta. Nampak suka sangatlah dia tu dapat main games. Lepas tu pergi makan kat Food Courtnya. Ooo...Food Court Mid Valley sekarang dah buat baru rupanya. Nampak sangat aku dah lama tak berjalan-jalan. Food Court baru ni taklah crowded sangat macam yang dulu tapi tak happening la berbanding dulu. Aku agak was-was gak nak beli makanan dalam tu sebab tak ada tempat yang pamer tanda Halal tapi aku beli juga kat tempat yang aku yakin tanpa was-was :)

Lepas makan tu kami pergi solat Asar pula sebelum keluar dari Mid Valley. Suami aku dah cadang nak bawa kami Tropicana City Mall pula. Kononnya kat sana tak ramai orang pergi, so mesti ada tiket. Keluar dari Mid Valley pukul 7 malam, memang silaplah! Jalan jammed giler! Kami sampai Tropicana City Mall dan dapat parking dalam pukul 8.05 malam. Terus terkejar-kejar cari surau dan solat Maghrib. Tak lama lepas tu masuk Isyak, terus solat Isyak pula baru pergi cari tiket. 

Sekali lagi tiket tak ada. Kat sini lagi tak banyak choice cerita yang ditayangkan. Nak tak nak, dan tak mahu menghampakan Afif sebab dah berjanji dengan dia nak tengok wayang, maka belilah juga tiket untuk Hobbit tayangan pukul 10 malam...habis kira-kira pukul 12.50 malam. Aku dah risau sebab aku rasa mungkin Afif akan tertidur dalam wayang aje nanti. Kalau dia nak tidur nanti mesti banyak ragam dia, silap-silap kami semua tak dapat tengok apa-apa. Masih ada lebih kurang sejam lagi sebelum tayangan. Suami aku yang belum solat Isyak pergi solat dulu sementara aku dan Afif mencuci mata. Kedai2 kat dalam ni banyak juga yang tutup awal sebab tak ada orang agaknya. 

Pukul 10 malam kami teruslah beli pop corn sebab Afif dah cakap, tengok wayang kenalah makan pop corn. Macam2! Air coke beli yang gelas besar tapi 1 je. Ingatkan cukup, rupa-rupanya air tu Afif bedal sorang je. Sedap sangat katanya. Last2 mengadu sakit perut. Mana taknya, tengahari tadi dah minum Pepsi Float, malam ni minum Coke plak. Dia siap cakap masa makan tengahari tadi, lepas ni dia tak nak order sirap bandung dah. Sirap bandung tu memang minuman wajib dia setiap kali keluar makan sampai aku naik muak sebab aku yang nak kena share air tu dengan dia. Katanya lepas ni dia nak order Pepsi Float plak kalau makan. Gelak ajelah aku dan suami aku. Aku kata kat suami aku, dah upgrade dah air dia! Lepas ni kena siapkan poketlah nampaknya nak bawak dia keluar. Sabar ajelah aku!

Mula2 cerita, Afif takut sebab dia ingat cerita hantu. Lepas tu dia kata tak best cerita tu sebab memang slow sikit mula-mula tu. Lepas tu bila dah ada aksi, mulut dia pok pek pok pek lah. Abah dialah yang kena layan, aku dah syyy...syyy...dah sebab dua-dua orang cakap kuat. Ingat dok tengok tv kat rumah ke? Aku ingatkan Afif akan tertidur tapi dia tak pejam mata sikit pun. Dasyat juga anak aku! Tak apalah, asalkan dia tak meragam sudah! Akhir cerita Hobbit tu memang menyakitkan hati aku. Aku yang tengok ni macam...'eh, dah habis ke?'. Macam itulah reaksi aku! Kalau aku tahu begitu endingnya, aku tak hadap nak tonton. Cehhh :D

Alhamdulillah Afif tersangat behave hari ni dan aku tak stress langsung bawak dia keluar. Hilang terus penat bila dia tak meragam dan tak berlari-lari. Selalunya kalau berjalan dengan dia, dia tak suka dipegang tangan dan akan berlari & tak peduli kat aku lagi tapi hari ni dia bagi aku pegang tangan dia. Dibawa makan pun nak makan padahal selalunya jenuh dipaksa dan kena disuap baru nak makan. Alhamdulillah sangat-sangat senang hari ni :) Lebih kurang pukul 1.30 pagi baru kami semua sampai rumah. Gembira sangat bila dapat keluar bersama suami & anak.

