Iklan

Thursday 27 September 2012

SUAMI TAK PANDAI MASAK?

Susah ke orang lelaki ni kalau nak suruh ke kedai atau supermarket untuk belikan barang2 dapur?

Suami aku sangat susah! Kufikirkan emak mertuaku pernah bukak kedai makan, anak-anak dia pandailah tentang hal-hal dapur ni rupanya jauh panggang dari api! Kesimpulannya don't judge a book by it's cover! Mungkin suami aku 4 beradik semua lelaki, so memang kejantanan mereka terserlah kot.

Bayangkan suruh belikan sayur kat supermarket pun dia punya merungut dan membebel...belum aku suruh dia memasak lagi. Dulu masa aku mengandung pun kalau boleh dia nak aku masak untuk dia hari-hari. Memang tak kuasalah sebab waktu tu aku masih bekerja, balik dah lewat nak suruh aku masak lagi?? Tak tahu aku punya letih + malas macamana? Kalau nak juga, biarlah aku memasak, dia tolong mengandung untuk aku...boleh? Waktu tu memang masakan gerai menjadi santapan kami...nasiblah! Kalau dia tak sanggup makan kedai, mesti dia dah sanggup nak masak untuk akukan?

Sebenarnya tak syok juga bila suami tak boleh masak ni terutama kalau kita sakit ke apa. Suami aku pernah sekali je tolong masakkan nasi goreng ikan masin untuk aku selama 7 tahun kami dah bernikah ni (sedap ooo dia masak, saja malas la tu. Kalau dia tunjukkan skill dia selalu mesti aku suruh dia masak hari-hari,)

Kadang-kadang macam jeles je tengok suami orang lain yang rajin masak untuk keluarga dia dan pandai ke pasar membeli barang-barang dapur. Suami aku ni kalau aku suruh tolong ke supermarket (belum suruh ke pasar lagi) belikan sayur atau ikan-ikan sikit, sebelum pergi dia akan pujuk aku ikut dia sampai naik migrain kepala aku. Aku ni kat rumah dah macam-macam benda nak buat lagi, nak minta tolong dia sikit pun payahnye!

Kalau dia dah sampai supermarket pula, aku kena prepare dah telefon tu siap-siap dekat dengan aku sebab aku berani kerat jari dia akan telefon aku berkali-kali tanya pasal benda yang dia nak kena beli. Pernah dia telefon aku setiap kali dia kat tempat barang yang aku pesan kat dia. 

Bila kat tempat ikan, dia akan telefon aku tanya nak ikan apa? Macamana nak tengok ikan yang elok? Nak besar mana? Nak beli berapa ekor? Bla...bla...bla...bla...Bila dia ke bahagian sayur pula, dia akan telefon lagi. Nak sayur apa? Nak berapa jenis? Sayur apa yang sedap? Bla..bla..bla..bla..Bila ke bahagian telur telefon lagi. Nak telur brand apa? Harga macam ni okey tak? Bla...bla...bla...bla...dan begitulah seterusnya. (Kadang-kadang aku rasa baiklah aku yang pergi beli sendiri, lagi senang!). 

Aku pesan kat dia, beli je apa yang dia nak makan. Selalunya aku beli barang kat Giant je dan biasalah, ikan-ikan kat situ memang dah standard ikan hok jenis tu je bila-bila masa pergi pun dan suami aku kadang-kadang mengomel juga, asyik-asyik ikan yang sama. Kalau tak nak ikan yang sama, jom kita ke pasar boronglah yang oiii! 

Ada sekali tu dia beli sayur kobis, mak aii besar gedabak! Dalam hati aku dok pikir, kena makan kobis hari-harilah jawabnya sebab yang nak makan pun aku dan dia je, anak tak makan banyak mana pun. Kalau simpan lama-lama, sayur mana tahan. Lepas tu dia beli pula tomato sampai 6-7 biji. Aduhh, aku nak masak sayur apalah dengan tomato yang banyak-banyak ni? Kalau beli carrot ke takpe juga. Tapi aku taklah bising kat dia sebab nanti dia mesti marah aku balik. So, aku redha je lah!

