Iklan

Wednesday 31 October 2012

DAUN BUNGA RAYA

Aku ada terbaca dalam forum, orang kata daun bunga raya ada khasiat untuk membantu membetulkan perjalanan period kita yang tak teratur, sekaligus membantu kesuburan. Jadi, masa kat kampung hari tu, aku pun berusaha gigih mencari juga daun bunga raya.

Nasib baik kat rumah kakak ipar aku ada daun bunga raya. Apa yang aku baca kat forum tu, dia minum air daun bunga raya yang warna merah tapi mak mertua aku dan rata-ratanya kata daun bunga raya warna putih yang orang selalu guna buat ubat. Jadi, disebabkan dua-dua warna pun ada, aku ambil sajalah dua-dua daun tu berserta tangkai-tangkai sekali. Kakak ipar aku suruh aku balik tanam kat rumah. Rumah aku ni manalah ada tanah, tingkat 2 mana nak jumpa tanah tapi aku bagi kat mak dan mak cik aku suruh diaorang tanam. Esok kalau aku nak, aku ambik dari diaorang je...senang cerita!

Kata forumer tu dia minum air daun bunga raya merah yang ada 5 kelopak tapi kakak ipar aku punya daun raya bukan yang jenis 5 kelopak, yang jenis berkelopak-kelopak macam bunga ros tu tapi tak apalah, cuba sajalah dulu! Hari ni aku dah cuba minum air daun bunga raya yang warna putih. Aku nak tengoklah macamana period aku bulan ni. Tak salah mencubakan? Lagipun tak susah mana nak buat, cuma minum airnya je yang taklah rasa apa-apa pun.

Mak mertua aku tanya nak buat apa dengan daun bunga raya tu? Aku cuma kata nak buat ubat. Aku tak bagitahu sesiapa pun yang aku nak cuba untuk membantu kesuburan. Biarlah aku cuba dan dapatkan hasilnya dulu baru aku boleh dedahkan tujuan aku ni...

BERAYA KORBAN DI PENDANG

Semua masih dalam mood raya haji ke? Tahun ni aku tak rasa mood beraya haji pun. Tahun ni raya haji jatuh turn ke Pendang, Kedah. Tahun depan baru rumah mak aku yang jauhlah sangat di Kepong nun!

Boleh tak masa dah sampai ke kampung, aku dapat tengok orang macam meriah sangat. Ada yang pasang khemah, ada yang nampak tengah membakar (entah apa yang dia bakar aku pun tak tahu sebab nampak asap je) dan memang nampak macam semua sibuk nak buat kenduri. Dalam hati aku dok bisik, kenapa ramai sangat orang nak buat kenduri ni? Aku langsung tak teringat yang esok nak raya haji! Apa aku lupa tujuan aku balik kampung tu buat apa? Takkan saja-saja nak jalan menghabiskan duit minyak dan tol? :p

Sampai-sampai ke Pendang dalam pukul 4 ptg (25/10/2012) tu, suami aku dapat panggilan yang pak sedara dia (abang kepada mak mentua aku) meninggal. Lepas melepaskan lelah sekejap kat rumah mak mentua aku, dalam pukul 6 ptg, teruslah bertolak ke Gurun untuk tengok orang mati. Aku yang berseluar jeans dan bert-shirt je ke sana sebab aku tak ada masa dan kudrat nak menggosok baju kurung! :D Aku seorang ajelah yang berseluar jeans kat situ. Tak ada syarat nak tengok orang mati kena pakai baju kurungkan? So, aku peduli apa? :D Kak ipar aku tegur, ni mesti bawa balik baju kurung sehelai...taklah, aku malas gosok je! Kami dok kat sana sampai pukul 11.45 malam, selesai orang dah kebumi baru kami bertolak balik. Aku punyalah letih, rasa nak landing je kat mana-mana tapi aku kena menjaga tatasusila dan kesopanan diri aku :p

Sampai balik rumah mak mentua aku dalam pukul 12.15 malam. Sampai-sampai je terus mandi dan solat. (Lepas tengok orang mati, disarankan supaya kita membersihkan diri dan tukar pakaian yang kita pakai semasa pergi tengok orang yang mati tu). Lepas solat, kami semua teruslah memengsankan diri kami yang dah sedia penat...

Di kampung ni kalau beraya, tak sah kalau tak menziarah ke satu...satu rumah sedara mara. Sampai kadang-kadang aku rasa macam nak tolak je bila orang ajak berjalan merata ni sebab penat. Penat berjalan satu, penat makan satu hal lagi. Kalau tak makan, nampak macam tak sudi pula. Tapi disebabkan raya memanglah kena ziarah menziarahi, maka aku relakan hati ini :)

Satu perkara lagi, aku kesian kat mak & pak mentua aku. Time-time macam ni lah diaorang dapat berjalan ke rumah sedara mara terutama yang jauh sebab diaorang ni tak ada kereta, yang ada cuma motor. Kalau nak berjalan jauh naik motor tu agaknya macammanalah kan? So, bila anak-anak dia baliklah dia akan ajak kami ke sana ke mari.

Aku ni jenis ingatan tak kuat...maafkanlah aku sebab aku dah tak ingat ke mana kami berjalan masa raya pertama tu. Tapi raya pertama rumah mak mentua aku tahun ni tak ramai yang bertandang so, jimat sikit tenaga aku nak membuat air :D Raya pertama ni juga tak ramai orang buat korban, so tak adalah kenduri kendara yang perlu kami hadiri.