Tuesday 18 December 2012

SELAMAT HARIJADI KE-5 AFIF!

18/12/2007 kira-kira 5 tahun lepas, pada pukul 5 petang aku dah dibawa masuk ke dewan bersalin. Kira-kira jam 7 malam aku tengah bertarung untuk melahirkan Muhammad Afif Muqri...saat yang tersangat indah dan ingin aku mengalami lagi saat itu tapi nampaknya rezeki belum berpihak pada aku lagi. Sabar!

Hari ini 18/12/2012, Afif dah berumur 5 tahun. Alhamdulillah Afif sihat, cergas dan pintar. Apa lagi yang tidak aku syukuri? Aku bersyukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya Allah dah beri aku seorang suami, seorang anak dan aku pernah mengalami pengalaman mengandung dan melahirkan. Mungkin ada hikmah tersembunyi mengapa Allah hanya berikan aku seorang anak, bukan dua atau tiga. Aku sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Selamat Harijadi Afif! Kalau suatu hari nanti Afif boleh membaca blog mama ni, Afif tahulah betapa sukarnya seorang ibu untuk mendapatkan zuriatnya sendiri. Berapa banyak pengorbanan yang abah dan mama sudah korbankan dan berapa banyak kasih yang dah kami curahkan. Jadilah Afif seorang anak yang berguna di dunia dan akhirat. Jangan lupakan Allah dan abaikan solat kerana dengan kuasaNya juga Afif dapat lahir dan melihat dunia ini. Berbaktilah kepada kedua orang tua dan janganlah Afif menderhaka kepada kami setelah penat dan jerih kami ingin melihat Afif hadir ke atas muka bumi ini.

Mama dan abah sentiasa sayang Afif. Marah kami bukan kerana tidak sayang tetapi kerana terlalu sayang. Kami sanggup bergadai nyawa untukmu, Afif. I LOVE YOU 4 EVER & EVER!

 Bahagianya rasa bila melihat wajah anak...aku selalu terfikir, jika ditakdirkan aku punya anak lagi, bagaimana agaknya rupa anak aku itu nanti? Adakah akan ikut muka abahnya lagi atau ikut rupa aku pula? Apa pula nama yang akan aku letak? Moga-moga ada rezeki aku lagi...Amin!

Afif dah semakin membesar. Jangan melawan & meninggi suara pada mama dan abah lagi tau!

Monday 17 December 2012

MOOD DOWN LAGI :(


Hari ni mood down lagi. Jangan tanya kenapa sebab kalau aku ceritakan kenapa pun orang akan salahkan aku :( Balik-balik aku yang salah...Aku memang tak memiliki apa yang orang lain miliki tapi jangan menjatuhkan aku! Jangan membeza-bezakan aku! Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki. Jaga mulut, jaga kata-kata kerana walaupun kita punya pangkat dan kuasa tapi tak semestinya kita boleh melukakan hati orang lain. 

Kenapa aku yang selalu menjadi mangsa? Cukup-cukuplah membanding-bandingkan aku. Aku pun insan biasa. Aku dah cuba sehabis baik untuk menjadi yang terbaik tapi aku tetap tak layak menjadi yang terbaik selagi ada yang sentiasa dianggap terbaik di mata mereka. Bukan kata-kata pujian yang aku dambakan, cukuplah sekadar memahami perasaan aku.