Aku bukan apa, aku nak dia rasa sendiri macamana pengalaman membeli barang-barang dapur ni. Kadang-kadang dia ni bila aku beli barang, dia akan bising lambatlah, kenapa nak pilih satu barang pun lama sangat, kenapa itu kenapa ini....so bila dia beli sendiri, biar dia tahu kenapa aku macam tu dan macam ni.

Anyone punya experience yang sama macam aku? Atau mungkin you all punya husband yang suka memasak. Best tak dapat husband suka memasak? Mesti bestkan!! Owhh...mengidamnya nak punya suami yang suka memasak, bolehlah aku goyang kaki sekali-sekala :(

Monday 24 September 2012

LAMBATNYA...

Esok Afif ada exam. Wah, tadika pun ada exam tau! Aku tak tahu kenapa aku ni, anak baru umur 5 tahun tapi aku nak anak aku cemerlang walaupun nak ambik exam tadika je. Dengan gigih aku dah sediakan beberapa soalan dan latihan untuk dia buat. 

Afif ni satu masalah dia, dia seorang yang lambat bila buat sesuatu. Kalau aku biarkan dia buat seorang diri, mahu makan tahun dia nak habiskan sesuatu kerja. Dari makan, mandi, buat kerja sekolah semuanya dia lambat. Aku rasa kalau kat tadika dia tu memang cikgu-cikgu dah kenal dialah budak paling lambat akan sampai tadika. Bukannya dia bangun lambat (actually lambat jugalah sebab dia sebelum nak betul-betul bangun mesti nak kena urut-urut manja ala-ala urutan Thai) tapi yang membuatkan dia lambat sebab dia makan sarapan pagi tu ya ampunnnnnnnnnnnn....makan setengah jam, padahal makan roti je pun. So, setiap pagi tu aku mesti kena keluarkan juga suara pontianak aku walaupun aku memang tak suka tukar karakter aku yang lemah-lembut ni. :p 

Kalau aku lepaskan dia makan sendiri memang itulah yang akan terjadi. Tapi, jangan kata kalau aku suap dia akan cepat habiskan makanan dia. SAMA jugak! Kadang-kadang masa aku terbuang sebab nak suapkan dia makan. Bayangkan sepinggan nasi dia akan ambil masa paling kurang pun 45 minit untuk habiskan (itu aku yang suap, kalau dia makan sendiri mahu 4-5 tahun nak habis). Dia memang kunyah makanan slow sangat. Kadang-kadang aku risau, anak aku ni ada masalah ke? Perlu ke aku bawa dia berjumpa doktor? Dia jenis yang tak boleh nak buat beberapa kerja dalam 1 masa. Kalau dia tengah tengok TV, aku suap dia makan...makanya makanan tu akan duduk je dalam mulut dia tak dikunyah sebab dia dah bagi tumpuan lebih kat TV tu. Bila kena tegur, dia kunyah kejap tapi lepas tu dia buat balik. Aku memang kena banyak bersabar dengan anak aku ni...

So, kisahnya dia nak periksa ni aku bagilah dia homework sikit. Bukan yang susah-susah pun, cuma aku tulis perkataan dan minta dia salin balik apa yang aku tulis tu. Misalnya, IBU SAYA SUKA MAKAN. Dia boleh ambil masa 2 jam untuk salin balik apa yang aku tulis tu dalam 5-6 baris je. Kalau aku suruh dia salin sampai 10 baris, gamaknya sampai esok pagi dia tak siap. Aku dah cuba letakkan dia dalam bilik seorang diri, konon-konon tak ada gangguan dia akan lebih cepat tapi serupa hampas! Entah apa sebenarnya masalah dia. Satu-satu huruf yang dia nak tulis, dia macam berfikir dulu. Aku memang tak boleh duduk dan tengok dia menulis, sebab kesabaran aku memang teruji. Darah aku naik bila tengok dia menulis. Rasa macam aku nak tolong tulis je untuk dia (tapi homework diakan?). So, aku terpaksa keluarkan suara pontianak aku setiap kali aku tengok dia buat homework.