Raya kedua ada jiran buat korban, kami kenalah ke sana. Aku pergi makan je :) Biasalah raya haji, lauknya pun daginglah! Seingat aku, selama 3 hari berturut-turut aku dijamukan dengan lauk daging sampai naik mampat perut aku ni dengan daging. Di kampung rupanya tak sama caranya dengan bandar. Kat sini orang kampung buat korban sendiri kat rumah diaorang dan lepas tu adalah kenduri untuk jamu orang kampung makan. Kalau kat bandar kita bagi bahagian kita ke masjid-masjid je, mana ada orang sembelih lembu sendiri kat depan rumah :D

29/10 ada dua rumah buat kenduri korban. Satu kat rumah isteri adik ipar aku kat Kuala Nerang...makan daging lagi! Lepas tu kat rumah Mak Su suami aku pulak...makan daging sekali lagi! :( Lepas balik dari rumah Mak su tu kami semua ke rumah adik ipar aku di Changlun. Kami tidur sana. Cadangnya nak tidur Homestay adik ipar aku tapi bila dah ke rumah dia, rasa malas pula nak bergerak ke homestay tu, last-last semua pakat tidur rumah dia je.

Pagi esoknya ada cadangan nak ke Padang Besar tapi disebabkan adik ipar aku kata hari Isnin tak ramai orang meniaga, kami tukar plan ke Wang Kelian. Kat Wang Kelian pun sama juga tak ramai orang meniaga hari Isnin tapi saja je nak berjalan dan tengok tempat tu. Dengar orang dok bercerita tempat tu macam havoc je hujung-hujung minggu. Perjalanan nak ke Wang Kelian tidak seperti yang aku bayangkan. Jalannya lebih dasyat dari nak ke Genting Highlands. Bengkang bengkok dan corner dia memang baring punya! Kalau nak ke sana, make sure kereta korang benar-benar kukuh & tahan lasak!

Wang Kelian pada hari Isnin memang tak menarik. Cuma ada sesetengah kedai je yang bukak dan barang yang dijual hampir sama dari satu kedai ke kedai yang lain. Biasanya orang ke Wang Kelian hujung minggu sebab kat sebelah Thailand (Wang Kelian ni sempadan Thailand) sana akan ada pasar minggu dan banyaklah barang dijual di sana.

Afif dapat 'pow' abah dia remote car control satu, tapi mama tak dapat 'pow' abah periuk kukus sebab kasi chance kat Afif :( Tak apalah, itu sebagai hadiah harijadi Afif bulan 12 ni, kata abah ;)

Kereta mainan yang berjaya Afif dapatkan...

Balik dari Wang Kelian, aku ajak pulak ke Gua Kelam yang jaraknya taklah jauh dari situ. Dapatlah aku masuk ke dalam gua yang memang kelam tu...Nak masuk dikenakan bayaran RM1 untuk Kanak-Kanak dan RM2 untuk Dewasa tapi masa kami sampai, orang yang jaga tiket tak ada, so kami masuk free je :)

Gua ni ada sungai yang mengalir kat bawahnya. So, rasa macam tenang je dengar bunyi air sungai tu. Kat dalam sana pun sejuk je dan memang cantik. Afif memang takut dengan tempat gelap ni, jadi dia tak banyak bercakap bila masuk tu tapi nasib baik dia nak ikut juga masuk. Kat situ ada tempat untuk berkelah dan mandi-manda juga, jadi kalau rasa nak ke sana, bawalah sekali pakaian untuk mandi so, tak adalah rasa macam rugi sangat.

Suasana di dalam gua...

Oh ya, disebabkan kami berjalan tak ingat dunia...cadangan nak pulang ke KL hari ni terpaksa dibatalkan :D Nampaknya esoklah baru kami balik...cuti oh cuti! Sekali-sekala bercuti memanglah seronoknya :D

Itu Gunung Jerai...semasa perjalanan untuk balik ke KL (3 ptg)

Tuesday 23 October 2012

4 HARI JE??

Apa yang 4 hari? :D

Sebenarnya bulan ni period aku 4 hari je...aku macam tak percaya & pelik pun ada. Selama berbulan-bulan ni period aku tak pernah sesingkat ni. Biasanya tak 10 hari, mungkin 14 hari. Apa masalah aku pula ni? Normal ke?

Bulan lepas period aku datang pada 18/9/2012 selama 7 hari. Bulan ni 18/10/2012, kira regular lah kan? Tapi apasal 4 hari je? Mungkin ke sebab aku makan Norculut tu? 

1st day period cuma datang spotting yang sikit2 brownish colour. 2nd day baru heavy sampai kejang-kejang perut aku. Period painlah tu! Aku kena makan ubat sebab kalau tak makan memang aku tak boleh bangun nanti. Kalau aku tak boleh bangun, siapa pula nak uruskan anak aku bila dia balik sekolah? Siapa nak masak kat dia? Laki aku dah pergi keje & mungkin tengah-tengah malam nanti baru nak balik :(

3rd day aku still period pain tapi dah kurang sikit. Masih tak larat nak buat sebarang kerja tapi aku buat juga sebab siapa nak buat kalau bukan aku? :( sedih lagi...

Hari ke-4 ni macam sikit terus, dah tinggal brownish colour je. Hari ke-5, siang hari langsung tak ada. Cuma malam tu aku terasa sakit perut sikit, adalah juga spotting sikit2 kat panties. Apakah??? Masalah apa pula dengan period aku ni? Aduhhh... 

Hari ni perut aku rasa lain macam je. Rasa sakit tak sakit. Rasa keras tak keras. Adakah period aku tak keluar habis yang menyebabkan perut aku tak selesa?

Tak apalah, kita tunggu bulan depan macamana...regular ke tak ke? Nanti bulan depan aku update lagi ya!