Saturday 15 December 2012

SAMBUTAN HARIJADI 5 ORANG

Hari ni 15/12/2012, kami (Baba, Mama, Aku, Suami, Along, Abg Sham, Lina, Fendi, Iwan, Apit, Fiena, Mak Cik & Ima termasuk anak-anak...Qistina, Humayra, Afif, Azhad & Asyraf) pergi ke Best Western Premier Hotel, Dua Sentral. Sajalah kami nak bergathering kat situ untuk menyambut harijadi 5 orang serentak. Mama aku yang mana harijadi dia 10/10 hari tu tak sempat nak bawa ke mana-mana. Baba aku harijadinya jatuh pada 5/12, adik aku Lina harijadinya pada 4/12, anak aku Afif pada 18/12 & anak buah aku, Azhad pada 27/12.

Kami makan di Kembali Kitchen Restaurant. Sebenarnya beli voucer dari LivingSocial. Aku tertarik tengok advertisement dalam livingsocial tu. Tempat pun nampak cantik dan menu nampak banyak sangat...tapi sebenarnya aku hampa! Dalam advertisement tu ditulis yang Queen Elizabeth pun pernah makan kat sana dan ramai lagi la VVIP yang pernah ke sana. Sepekara lagi restoren tu ada Halal Certificate, parking free untuk yang pergi makan kat situ & kanak2 bawah 12 tahun makan free...itu yang membuatkan aku pilih tempat tu.

Hotel ok, layanan pun ok cuma aku tak puas hati dengan menu yang disajikan. Pilihan menu sangatlah sikit. Ada nasi putih & nasi beriyani serta lauk pauk. Pasta cuma ada 1 jenis. Kemudian ada bubur (2 jenis), roti (2 jenis) salad (4-5 jenis), buah2an (3-4 jenis), sushi (1 jenis), mee kari, kebab ayam, sate, aiskrim, choc fountain, pemanis mulut (kek2) yang hanya beberapa jenis...tak ada kuih muih & seafood pun tak ada tiram, cuma kepah & udang yang mana tak segar. Air pula cuma air kosong, kopi & teh. :( Mungkin dengar macam banyak tapi bila dah sampai sana memang terasa macam...'eh, ni aje ke menunya?'.

Dengan harga RM49 sekepala, pada aku tak berbaloi disebabkan aku pernah ke Hotel Istana dengan bayaran RM48 sekepala tapi variety makanannya lebih banyak, fresh dan lebih sedap. Hotel Istana pun tempatnya lebih cosy berbanding di Best Western Premier ni. Mungkin disebabkan dah bagi banyak keistimewaan dengan free parking & free makan untuk kanak-kanak makanya kualiti makanannya ala-ala kadar saja kot...entahlah!

Apa-apa pun, aku mungkin tak akan kembali lagi ke Kembali kitchen tu kot lepas ni... 

Bawah ni gambar2 kat Hotel Istana...bukan Kembali Kitchen (gambar di Kembali Kitchen belum sampai ke tangan aku...tapi memang tak ada gambar menu sebab semua sibuk bersembang & melantak sampai lupa snap gambar...APTB! :D)

 Ini antara menu di Hotel Istana...ini bahagian pemanis mulut. Nampak tak berapa punya variety pemanis mulutnya? Aku masuk2 je ke sini dah nampak pemanis mulut tu dan dalam hati memang dah berpuas hati. Lagipun aku memang penggemar pemanis mulut. Pemanis2 mulut kat sini sedap2 belaka...tak rugi!

 Belah ni bahagian untuk salad dan aku dah lupa apatah lagi yang ada. Tapi ini baru satu kaunter untuk makanan, sebenarnya kat belakang ada lagi satu lagi kaunter untuk nasi, lauk-pauk, pasta dll.

 Ini antara pemanis mulut yang ada kat Hotel Istana...aku akan datang lagi bila2 kalau ada lagi voucer yang dijual.

Ini Afif, si budak tak ada gigi dengan hidangannya. Mujur ada juga nasi goreng untuk dia makan.


Friday 14 December 2012

MARI CARI TELUR AYAM KAMPUNG & MADU

Ni nak kasi taruh satu lagi video. Kalau korang dah pernah tengok tak kisahlah, ini sekadar untuk rujukan aku suatu masa nanti ;)


Lepas ni nak kena gigih masukkan telur ayam kampung & madu pulak dalam list TTC. Ayuh, tak salah mencuba!