Aku tak tahulah cara aku ni salah atau pun tak tapi aku dah tak tahu nak buat macamana dengan dia. Dia pun dah nampak makin takut bila aku suruh buat homework tapi aku tak suka marah, cuma dia selalu naikkan darah aku. Bila aku tegur elok-elok, dia ikut sekejap je dan lepas tu dia macam lupa apa yang aku tegur. Kalau aku tegur, 'Afif, tulis tu kecik-kecik sikit'...dia akan ikut masa aku tegur je. Lepas tu dia tulis balik besar-besar anak gajah. Masalahnya, bila dah besar-besar tulisannya, perkataan-perkataan yang lain nak letak kat mana pula nanti? 

Aku cuba cool down dengan cakap pada diri aku sendiri, biarlah dia baru 5 tahun tapi kadang-kadang aku terfikir juga yang budak-budak ni dari awallah kita nak latih dia. Esok kalau dia dah besar dan kita masih biarkan mungkin dia dah tak boleh nak terima arahan lagi. Bukannya aku tak bagi dia kebebasan nak bermain. Aku tak pernah pun paksa dia belajar tiap-tiap hari, cuma bila ada kerja rumah yang cikgu dia suruh buat, aku akan minta dia buat kerja-kerja rumah dulu. 

Cikgu dia pernah bagitahu aku yang Afif selalu tak buat kerja rumah. Aku sedar, kadang-kadang silap aku juga. Aku biarkan Afif berehat dan bermain dulu bila dia balik dari tadika sebab aku tak nak dia rasa terbeban sangat dengan belajar (ala, budak lagi takkan aku nak paksa dia duduk membaca je). Biasanya dah malam, bila dia dah mandi dan segar baru aku suruh dia duduk buat kerja rumah. Masalahnya, Afif ni kadang-kadang dah petang buta (pukul 6-7 ptg) baru dia nak tidur, jadi bila dia tidur tu terus la sampai ke pagi esok. Bila pula masanya dia nak buat kerja sekolah? 

Aku harap Afif tak akan ada masalah dalam pelajaran sebab itulah satu-satunya anak yang aku ada. Kalau berjaya dia, sejuk perut aku tapi kalau gagal dia dah tak adalah anak lain yang boleh aku nak harapkan lagi. Syukur, Afif sekarang dah pandai membaca cuma masalah lambat dia tu yang aku perlu tunggu dan lihat lagi. Yang aku tak faham, kalau bawa berjalan, dia tak pula berjalan lambat tapi dia berlari pula tu. Rasanya tak pernah lagilah aku bawa dia keluar kemana-mana, dia berjalan biasa macam budak lain, dia mesti nak berlari atau melompat. Kadang-kadang aku terpaksa kejar dia sampai mengah-mengah mama nak oii sebab dia kalau dah berlari tak toleh belakang dah. Dia tak peduli berapa jauh dah dia tinggalkan mama & abah dia. Kenapa Afif macam tu ha? Cuba menulis, makan, mandi pun Afif cergas dan pantas macam tu, senang sikit hati mama.


Tuesday 18 September 2012

TAMPAL GIGI

Minggu lepas (12/9/2012) masa Afif ada lawatan tadika ke Pusat Sains, aku dan suami curi masa untuk ke klinik kerajaan  nak tampal gigi sebab lawatan tadika Afif sampai ke petang, jadi taklah terkejar-kejar nak ambik dia balik sekolah nanti. Tapi pergi je sana, sekali cuma dapat appointment nunnnnn 4/10/2012 nanti! Gamaknya bagi orang yang tak berkemampuan (aku pun taklah mampu sangat) tapi memang sakit gigi giler-giler, memang confirm boleh meroyan la, tak pun mati dulu (ada tak kes orang mati sebab sakit gigi?).