SERAMMM

Aku nak story satu kisah scary jugak yg terjadi malam tadi....x kisah nak percaya atau tak :)

Semalam aku ada baca satu blog. Blogger ni bercerita benda2 mistik la sikit tentang perubatan Islam. Dalam hati aku macam terdetik niat nak try apa yang blogger tu dah buat sebab aku pun macam ada masalah (nanti aku cuba untuk ceritakan apa masalah aku tu) & aku perlukan perubatan Islam ni

Lepas tu dalam pukul 9 lebih, nak dekat pukul 10 mlm, aku waktu tu ada kat dapur tengah basuh pinggan. Lepas tu aku dengar suara Afif panggil aku...'Mama...'. Suara dia macam nak menangis. Lepas tu dia datang ke dapur dengan muka dia yang nampak macam tengah takut gila. Aku dah cemas tengok muka dia. Lepas tu aku tanya,  'Apa?' Tak pasal-pasallah budak tu kena marah sebab buat aku cuak. Muka dia memang dah macam orang yang buat salah. Aku ingat dia ni mesti dah buat salah apa2 ni...tak bagi tumpah air, mungkin bagi pecah apa2 ke...

Lepas tu dia cakap, 'Afif nampak hantu...'. Erkkk....hantu?? Memang tak nak percaya tapi tengok muka dia yang takut tu, aku pun ikut dia ke ruang tamu. Aku tanya, 'Nampak kat mana?'. Dia pun tunjuklah bilik kecik yang ada aku letakkan peti ais (sebab dapur rumah aku memang sempit, terpaksa letak peti ais dalam bilik ok!). Dia kata, 'Afif nampak tuala berjalan pergi peti ais'

Lepas tu aku tanya, 'Tuala tu warna apa?'. Dia kata, 'Warna putih'. Mmm...kalau dia kata warna biru ke, hijau ke tak la aku takut sgtkan...

Aku tanya lagi, 'Macamana Afif boleh nampak?'. Dia kata, ' Afif lalu kat depan bilik tu lepas tu Afif nampak.'

Aku pun terduduklah kat sofa tu memikirkan nak percaya atau tidak. Nasib baik malam masih awal & suami aku pun balik kerja awal hari tu. Selalunya laki aku memang akan balik lewat malam. Mujur dia ada, kurang sikit takutnya. Kalau tak, mau kami dua beranak tidur dengan semua lampu terpasang...grin

Lepas suami aku habis sembahyang, Afif cerita kat abah dia pulak. Abah dia tanya, 'Hantu tu besar tak?' Dia kata, 'Besar abahlah.' Muka dia masa jawab tu memang konfiden gila la, tak ada nak pikir-pikir...err ke, aaa ke, mmm ke, kira macam betullah dia nampak something.

Ok, bab tu kalau korang macam tak percaya takpe...tapi yang buat aku curiga sekarang ni, bila masa nak masuk tidur tu mulalah macam-macam berlaku kat kami 3 beranak. Malam tadi aku tidur lambat, lebih kurang pukul 12.45 mlm tapi anak & suami aku dah tidur dulu. Bila aku naik je atas katil, tengok-tengok Afif terkencing atas katil. (Dah 2 malam Afif tidur atas katil kami sebab tilam dia basah sebab terkencing juga). 

Aku macam pelik sebab Afif dah kencing sebelum tidur tu dalam pukul 10 mlm. Afif ni jenis kalau dah kencing sebelum tidur, dia takkan terkencing malam dah. Melainkanlah malam tu dia tidur terus tak kencing dulu. Tak apalah, mungkin dia minum banyak sangat kot. Tapi, yang aku lebih pelik bila dia boleh tidur dengan baju & seluar yang basah lencun tu. Selalunya kalau dia terkencing masa tidur, dia mesti akan terjaga & menangis. Lepas tu dia akan cakap, 'sori mama...sori mama' sebab dia tahu dia tak nak kencing dulu ebelum tidur. 

Aku kejut dia bangun sebab nak tukarkan baju dia pun macam dia malas nak bangun. Last2 bawak jugak ke bilik air & bagi mandi  tengah-tengah malam tu, lepas tu tukarkan baju. Lepas pakai baju tu dia terus tertidur atas kerusi tak sedar apa dah.Aku pun pergi lap-lap bekas dia kencing atas katil & suami aku yang dah terjaga pun tolong cabutkan cadar. Aku angkat Afif tidur balik atas katil & suami aku tidur atas tilam kat bawah sebab dia kata katil basah. 

Tak lama lepas tu, tak sampai 15 minit aku dengar pulak bunyi macam orang tengah mengumam, nak cakap tak cakap macam tu. Aku dah agak, ni mesti suami aku pulak mengigau ni. Aku bangun dan tengok memang dia tengah mengigau macam kena hempap, tak boleh nak bergerak tak boleh nak bercakap. Suami aku ni jarang jugaklah nak mengigau tapi kalau dia betul-betul penat balik dari berjalan jauh biasa juga dia mengigau. 

Aku tepuk-tepuk pipi dia bagi dia sedar. Baru dia bukak mata. Lepas tu dia baca2 ayat sikit baru tidur balik. Tak lama, dia tak boleh tidur agaknya, dia bangun & naik tidur atas katil juga. 

Aku pula dah tak boleh nak tidur padahal tadi dah ngantuk sangat. Dok la terkelepot2 sorang diri tengok anak, tengok laki. Aku tengok 2-2 org pun tidur tapi tak nyenyak. Afif banyak kali dok ngigau, suami aku pulak macam senang je tersedar kalau aku bergerak padahal selalunya dia tidur mati gak. 

Last2 nak dekat pukul 2 pagi kot baru aku tertidur. Pukul 3 pagi terjaga pulak dah...kali ni aku terasa nak kencing sangat-sangat + sakit perut memulas-mulas. Aku bukan makan apa pun tadi sebelum tidur, cuma makan biskut cicah milo. Selalu tak pernah sakit perut tengah tidur sampai macam tu. Dalam perut macam dok cucuk2 je. Aku dok pikir nak ke tandas ke tak nak. Dah pukul 3 pagi, takkan nak kejut suami aku temankan aku ke tandas untuk melepas? Last2 disebabkan tak tertahan sangat, aku bangun juga. Dalam hati berdoa supaya tak nampak la apa2 yg tak diingini pagi2 tu. 