KEMBAR 3 SELISIH WAKTU 11 THN?

Wahhh...macam ni pun boleh? Tapi kuasa Allah memang tak dapat nak dinafikan.






Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.

Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga, Bethony, Megand dan Ryleigh memang kembar tiga. Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama, Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya. Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.






Thursday 13 December 2012

WANITA TANPA RAHIM

Siapa tengok Semanis Kurma malam ni? Angkat tangan tinggi2. Bagussss....sebab tak payah layan bola yang menyakitkan hati, baik layan Semanis Kurma. Muka pun manis je tak delah masam sebab Harimau kita kalah :p

Tajuknya malam ni "Wanita Tanpa Rahim". Tajuk yang sangat menyentuh hati dan menarik. Oh, nak tahu apa yang dikupas? Maaflah, terlalu banyak yang dikupas sampai tak terkupas kat sini. Kalau nak tengok ulangannya, hari Isnin ni pukul 9 pagi kat TV9 ok! Ataupun boleh tgk online kat TONTON (link aku dah bagi kat bawah tu, korang just klik kat Episod 47 ya!) tapi hadirin dan hadirat sekelian kenalah register dulu supaya ada akaun dengan TONTON tu, baru tuan rumah bagi izin nak tonton tv kat rumah dia :p

Cuma yang paling aku ingat, pemanggil dari Damansara tu yang terpaksa dibuang rahimnya. Dia kata rahim ni cuma pinjaman dari Allah. Bila Allah nak ambil balik apa yang dia pinjamkan, kita kena redhalah. Betul juga! Tubuh kita ni semua Allah bagi pinjaman je sebenarnya. Oleh sebab kita meminjam, kita tak adalah hak nak complain itu ini sebab bukan hakmilik kita. Allah lebih tahu kenapa dia bagi kita pinjam rahim tapi kita tak boleh mengandung kan? Tapi aku dah cakap macam tu, jangan pula kawan2 yang dok TTC semua terus stopkan usaha nak dapatkan zuriat pula. Usaha tu tetap kena buat disamping berdoa, cuma janganlah kita dok salahkan diri kita, salahkan orang lain & salahkan segala benda. Okey, faham? :D

Apa-apa pun, jadilah macam Nabi Zakaria yang sudah berusia masih terus berdoa agar dikurniakan zuriat dan akhirnya Allah makbulkan. Kalau Allah tak makbulkan tu maknanya adalah sebabnya. Kita terima sajalah. Banyakkan amalan agar di sana nanti kita akan bahagia selamanya bila Allah tempatkan kita di Jannah-Nya. Aminnn....

Semanis Kurma - Episod 47


Sambil2 tu boleh layan gak video ni...BAHAGIAKAH TANPA ZURIAT?

SUSU KAMBING + KURMA NOT MY TASTE :(

Hari ni 13/12/2012, setelah aku bersih dari darah2 kotor, aku dengan gigihnya akan mencuba minum susu kambing + kurma bersama-sama suami. Susu kambing ni sebenarnya dah lama beli sebelum aku period lagi tapi aku yang tak minum sebab nak minum lepas habis period.

Bangun pagi ni, aku pun memproses kurma (buang biji & basuh). Sebanyak 14 biji semuanya, 7 untuk suami aku & 7 biji untuk aku. Aku guna kurma Ajwa yang dibeli oleh sepupu aku yang pernah duduk di Dubai. Susu kambing dah aku keluarkan dari fridge. Aku tak panaskan pun, minum sejuk2 je. Kurma tu aku suruh suami aku genggam, berselawat & minta doa. Lepas tu giliran aku pula genggam, selawat dan berdoa.

Selesai semua tu, aku masukkan 7 biji dalam blender dan dicampur air kosong yang dah dibacakan Yaasin sikit. Lepas blend baru aku masukkan susu kambing. Aku buat sama juga untuk bahagian aku. Sebenarnya aku tak pasti cara yang bentul nak buat macamana nak blend susu kambing dengan kurma ni, so aku buat versi aku sajalah.