Mula-mula aku ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh (suami aku ajak ke sana sebab dekat sikit dengan rumah). Aku dah sedikit happy sebab tengok tak ramai orang sangat. Masa nak ambik nombor giliran, sorang pembantu klinik tu tegur aku..."akak mengandung tak?". Aku terpinga-pinga jugak...orang mengandung tak boleh cabut gigi ke? Aku gelenglah kepala. Lepas tu dia kata, hari ni (Rabu) untuk kes orang mengandung je.  Laaa.....iye ke??? Ada pulak hari-hari tertentu kita nak kena pergi? Maknanya kena cakap la kat gigi sendiri jangan sakit hari rabu sebab klinik hari Rabu untuk orang mengandung je! Rupanya untuk orang awam Hari Khamis je! Dalam 5 hari tu, hari Khamis je untuk orang awam? Rasanya orang awam yang paling banyak sakit gigi pun, buatlah 2 hari ke untuk rawatan. (Aku dan suami pun balik dengan hampa...sambil balik, fikir nak datang ke tak esok? Kalau datang, mesti ramai punya. Silap-silap doktor main cincai je tampal gigi aku.) 

Dalam perjalanan nak ke kereta, suami tanya nak ke Klinik Kesihatan Jinjang tak? Mula-mula memang aku ajak dia ke sana tapi dah dia kata jauh, so aku turutkan sajalah sebab dia yang nak drive. Aku mestilah nak pergi sebab aku takut tak boleh tahan sakit nanti. Suami aku pun call Jinjang dulu dan tanya klinik buka atau tidak. Kat Jinjang hari-hari pun dibuka untuk orang awam. Orang mengandung pun boleh juga pergi sebab ada sistem no.giliran yang lain-lain (kan senang macam tu). Kami pun terus memecut ke Jinjang. Masa tu dah dekat pukul 10 pagi kot. Mula-mula ke kaunter ambik no. giliran dan bagi IC sebab dia nak cari kad rawatan aku. Aku diminta duduk dulu. Lebih kurang 15 minit dia panggil suruh aku bayar RM1. Lepas bayar, duduk tunggu untuk masuk bilik rawatan pula. Aku pun duduklah menunggu dalam bilik yang sejuk tu.

Nak dekat 2 jam tunggu, akhirnya nombor aku dipanggil masuk ke bilik No. 8 (ada 8 bilik rawatan yer! Bunyi macam banyakla...) Bila masuk, aku disuruh berbaring la atas katil yang ala-ala kerusi tu. Doktor tu periksa-periksa semua gigi aku. Lepas tu dia bagi appointment 12/10/2012. Aku....ha??????? Nak bagi appointment rupanya! 12/10/2012? Sebulan lagi??? Reput dululah gigi aku doktor oiii! Aku kata lamanya! Pembantu dia kata itu yang paling awal ada dan cuma doktor yang ini je yang masih kosong, doktor-doktor lain semua penuh!

Aku buat muka minta simpati. Aku kata sakitlah doktor. Doktor tu cakap kat aku 'kenapa tunggu dah lama sakit baru nak datang?". Ada jugalah doktor yang vangang macam ni! Tapi aku kawal emosi dan balas dengan hati yang mulia, 'saya baru rasa sakit doktor...'. Memang pun aku baru rasa sakit, sebab tu aku baru datang. Kalau aku tahu dah berlubang dan dah lama sakit taklah aku biarkan diri nak menderita sakit gigi tu. Ingat nikmat sangat ke sakit gigi tu? Last-last doktor pun check appointment dia dan bagi date baru, 4/10/12...awal sikit je la pun dari 12/10/12 tu. Katanya sebab kesiankan aku. Yolah tu doktor! Aku percayalah sangatkan!

Last-last, keluar dari bilik tu dan tunggu kad appointment dan belah macam tu saja. So, apa makna aku bayar RM1 tu???? Oh, aku lupa....1 Malaysia! Nak tunggu dapat apppointment yang mana dah buang masa aku 2 jam pun kena bayar RM1. Tak faham aku! Nasib baik balik tu suami bawak aku nonton wayang...hehehe. Dah lama gak tak berdua-duaan dengan suamikan, so rasa bahagialah juga.      

Sakit gigi ni jangan buat main-main. Pada aku sakit gigi adalah sakit yang memang akan membuatkan kita rasa nak hantuk2 je kepala ke dinding. Sakit yang tak boleh ditahan selain dari sakit orang pompuan (period pain). Okey, dipendekkan cerita yang dah panjang, masa 16/10/2012 (Hari Malaysia) tu aku berjalan dengan suami dalam Paradigm Mall yang memang sejuk, gigi aku tak berhenti-henti dok nyut-nyut. Maka, aku terpaksa buat keputusan percepatkan ke klinik. Swasta pun swasta la walaupun sebelum ni aku niat nak gunakan kemudahan yang kerajaan bagi sepenuhnya.