Dah melepas tu rasa lega sikit tp still ada rasa mencucuk-cucuk lagi dalam perut. Lepas tu kat dalam badan rasa panas je walaupun luaran rasa sejuk sampai berstokin. Panas tu macam pedih ulu hati dan sampai ke kepala panasnya membuatkan berdenyut-denyut kepala aku. Memamng aku tak boleh nak tidur. Lama jugaklah, lebih kurang sejam lebih jugak kot dok pusing kanan pusing kiri. Tapi last2 tertidur jugak.

Tadi bila aku bukak sarung cadar nak ganti yang baru, Afif tanya, 'Kenapa mama buka sarung tu?'. Aku tanya dia, 'Semalam Afif kencing atas katil mama, Afif tak ingat ke?' Dia kata, 'Afif tak tahulah. Afif kencing atas tilam Afif hari tu yang mama bawa Afif mandi dalam bilik air'. 3 hari sebelum tu memang dia dah kerjakan tilam dia & aku angkat dia masuk bilik air dan mandikan juga. Tapi yang tu dia ingat dia terkencing sebab dia yang tak nak kencing dulu sebelum tidur. Semalam punya cerita dia macam tak ingat apa-apa.

Aku tiba-tiba terfikir, apa betul ke Afif memang nampak 'sesuatu' semalam sebab secara tiba-tiba je kami 3 beranak macam ditimpa masalah dalam satu malam berturut-turut...Apakah??? frown




Monday 22 October 2012

FORUM MENGUBAT HATI...

Beberapa hari lepas aku terjumpa satu ruangan forum ni secara kebetulan. Tak sangka bila aku baca, memang menarik, tertarik kau memang d'boom!

Bagi yang ada masalah untuk conceive atau tengah Try To Conceive (TTC) memang syok sangatlah jumpa ruangan forum macam ni sebab sebelum ni masalah ni tak tahu nak kongsi dan share pengalaman dengan siapa. Last2 pendam seorang diri sampai naik stress.

Member2 kat sana semua tak kedekut ilmu. Memang syok bila kita berjumpa satu group yang senasib sebab mereka lebih memahami masalah yang kita hadapi berbanding dengan orang lain yang tak pernah alami apa yang kita alami biasanya tak tahu nak jaga adab bercakap.

Disebabkan aku masih budak baru kat sana, banyak lagi info yang aku tak baca tapi so far banyak juga input yang aku dapat dari member2...Terima Kasih Allah sebab membuka jalan ke arah ini. Sekarang ni setiap hari aku dah jadi addict nak menjenguk ke forum :)

Sunday 21 October 2012

MINYAK JARAK (CASTOR OIL) MENINGKAT KESUBURAN

Apakah itu minyak jarak (castor oil)? Aku pun baru 1st time dengar nama ni dan baru 1st time tahu yang ada minyak ni untuk mengatasi masalah kesuburan. So far tak pernah dengar lagi testimoni sesiapa tapi bagi yang nak mencuba pun apa salahnya...

Minyak jarak pack ni digunakan untuk disapukan pada perut. Minyak ni boleh memperbaiki penyakit2 dalam usus dan peranakan, melancarkan peredaran darah ke uterus & ovari dan seterusnya boleh meningkatkan kesuburan.

Jika anda sedang mencuba untuk hamil, gunakan minyak jarak mulai lepas habis haid iaitu dari hari ke-8  hingga hari ke-12

Kain tuala yang telah dibasahi dengan minyak jarak diletakkan di atas perut dibahagian ari2 selama
30-60 minit. Diatas tuala berminyak tu letakkan plastik dan diatas plastik diletakkan beg air panas (hot water bottle).

Selepas rawatan, tuala yang berlumur dengan minyak jarak dimasukkan dalam beg plastik dan disimpan ke dalam fridge. Ia boleh diulang pakai sebanyak 20-30 kali.

Sesiapa yang nak mencuba, aku nasihatkan supaya baca details yang lebih terperinci kat bawah ni. Apa yang aku tahu, orang yang ada luka pada kulit, semasa datang bulan, sewaktu subur, rasa-rasa diri mengandung, disahkan mengandung dan menyusukan jangan gunakan cara castor oil ni. 

Orang kata minyak ni boleh dibeli dikedai-kedai runcit India tapi aku pun belum cuba mencari lagi. 


BACA INFO KAT BAWAH NI DAHULU SEBELUM MENCUBA YA! (Bagi yang malas membaca, diri sendiri yang rugi & jangan salahkan aku kalau terjadi apa-apa :p)

Using Castor Oil Packs Can Help You Conceive

Castor oil therapy consists of using a warm castor oil wrap over the abdomen in order to stimulate blood flow to this uterus and ovaries. Castor oil treatments are quite often recommended by holistic practitioners to treat many gynaecological disorders in women including fertility related problems, like endometriosis, fibroids, polycystic ovary syndrome, etc.

This type of treatment is very helpful in many cases to resolve infertility because the castor oil pack relieves congestion and inflammation of the uterus, ovaries, and fallopian tubes. Castor oil therapy increases circulation to the reproductive organs and helps detoxify the liver improving the metabolism of hormones. In these cases, castor oil is used by employing packs over the abdomen (Castor oil abdominal packs) covering both the uterus and liver. Castor oil is absorbed easily into the body through the skin and its healing components are delivered directly into the body tissues.

Castor Oil Benefts and Fertility

The benefits of castor oil are many. First of all, it removes the waste products from the cells and tissues where it is applied enhancing detoxification of the organs. Then, it decreases inflammation and assists the body in the removal of inflammatory components like prostaglandins. One of the main castor oil benefits is its ability to assist the liver eliminate excess hormones.