Maka aku pun minumlah dengan lahapnya sebelum makan. Mmm...mula2 pada aku okey lagi tapi makin lama makin tak boleh pergi pula. Aku ingatkan suami aku boleh tahan, rupanya dia pun tak boleh pergi juga. Dia lagi teruk dari aku rupanya. Siap tutup hidung lagi. Lepas habis minum asyik bising sebab setiap kali sendawa ada bau kambing :D 

Nampaknya terpaksa batalkan la hasrat nak minum setiap hari. Sebulan sekali mungkin bolehlah kot. Nak kena beli Susu tepung HiGoat je lah nampaknya. Suami aku macam dah tak sanggup nak minum dah lepas ni. Takkan aku nak berusaha seorang je ni? Tadi pun dia dah cakap, ingatkan aku nak minum seorang je. Mana boleh! Mari kita rasakan kesusahannya bersama-sama :)

UPT +VE!!

Yeay! UPT aku +ve!!

Bunyi macam gempak je kan? Sorry! Sorry! Bukan sengaja nak menggempakkan keadaan tapi memang betul +ve....cumanya dalam mimpi lah :(

Boleh tak malam tadi aku mimpi buat UPT dan resultnya keluar 2 lines! +ve la tu!! Lepas buat guna UPT yang murah, aku test lagi guna Clear Blue Digital yang mahal tu...keluar result 1 week Pregnant. Boleh gitu?

Aku tak excited sangat pun dapat mimpi macam ni sebab kata orang kalau kita mimpi yang indah2, tandanya ada yang tak indah akan menimpa kita. Kalau kita mimpi tak indah pulak, yang indah2 akan menghampiri kita. Entahlah! Aku cuma anggap mimpi aku semalam tu sebagai mainan tidur sajalah...

Aku tak cerita pun mimpi aku tu kat suami. Tak penting kot! Hari ni ke sekolah Afif nak bayar registration fees untuk tahun depan. Afif tak ada ni kat rumah. Dia tidur rumah nenek sebab sepupu-sepupu dia ada kat sana. Tak nak ikut aku balik semalam. Aku terpaksa balik juga sebab masih ada urusan aku perlu selesaikan kat rumah. Berdua-duaan dengan suami sekali-sekala rasa macam honeymoon plak :p Suami aku pula potong rambut hari ni...cacak2, nampak macam muda belia gitu. Gerammmm....grrr :D 

Oh ya, semalam genap-genap 14 hari, period aku dah stop. Mak aiii, 14 hari kau amik untuk bulan ni? Bulan lepas 4 hari je? Balas dendam ke apa? So, hari ni aku dah suci! Mari berdansa semula :p

Wednesday 12 December 2012

KEMBALI BEKERJA?

Tarikh hari ni cantikkan? 12/12/12...hehehe. Okey2, aku bukan nak cerita pasal tarikh, aku nak cerita tentang dilema yang aku hadapi sejak seminggu yang lalu...dengarkanlah rintihan hati seorang ibu ni :p

Sejak minggu lepas lagi suami aku dok merayu2 kat aku minta aku kembali bekerja. Since dah 2 tahun aku berhenti kerja, memang ada terasa di hati nak bekerja balik memandangkan sumber kewangan kami suami isteri masih belum stabil...:(

Aku di dalam dilema sebenarnya. Memikirkan tentang sumber kewangan, memang aku perlu bekerja kembali. Sekarang ni banyak bil-bil yang sering tertunggak. Walaupun akhirnya berbayar juga tapi selalunya akan tertunggak dulu. Sedih :( Di satu sudut lagi, bila memikirkan anak aku...memang berat sangat rasa hati nak bekerja.

Afif satu-satunya anak yang Allah kurniakan pada aku. Kalau boleh aku nak membesarkan dia di depan mata aku. Aku nak tengok progress pembesaran dia. Aku nak pastikan dia dapat kasih-sayang dan segala-gala yang dia perlukan secukupnya which is aku tak rasa kalau aku hantar dia dijaga orang, orang lain akan berikan semua tu... :( Sedih lagi!!

Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang? Kalaulah aku bekerja balik, aku kena fikirkan juga macamana aku nak pergi balik kerja nanti? Transport menjadi salah satu masalah aku. Macamana nak hantar  & ambil anak dari sekolah nanti? Suami aku pun kerjanya tak tentu masa, baliknya sampai ke tengah2 malam. Aku pun belum tentu dapat balik cepat kalau bekerja. Makan ke anak aku kalau ditinggalkan dengan orang? Anak aku yang aku tahu memang liat nak makan. Kalau tak dipaksa dan disuap, dia boleh tak makan seharian. Ada ke orang lain yang sanggup nak melayan karenah anak aku? Yang nak suapkan dia setiap hari? Yang nak paksa dia makan setiap hari? Terseksanya batin aku bila aku terpaksa fikirkan semua tu...:( Sedih lagi dan lagi dan lagi!

Monday 10 December 2012

12 HARI

Diam tak diam, hari ni 10/12/2012, dah masuk hari ke 12 period aku since aku cakap aku keluar darah lepas BD dengan suami, lepas tu darah tu stop...lepas tu darah tu keluar cekelat2 je...pastu stop balik & dalam 4-5 hari lepas barulah betul-betul keluar darah. Itupun tak banyak. Kalau bulan lepas 4 hari je period, bulan ni dah 12 hari pulak. Macamana nak tau waktu subur kalau macam tu? Aku dahlah tak ber'BBT' atau ber'OPK'. Redah je lah!

Saturday 8 December 2012

DOA UNTUK MENDAPAT ZURIAT

http://ingin-hamil.webs.com/doazuriatsh8.jpg

10 TIP MENAMBAH AIR MANI


10 TIP MENAMBAH AIR MANI

Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-

1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2)Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4)Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5)Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7)Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9)Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua mineral dan vitamin ini boleh didapati di dalam FertilAid for Men.

10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.

3 RAHSIA KEHAMILAN


Bayi yang sihat tidak terjadi dengan hanya sperma bertemu sel telur. Terdapat 3 rahsia penting kehamilan untuk membolehkan kita menghasilkan fetus yang sihat dan agar ianya bertahan sehingga cukup bulan selama tempoh kehamilan.

Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama

Dalam kajian, penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.

Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.

Contohnya hari pertama haid anda adalah 2/7/2009, maka hari subur anda adalah 14/7/2009 dan 15/7/2009. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 12/7/2009, 13/7/2009, 14/7/2009 dan 15/7/2009 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 16/7/2009 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.

Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur

Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda

Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat

Didapati masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.

Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.

Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, dinasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).

RAHSIA KESUBURAN WANITA & LELAKI


Kesuburan Wanita

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur. 

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya. 

Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. 

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). 

Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Women) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil. 

Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil FertileCM untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.


Kesuburan Lelaki

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur. 

Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda. · 

Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. 

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik. 

Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (FertilAid For Men) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

Friday 7 December 2012

2013 INGIN TEGAR BER'TTC'?

Ini kisah perbualan antara suami isteri malam tadi :)

Malam tadi suami aku tiba2 balik awal pulak, pukul 10 mlm (awal ke tak? Okla tu sebab dia selalu balik pukul 12-1pg). Tengah aku dok depan pc, dia datang dekat. Pastu aku tunjuk kat dia perut aku yang memboyot macam orang pregnant 5 bulan :D Entahlah apa yang ada dalam perut ni, rasa mengah dan penuh je macam tengah mengandung lak. Suami aku tanya kenapa? Aku cakaplah perut rasa penuh & mengah. Dia kata angin kot! Aku pun rasa angin sebab aku tengah period. Tapi selalunya perut aku bloated & mengah sebelum datangnya period. Ini tengah2 period pun jadi macam tu, bulat je macam orang pregnant. Kalau betul2 pregnant, aku tak kisah juga, mesti suami kata cute ;)

Dah bercerita pasal perut, dia pun bukak cerita...dia pergi jumpa seorang klien dia hari ni. Klien dia tu doktor. Aku pernah juga jumpa klien dia ni sebab suami aku suruh juga pergi ke sana ambil ubat untuk period aku yang long & heavy sebelum ni. Masa tu aku minta dia bagi aku ubat untuk stopkan period aku sebab dah nak dekat bulan puasa. Kalau aku tak makan ubat yang doktor bagi tu, confirm aku kena ganti puasa 7-18 hari kot! Sebab period aku masa tu datang 2x sebulan. 