Hari ni, aku dan suami pun dengan gigih keluar pukul 10 pagi ke klinik. Klinik tak jauh sangat, 5 minit je kitaorang dah sampai. Sampai kat sana, dah ada 2 orang dok tunggu giliran di samping 2 orang dah ada dalam bilik rawatan (ada 2 bilik rawatan).

Masa nak daftar, aku tanya dulu berapa kos nak tampal gigi? Katanya dalam RM50-RM80 bergantung pada luas lubang dan jenis tampalan. Dalam hati aku, okeylah! Pembantu doktor tu tanya aku, boleh tunggu ke? Aku tanya balik, berapa lama? Katanya kat situ hari-hari orang ada appointment, so diaorang mementingkan yang ada appointment, bila ada kosong barulah aku punya giliran. (Sambil aku pandang orang yang menunggu cuma 2 orang...aku pun sanggup je nak tunggu. Tak lamalah kot!) So, aku pun duduklah tunggu.

Tunggu punya tunggu dari pukul 10.05 pagi, sampai ke pukul 12 tengahari pun tak sampai-sampai giliran aku. Yang menunggu dengan aku pun ada seorang lagi tak masuk-masuk jugak lagi (so bilanya giliran aku kalau macam ni?). Suami aku pun dari pergi ambik anak aku dari tadika (terpaksa jemput anak aku kat tadika sebab tadika dia habis pukul 12 tengahari), sampailah dia dah datang balik pun aku masih dok melangut tunggu giliran. Boleh tahan klinik ni, macam klinik kerajaan gak nak kena menunggu berjam-jam.

Pukul 1 tengahari baru aku dapat masuk bilik rawatan. Masuk tu dah kena baring atas kerusi tu. 15 minit aku terbaring atas tu, doktor tak datang-datang. Ishhh....apa punya klinik ni??? Last-last aku bangun pi bilik air dulu. Bila aku bangun nak ke bilik air barulah doktor datang tapi aku keluar gak sebab dah tak tahan. 2 kali jugalah aku ke bilik air selama menunggu kat dalam klinik tu.

Bila doktor periksa gigi aku, gigi yang lubang tu dah crack la pulak! Risau je aku bila doktor kata kena buat root canal treatment & crowning (aku cuma bayangkan berapa RM lah pula nak kena habis ni....). Yang paling aku risau doktor kata kalau tak boleh juga kena cabutlah. Rongaklah gigi aku!!!! Dahlah gigi tepi, kalau gigi geraham ke tak apa lagi! Aku berdoa moga semua okey. Doktor pun kata dia akan cuba buat. Nasib baiklah doktor ni okey sikit. Kalau dia pun kepala angin, aku lagilah angin sebab dah 3 jam lebih tunggu dia.

Nak dekat pukul 2 semua dah siap. Aiii...tak lamalah pula. Apsal patient yang pagi tadi sampai 2 jam dok dalam bilik? Sampai masa aku tengah menulis ni, gigi ni aku rasakan masih okey lagi dan aku harap-harap akan terus okey sebab aku tanya tadi rawatan untuk root canal treatment tu je dah RM550 sekali treatment dan treatment tu kena buat 2 kali. Mampus! Tak masuk lagi crowning yang beribu-ribu juga kosnya

Sekian dulu cerita tentang tampal gigi. Pada yang nak menampal gigi, terpulanglah kat anda nak pilih ke klinik kerajaan ke atau klinik swasta. Yang mana berkemampuan, bolehlah ke swasta dan yang kurang berkemampuan, jangan tunggu lama teruslah ke klinik kerajaan mendapatkan tarikh temujanji anda seberapa segera.


Thursday 6 September 2012

AFIF HAIR STYLE...