The most important function of the liver, as far as fertility is concerned, is to regulate blood sugar, and take part in hormone metabolism. Castor oil is also easily absorbed into the lymphatic circulation. Here, it stimulates the relaxation of the smooth muscle of the blood vessels allowing the free flow of oxygen and nutritional substances to reach the tissues more efficiently.

Furthermore, the relaxation of the smooth muscle of internal organs, such as the stomach, intestines, gall bladder and liver, and uterus is highly effective for pain relief as castor oil therapy reduces inflammation and excess congestion.

How Do Castor Oil Treatments Work?

Scientific studies have shown that castor oil treatments can boost the immune system by increasing the number of total lymphocyte count. This is another benefit of castor oil due to its ability to stimulate lymphatic drainage and removal of waste products from the tissue.

This is why a castor oil pack is often employed as a form of mild detoxification when applied over the liver, gall bladder and sp

Breaking Up Scar Tissue

Castor oil therapy can be effective in breaking up scar tissue and adhesions, in loosening up masses and in drawing out toxins from as deep as 8 cm. When dangerous toxins enter the blood stream, they can potentially cause free radical damage, inflammation, and DNA damage.

If the liver cannot detox efficiently, environmental chemicals are stored in the fat cells. This is one of the root causes of women's diseases like uterine fibroids, endometriosis, breast cysts, glucose imbalances, thyroid problems, etc. All of these conditions, as you can see, ultimately lead to infertility or fertility issues of some sort. Castor oil therapy that uses the application of a castor oil pack on the abdomen is a simple way to address all of these conditions at once.

Benefits of Castor Oil Therapy Using A Castor Oil Pack

The use of topical castor oil is very important when treating conditions related to poor drainage of the lymphatic system and congestion of organ tissues. The most important component of castor oil is ricinoleic acid, a fatty acid component which has the ability to draw toxins out of the tissues.

The following conditions respond to the application of castor oil packs:

1. Menstrual dysfunction of painful periods.
2. Liver, pancreas and gallbladder disorders.
3. Digestive and stomach problems.
4. Adhesion and scarring of the fallopian tubes.
5. Improve peristalsis and elimination through the bowels.
6. Benign fibroids, endometriosis and ovarian cysts.
7. Lymphatic congestion and swollen lymph nodes.
8. Constipation, bowel impaction or adhesions.
9. Bladder and vaginal infections.
10. Fibrocystic breast disease.

When to Use A Castor Oil Pack

Duration of castor oil therapy: 45-90 minutes 3-5 times a week for at least 8-16 weeks. During the first two menstrual cycles the ovarian pain and menstrual discomfort should decrease. Taper off slowly by decreasing the number of session per week. Sometimes a longer period of time is required.

Safety Precautions

Do not apply a castor oil pack on broken skin, during menses and after ovulation if you are trying to conceive. If you are suffering from any serious or chronic condition, consult a natural health practitioner before applying castor oil. Do not use a castor oil pack if you are breastfeeding, pregnant or suspect to be pregnant. It is best to avoid castor oil treatments if you have uterine bleeding or suffer from cancerous tumors. Castor oil should not be taken internally. Because it causes severe abdominal spasms.

To make a castor oil pack you will need the following items:

1. Cold pressed castor oil Kit.
2. Magic bag or water bottle.
3. Tow cotton flannel pieces of 1 foot square each.
4. One piece of plastic bag one foot square in size.
5. A towel.

Directions for Applying Castor Oil Abdominal Packs:

a. Soak the flannel pieces in castor oil, generally about 1 cup of castor oil will be enough. Place them over your whole abdomen (make sure to include the liver and the uterus). Alternately, you can just spread a generous layer of castor oil directly on your skin and cover with the flannel pieces.

b. Place the piece of plastic on top and then place the towel.
c. On top of the towel place the warm water bottle or the magic bag.
d. The pack should remain in place for at least one hour.
e. When you remove the pack, the remaining oil can be massaged into the skin or cleaned off using a clean flannel cloth.
f. Take it easy for a couple of hours after doing this castor oil wrap application.

Is A Castor Oil Pack Safe?

Castor oil has the ability to be absorbed by the skin to relax smooth muscle present in many organs like lymphatic vessels, uterus, fallopian tubes, bowels, gall bladder, and even the liver.

Castor oil therapy using packs is very safe. There are a few situations in which castor oil packs should not be used, like menstrual bleeding, acute stomach gas, serious intestinal conditions, on broken skin, and of course during pregnancy.

Duration of Castor Oil Therapy for Fertility

It is recommended to try castor oil packs for a few months before trying to conceive, just to be on the safe side because castor oil has a detox effect which moves all the toxins away from your organs.

After that you can apply castor oil packs only until ovulation, while trying to get pregnant. Do not take it orally because it is a strong laxative and can induce uterine contractions. As a practitioner, I do not recommend doing an herbal detox while doing castor oil treatments because the detox effect can be too strong. If you are on an herbal liver or bowel cleanse, do castor oil packs only once or twice a week.

It is not harmful to your body but you may experience detox symptoms that may make you fell unwell. These symptoms are transient and their duration depends on the level of toxicity of your body. If you do experience them, ease off on the frequency of the castor oil therapy sessions.

Natural Health and Castor Oil Uses

In my opinion there are a number of natural health therapies that work well with castor oil therapy because they help increase blood flow to the reproductive organs decreasing uterine and ovarian congestion. They are yoga, massage therapy and nutrition. Castor oil pack work really well in conjunction with self fertility massage.

 

What is a Castor Oil Pack? 


A Castor Oil Pack is a cloth soaked in castor oil which is placed on the skin to enhance circulation and promote healing of the tissues and organs underneath the skin.

What can a Castor Oil pack be used for?