Klien suami aku ni dah tahu yang kami suami isteri ni tengah ber'ttc'. So, suami aku ada cerita yang aku makan ubat Norculut dari Klinik Dr. Hamid tu & period aku jadi ting tong balik. Doktor tu kata ubat tu memang akan buat period ting tong. Lepas makan Norculut tu sepatutnya kena makan pil perancang untuk balancekan balik hormon. Tapi masa aku ke Klinik Dr. Hamid tu, tak pula Dr. Hamid cakap macam tu. Aku pun kadang2 pening dengan doktor2 ni. (Doktor pula aku salahkan! Padan muka!) Sekarang aku tak tahu nak ikut cakap doktor biasa2 ke atau ikut cakap doktor pakar. Pada aku memanglah pakar tapi suami aku ni, since itu kawan a.k.a klien dia, dia macam nak sangat aku ikut cakap klien dia tu.

Klien @ Doktor tu suruh suami aku cepat2 berusaha sebab umur aku dah meningkat. Tahap umur 35thn ke atas nanti kesuburan memang akan menjunam jatuh. Itu aku setuju! Lepas tu doktor suruh suami aku bawa aku ke klinik dia untuk buat pap smear. Dulu pun dia pernah ajak aku buat pap smear kat klinik tu sebelum aku decide nak ke Klinik Dr. Hamid. Aku mati2 tak nak. Kalau koranglah, apa yang akan korang pilih? Nak kangkang kaki depan doktor perempuan yang kita tak kenal @ kangkang kaki depan doktor perempuan yang kita @ suami kita kenal? Aku ni of courselah tak nak tunjuk aku punya tutttt depan kawan dia. 

Nak buat pap smear ok je bagi aku tapi aku nak buat kat klinik lain. Bila suami aku cerita kat doktor ni, dia kata apa nak malu? Dia memanglah tak malu sebab bukan dia yang nak kena kangkang dan tunjuk tuttt....cetttt!!! Dia nak bagi surat rujukan kat kawan dia kat DEMC untuk buat pemeriksaan lanjut if aku ada fibroid ke apa. Sebab tu dia nak suruh gak aku buat pap smear dengan dia. Perlu ke pap smear ni sebenarnya? Katanya dia tak boleh nak bagi aku pil perancang kalau aku ada fibroid since pil perancang akan membuatkan fibroid grows bigger. Betul ke? Aku memang tak tahu selama ni. Nak tahu kita ada fibroid ni memang kena buat pap smear dan laparoscopy dulu ke? Takleh ke check darah atau ultrasound je? Sumpah aku tak tahu! Aku ni dah pernah 2x buat pap smear dalam tempoh 7 tahun berkahwin dan dua-dua result ok, tak ada apa2 masalah. Itu juga salah satu sebab aku malas nak buat pap smear lagi. Aku tahu aku takde masalah kronik sangat even dah check hormon pun everything ok. So, kalau hormon ok kenapa period aku masih ting tong? Aduhhh...kenapalah dulu aku tak belajar pandai2 dan jadi doktor pakar sakit puan? Kan senang aku rawat diri aku sendiri :( 