When it comes to fertility Castor Oil packs are great for women who are experiencing:

Ovarian and uterine cysts
Blocked tubes
Uterine Fibroids
Ovarian Cysts
Endometriosis
Pcos
Detoxifying before conception
 to Use a castor oil pack
Soak the flannel cloth that is contained in the kit with castor oil and place it on the skin. Cover the flannel with a sheet of plastic, and then a how water bottle or heating pack is placed over the plastic to heat the pack. Cover everything with a towel and relax.
The best place to place a castor oil pack for fertility issues if over the lower abdomen.
Precautions: Castor oil should not be taken internally. It should not be applied to broken skin. It should not be used during pregnancy, breastfeeding, or during menstruation.

How to prepare your Castor Oil Pack

Materials

- The flannel contained in the kit
- Castor oil contained in the kit
- Plastic wrap cut one to two inches larger than the flannel (can be cut from a plastic bag)
- Hot water bottle
- Container with lid
- Old clothes and sheets. Castor oil will stain clothing and bedding.

Step-by-step instructions


1. Place the flannel in the container. Soak it in castor oil so that it is saturated, but not dripping.
2. Place the pack over the affected body part.
3. Cover with plastic.
4. Place the hot water bottle over the pack. Leave it on for 45-60 minutes. Rest while the pack is in place.
5. After removing the pack, cleanse the area with a dilute solution of water and baking soda.
6. Store the pack in the covered container in the refrigerator. Each pack may be reused up to 25-30 times.

Saturday 20 October 2012

FAHAMILAH ISTERI ANDA

Terjumpa kisah ni daripada Facebook...rasa tertarik & hiba membacanya. Kadang-kadang benda yg kita rasakan remeh sebenarnya ada makna terselindung di sebaliknya. 

Ingatlah, isteri dikahwini untuk dibelai, disayangi, difahami dan dilindungi. Jangan jadikan isteri anda sebagai tempat melepaskan kesusahan anda wahai suami dengan melonggokkan segala beban kerja di atas bahunya tanpa anda mengambil peduli apa rasa hatinya & tidak mengambil kisah sakit peritnya. Tambah memilukan bila isteri yang tidak bekerja dianggap tidak penat dan tidak sibuk. Sedihnya!


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….” itu la buat kerja banyak sangat, sakit 
urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening, rasa nak pitam”lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu….. ”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”. Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”. Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check–up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”. 

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawa anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”. Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun pada suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tak abang tolong saya? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap, saya nak tidur saje, letih yang amat sangat ni”. Melihatkan airmata dan rayuan isteri, suami telah bersetuju….” Baiklah abang bawak anak pergi ke rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun….
Sekembalinya suami ke rumah……dilihat isterinya masih tidur dengan nyenyak. Apabila dikejutkan, rupanya si isteri telah tidur untuk selama-lamanya…..Akhirnya si suami baru sedar, walaupun sudah terlambat ….Rupanya……

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi rupanya penyakit itu telah lama menular di segenap nadi SAYANG…. Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol sjer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalam SAYANG pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah tak mampu lagi nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal itu hanya alas an. Kononnya kerja opis abang tak pernah habis…..Kekadang abang lebih suka tolong kawan-kawan berbanding diri sayang sendiri…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan, Abang hanya kata Sayang nak demam. Rupanya itu adalah tanda-tanda yang SAYANG akan pergi meninggalkan abang dan anak2…..Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….…Abang tak pernah bagi walau setengah hari…..

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami itu….kuatnya SAYANG menghadapi setiap kesakitan itu. Plus pula dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawa SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Kerana sayang kelihatan sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik….
Maafkan abang, kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …... Kini semuanya sudah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya…..

Selepas seminggu pemergian SAYANG….. abang ambil cuti menguruskan anak-anak. Baru abang dapat rasakan keletihan dan kelelahan SAYANG selama ini…..Kerja di opis banyak juga waktu rehatnya….Tapi sayang tidak pernah cukup rehat….Patutlah SAYANG penat sangat….

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku selama ini. Aku amat zalim kepada isteriku...........



Kebetulan hari ini aku tidak sihat dan terasa letih badan. Bangun pagi sudah aku siapkan Afif untuk ke sekolah sambil menahan sakit yang amat. Hati terhibur melihat Afif tidak menangis seperti selalu bila nak ke sekolah. Mujurlah! Kalau Afif buat perangai pagi tadi mungkin dengan keadaan aku yang sakit tu, aku akan naik singa juga.

Bila aku terbaring kesakitan di atas sofa, Afif yang datang ke sisi. Dia cium pipi aku. Dia bawakan ubat untuk aku sapu. Dia juga yang selimutkan aku yang kesejukan. Hati aku hiba. Anak aku yang kecil masih tidak tahu apa-apa tapi sudah pandai mengambil berat. 

Suami aku pula hanya berlalu ke pejabat tanpa bertanya bagaimana keadaan aku tapi sempat bertanya aku nak siapkan sarapan untuk dia atau pun tidak? Dan sempat pula berpesan akan ada orang hantar barang ke rumah pada petang nanti. Aku yang sakit bertambah-tambah sakit jadinya. Rasa nak menangis sangat sebab sakit pening aku selama ni hanya boleh dikira dengan jari berapa kali aku dijaga oleh dia....sob...sob...:(

Tabahlah wahai hati...mungkin bila aku dah tak ada nanti barulah kesedaran itu akan datang...

Tuesday 16 October 2012

9 WAKTU MUSTAJAB MENASIHATI ANAK

Di antara 9 waktu-waktu mustajab untuk menasihati anak adalah:

1. SEBELUM anak MASUK TIDUR

2. KETIKA anak SEDANG TIDUR (bisikkan di telinganya)

3. SELEPAS anak BANGUN TIDUR

4. SELEPAS anak MANDI

5. SELEPAS anak SOLAT

6. SELEPAS anak MEMBACA AL-QURAN

7. SELEPAS anak BERDOA

8. SELEPAS anak BERIADAH

9. KETIKA EMOSI anak TERANGSANG (cth: selepas dimarahi)

Monday 15 October 2012

AYAT-AYAT AL-QURAN YG BAIK UTK DIAMALKAN

Ayat-ayat Al-Quran ni baik untuk diamalkan bagi yang ada gangguan-gangguan daripada makhluk halus, sebagai pendinding diri atau untuk ketenangan jiwa...


* Surah Al-Fatihah (bab 1): ayat 1 - 7

* Surah Al-Bakarah (bab 2): ayat 1 - 5, 163, 255 - 257, dan 284 - 286

* Surah Al-Imran (Bab 3): ayat 18, 26 dan 27

* Surah Al-A’araf (Bab 7): ayat 54-56

* Surah Al-Isra (bab 17): ayat 110 dan 111

* Surah Al-Muminoon (bab 23): ayat 115-118

* Surah Al-Saaffaat (bab 37): ayat 1 - 11

* Surah Al-Rehman (bab 55): ayat 33 - 40

* Surah Al-Hashr (Bab 59): ayat 21 - 24

* Surah Al-Jinn (bab 72): ayat 1 - 4

* Surah Al-Kaafiroon (bab 109): ayat 1 - 6

* Surah Al-Ikhlas (bab 112): ayat 1 - 4

* Surah Al-Falaq (bab 113): ayat 1 - 5

* Surah Al-Naas (bab 114): ayat 1 - 6




Doa yang baik diamalkan untuk melembutkan hati anak pula...

* Surah Al-Hasyr : Ayat 22 - 24

Friday 12 October 2012

10 MITOS & INFERTILITI

Saja nak berkongsi mitos mengenai infertiliti dgn anda semua sebagai ilmu...



10 Mitos dan Infertiliti


Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita
Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.

Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.
Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.

Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.

Sumber: portal.alamhamil

Tuesday 9 October 2012

TAMPAL GIGI PART 2

Kalau ada yg dah baca entry aku bulan lepas, aku ada story kisah aku sakit gigi...2 batang gigi (atas & bawah) :( Hari ni nak sambung kisah tampal gigi...

18/9/2012 hari tu aku dah ke klinik swasta untuk tampal gigi atas. Sebab ke klinik swasta sebab sedara mara dah takut-takutkan pasal klinik kerajaan (buat tak baguslah, lepas sebulan tertanggallah bla...bla...bla...). Dah tampal tu memang doktor tu dah cakap, kena buat RCT (Root Canal Treatment) utk matikan akar gigi tu. Tapi aku tak nak buat lagi sebab ongkos belum ada.

Entah macamana tak sampai seminggu tu gigi yang aku tampal berlubang balik. Lubang tak besar tapi bila aku sedut kat gigi tu boleh rasalah macam angin boleh lalu celah-celah tu. Ngilunya Ya Rabbi! Tambah2 bila aku sedap2 minum air manis atau makan makanan berkuah. Mmg tangkap sentaplah sampai ke otak. So, sebab klinik tu bagi warranty sebulan, aku call balik klinik. Aku buat appointment balik (jenuhlah nak kena tunggu berjam-jam lagi sementara nak dirawat).

Bila aku pegi sana hari ni (9/10/2012), memang kena tunggulah! Pukul 10 aku sampai, nak dekat pukul 12 tghr baru turn aku. Bila doktor tu check, dia kata tak ada lubang pun. Macamana tak ada lubang doktor kalau dah aku sakit?? Kalau malas nak bukak balik tampalan tu cakap je la! Dia dok bebel-bebel la kat tepi telinga aku, dia tampal ok la apa la...aku kata aku sakit! Aku memang rasa ada lubang. Lepas daripada tu bila dia bebel-bebel lagi, aku dengar je, malas nak nyampuk.

So dia korek gakla tampalan tu dan tampal lain. Dia suruh aku buat gak RCT. Aku pun rasa aku kena kot buat RCT tu sebab aku takleh makan guna gigi tu, rasa macam sakit dan nak patah je tapi doktor ni macam tak faham lak, mana aku nak cekau RM400-RM500? Sabar-sabarlah doktor oii. Aku tau kau nak duit gakkan? 

Bila dah habis tampal baru aku story kat dia, sebenarnya sebelum ni aku ke klinik kerajaan untuk tampal gigi bawah (ala yang appointment 4/10/2012 aku dapat dr klinik kerajaan tu. Appointment sampai sebulan, nak bagi aku mati tanggung sakit gigi.) Tapi aku pegi gak ke klinik kerajaan untuk appointment yang dia dah bagi tu tapi aku tampal gigi bawah yang rasanya dah ngilu-ngilu jugak. 

Bila doktor kat sana dah tampal, aku suruh check tengok gigi atas aku tu (which is gigi tu aku dah pergi tampal kat klinik swasta tu) kena ke buat RCT? Bila dia tengok, katanya tak payah! Biar dulu, tampal je. Aku kata aku ke klinik swasta dia suruh aku buat. Doktor klinik kerajaan cakap pula, 'Awak pergi klinik swasta memanglah, diaorang nak duit je!'. Pulak dah! Sekarang ni aku yang gila...sorang cakap macam tu, sorang cakap macam ni. Ada betulnya jugak apa doktor klinik kerajaan tu cakap, swasta ni memang nak duit je tapi kalau fikirkan lagi, doktor kerajaan ni pulak malas nak buat kerja, sebab tu kata tak payah. So, kalau koranglah, tak gila dibuatnya?

Bila aku cerita kes tu kat doktor klinik swasta, dia kata kena buat. Kalau klinik kerajaan mana ada buat RCT (padahal aku dah tanya doktor kat klinik kerajaan tu, kat situ ada buat RCT tak? Dia kata ada!). Nampak sangatlah doktor klinik swasta tu nak propa kat aku. Ingat aku tak mahir IT ke, aku takleh google sana google sini? Cettt....Nak duit betullah!