Suami aku nak aku buat laparoscopy tu dan aku rasa pun macam nak cuba tapi kalau aku claim insurance pun, aku still kena bayar 10% daripada total kos. Mmm...nampaknya kena fikirkan lagi & suami aku pun nampak terdiam bila aku cakap tentang tu :D Yang cuci rahim macam Dr. Hamid pernah suruh aku buat tu, suami aku kata klien dia ni tak bagi buat sebab akan menipiskan dinding rahim. Tapi dinding rahim aku ni dah 2x scan, doktor2 akan kata dinding aku terlalu tebal. Caner tu? Kalau aku nak nipiskan sket tak buleh ek? Gatalkan? :D

Oh, berbalik pada tajuk di atas...2013 tahun aku nak tegar ber'ttc' ke? Kalau pada aku, semangat dan roh2 tu dah masuk dalam badan :D Aku memang rasa tahun depan nak usaha lebih giat lagi tapi mungkin dengan cara sendiri je kot. Nak buat rawatan kat hospital mungkin akan difikirkan since aku dah tak kerja sekarang. Nak harap suami aku je tanggung, rasa macam tak mampu kot. Dulu masa aku buat treatment kat LPPKN, aku masih bekerja dan kos rawatan memang kami share2 dua orang.

Aku dah ada list dalam kepala nak buat usaha yang macamana tahun depan. Insyaallah semoga Allah permudahkan dan perkenankanlah doa kami suami isteri ni nak menambah bilangan ahli keluarga kami. Aku bukannya apa, kesian sangat kat Afif sebab boleh nampak dia kekurangan kasih sayang :D Yalah, nak ajak aku main kereta mainan, main game racing car, main bola...memanglah aku tak mampu nak penuhi. Lagipun hormon nak bermain bagi aku yang dah berumur ni dah hilang.

Ni antara list yang aku akan cuba praktikkan tahun depan:

1. Amalkan Surah Ali Imran Ayat 38 setiap kali lepas solat.
2. Banyakkan Solat Sunat Taubat & Sunat Hajat.
3. Banyakkan berzikir.
4. Makan 41 kuntum bunga cengkih.
5. Minum susu kambing + kurma.
6. Minum air bunga raya.
7. Cuba cara Castor Oil (ni pun kalau aku jumpa minyak tu).
8. Nak cari pil Shatavari & Spemen Himalaya.
9. Nak cari asid folic (yg ni memang aku tak pernah makan walaupun aku baca orang yang TTC rata2 makan)
10. Nak berurut.
11. Nak ke Darusyifa'.  
12. Nak tanya doktor tentang Clomid.
13. Telur ayam kampung & madu (ni list terbaru aku...14/12/2012)
14. Hiraq Karmila & susu kambing Hiraq (ni pun list terbaru aku...tak silap aku tahu tentang produk ni dari blog Kak Baby)

Itulah antara yang terlintas kat kepala aku sekarang. Kalau ada penambahan nanti akan aku update :) Nampak macam tak tegar sangatkan? Insyaallah kalau diberi rezeki yang lebih oleh Allah, akan aku ke hospital untuk rawatan juga.

Semalam suami aku ada juga minta aku tentukan bila hari subur aku supaya senang nak BD. Aku kata, dah period pun ting tong, macamana la nak tentukan waktu subur. Kalau period regular tiap bulan bolehlah juga nak agak2. Aku pula memang tak pernah nak buat OPK atau BBT. BBT tu memang malas bangattt. Dulu masa 1st time TTC untuk Afif pernah juga cuba buat tapi tak tegar. Asyik lupa dan terus malas :D Lepas tu suami aku kata, kalau macam tu hari2 la BD. Aku sindir dia balik. Hari2 apanya kalau dah tiap2 hari balik pukul 12-1 pagi? Dia kata tak boleh ke? Aku kata boleh tapi badan pun dah penat. Dia kata express la :D Aku kata express pun hasilnya tak berkualiti nak buat apa? Anak (benih) pun tak produktif macam abahnya juga. Tiba2 aku terfikir, mungkin betul jugakan? Kalau suami aku selalu letih2, mungkin effect kat benih tak? Entah2 benih dia yang masuk pun tak produktif, sebab tu susah? Ok2, yang tu nanti aku Google lain sebab dah macam nak masuk bab 18sx lak ni. :p 

ADIOSSSS :)

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...