So, sekarang ni aku tengah konfius berfikir...kalau aku nak buat gak RCT tu kat klinik swasta, aku kenalah menabung daripada sekarang. Kalau aku nak buat kat klinik kerajaan pulak, silap-silap sampai gigi aku rongak baru dia nak buatkan. Maklumlah kerajaan ni kalau selagi tak sakit macam nak mati, selagi tu kau akan di bolayan!

Bagi yang belum ada masalah gigi, jagalah gigi anda baik-baik. Pesanan dari PESAKIT GIGI! :p

Wednesday 3 October 2012

SEMUANYA OK, SO APA MASALAHNYA??


Bulan lepas 4/9/2012 aku kan 1st time pergi Klinik Dr. Hamid Arshad untuk check masalah period aku...ingat tak? Kalau tak ingat, pegi belek balik aku punya entry sebelum-sebelum ni :)

Aku punya appointment biasalah...petang! Bukan apa aku pilih petang, sebab pagi Afif sekolah. Pukul 2 lebih sikit je, aku dah sampai klinik tu tapi rupanya dah ramai yang sampai lebih awal lagi. Nampaknya terpaksalah aku tunggu turn lagi :(

Tak lama, nama aku kena panggil sebab nak timbang berat. Macam tak percaya dalam sebulan berat aku turun 2 kg. Tapi memang bulan lepas aku agak malas nak makan. Makan nasi sekali je, itu pun lewat petang baru makan, so bila malam dah tak lapar.

Lebih kurang nak dekat pukul 4 ptg jugaklah baru turn aku. Appointment kali ni sebab nak tengok keputusan ujian darah yang aku dah buat bulan lepas. 

So far, Doktor kata aku tak ada apa-apa masalah. Hormon semua ok! Bulan lepas check rahim pun doktor kata tak ada masalah. So, apa masalah aku sebenarnya sampaikan period aku ni tak regular sangat? Bagi orang pompuan, dah kawen pulak tu masalah period memang sedikit sebanyak akan mengganggu mental. Aku mengaku kadang-kadang aku sendiri stress. Nak solat pun susah sebab masalah aku ni period turun banyak dan dalam tempoh yang lama. Aku sampai dah tak tahu bila masanya aku ni datang period atau darah tu darah penyakit. Aku cuma tawakal dan solat je kalau aku tak tahu sangat.

Bila semua Doktor dah kata ok, Doktor then bagi cadangan aku buat rawatan bersihkan rahim. Bersihkan rahim? Bunyi macam menakutkan...errr! Doktor tambah ganda lagi ketakutan aku bila dia kata better buat sekali Laparoscopy (yg tebuk2 kat perut tu) untuk tengok kalau ada masalah lain. Kalau buat dua-dua tu sekaligus jimat sikit.

Untuk bersihkan rahim tu Doktor kata kat Hospital Pantai kosnya dalam 1-2 ribu dan untuk Laparoscopy tu dalam 7-8 ribu. Nasib baik aku ada INSURANS (Prudential BSN Takafulwhich is Doktor said memang syarikat insurans yang senang nak berurusan...So, sesiapa yang belum ada insurans tu aku memang cadangkan ambil Prudential BSN Takaful (boleh tinggalkan mesej atau email aku...aku ada contact no. agen yang terbaekkk :D)

Kalau ikutkan memang penyakit orang perempuan macam masalah period, mengandung atau bersalin memang insurans tak cover tapi Doktor kata ini masalah internal bleedingso should be no problem. Masalahnya aku tak suka perut aku ditebuk-tebuk, mesti akan tinggalkan parut :( Setakat nak bersihkan rahim tu ok lagi pada aku.

Aku tanya Doktor kalau nak check masalah lain memang kena buat Laparoscopy tu ke? Ya la, kalau dah tebuk-tebuk tapi sebenarnya tak ada masalah juga, so apa cerita? Kiranya pengorbanan aku ditebuk-tebuk tu sia-sia saja? Ishh...aku ni, nak sihat pun banyak berkirakan? Eh, mestilah banyak berkira...kos dah mahal, lepas tu perut berlubang lak tu...huhuhu, camna ni?? 

Aku tak bagilah jawapan lagi kat Doktor nak buat ke tak. Doktor kata kalau nak buat, lepas period aku datang bulan ni, call klinik untuk buat appointment. Akan aku fikirkan lagi...Aku was-was nak buat sebab aku ni bila check tak ada masalah dalaman tapi kenapa aku jadi macam ni? Hei...aku ni tak ingat kuasa Tuhan ke? Astaghfirullah...

Bila dah keluar dari bilik Doktor, aku risaukan pula berapa bil aku kena bayar kali ni...bukan apa, bulan lepas dah kena RM360, kali ni aku risaulah jugak kalau kena RM300 lebih lagi. Alhamdulillah bil aku kali ni RM70 je. RM60 untuk consultation dan RM10 untuk ubat. Mula-mula klinik ni nak charge lebih juga bila tiba-tiba bagi supplement untuk suami aku (vitamin) tapi suami aku tak nak. Aku pun heran, yang ada masalah aku tapi suami aku yang dapat ubat :D. So dia cadang tak nak ambillah supplement tu. Kat situ dah jimat RM70. Bukannya sombong atau berlagak tapi bagi orang yang tak berapa nak berkemampuan macam kami ni, kalau boleh berjimat...silalah berjimat :)

Lepas ni aku kena fikirkan rawatan lain pula kalau masalah aku masih sama. So far sejak makan ubat yang Doktor bagi, period aku agak ok tapi baru sebulan dan itu pun bergantung dengan ubat. Lepas ni dah tak ada ubat, entah macamanalah ya?

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...