Aku ni bukanlah nak kata nak sangat anak perempuan. Anak lelaki pun aku tak kisah tapi aku sangat suka dengan rambut budak-budak. Rambut budak-budakkan masih lembut dan halus jadi aku sukalah bila tengok budak-budak yang mana rambut curly-curly macam spring.

Anak aku pun punya rambut yang curly bila dah agak panjang. Tak silap aku, lepas je dia kena cukur rambut masa baby, aku tak pernah potong rambut dia sampai umur dia 3 ke 4 tahun sebab aku sayang dengan rambut curly dia tu. Kadang-kadang...bukan kadang-kadang sangatlah, rasanya selalu bila orang tegur anak aku orang akan panggil dia 'kakak'. Even lepas dia dah potong rambut pun masih juga orang ingat dia 'kakak'. Mungkin sebab muka dia yang soft gitu (jangan soft sampai ke tua dahlah!). Aku rasa muka dia tu turun abah dialah kot sebab abah dia tu nak cecah 40thn pun orang dok ingat 20-an lagi. Siap ada yang kata dia 'babyface'. Uwekkkk...muntah saja tapi tak ada isi. Bukan Afif nak dapat adik pun :p 

Abah Afif sangatlah tak suka Afif berambut panjang. Dia dah beberapa kali bagi hint nak potong rambut anak dia tu tapi aku membantah sekeras-kerasnya!! Itu anak aku, aku penat-penat lahirkan dia, ikut suka akulah nak anak aku gaya macamana...ha ha ha, berlagak tak? Masalahnya aku suka rambut dia curly sebab curly yang soft (bukan curly macam rambut Hafiz AF tu). 

Ramai juga yang membantah Afif berambut panjang termasuk mak aku. Aku bagi alasan, adik lelaki bongsu aku dulu pun mak aku simpan rambut panjang kat dia. Mak aku kata tak apa sebab rambut adik aku tu lurus. Bagi aku sama je, lurus ke kerinting ke tetap dia simpankan panjang rambut adik lelaki aku tu dulu.

Agaknya bila Afif dah dekat nak masuk tadika kot baru aku bagi kebenaran untuk suami aku bawa dia potong rambut. Itu pun lepas dah potong tu, aku rasa sedih sangat sebab tak cantik (ye la bawak pegi potong rambut kat kedai RM6 je). Afif pula takut nak potong rambut masa tu sebab pakcik tu guna mesin. Dia takut dan tak suka mesin tu sebab mesin tu ada bunyi dan panas. Pakcik yang nak kerja senang tu bila dah terpaksa guna gunting, memang tak cantiklah jadinya rambut anak aku!

Sampailah sekarang bila rambut Afif semakin panjang, dah tak boleh nak curly macam dulu. Kecewa aku rasakan dan dia memang dah tak elok langsung kalau berambut panjang, nampak selekeh je. Aku kena siapkan minyak je supaya rambut dia tak nampak serabut sangat. Aku rindu betul rambut lama dia :(

Jom kita layan Afif punya hair styles.....

 Inilah gaya rambut Afif baru nak tumbuh...melentikkan? Auuww...

Inilah rambut dia bila dah lama tak dipotong. Aku rindukan rambut dia yang macam ni :(
Sekarang memang dah tak boleh nak dapat dah rambut macam ni lagi. Mungkin aku kena tunggu dapat baby girl lah pulak kalau nak simpan juga rambut macam ni.

Rambut Afif setelah dipotong. Walaupun macam hensem tapi aku sedih...uwaaa!

Inilah jadinya rambut dia bila dah panjang. Dah tak curly macam dulu. Bersepah je aku tengok.
Yang tu pun aku boh minyak, kalau tak mesti bersepai :D


Wednesday 5 September 2012

AFIF

Apa yang aku ingat tentang Afif sepanjang 5 tahun ni ek? Sebenarnya rasa rugi sebab aku tak buat scrap book tentang Afif sejak dari awal dia lahir. Maklumlah masa Afif lahir dulu, Facebook, Twitter ni belum ada...(kalau ada mungkin aku pun dah terjangkit dengan penyakit sesetengah orang yang nak update setiap 5 minit pasal pregnancy dia atau pun setiap hari mengira hari bila anak nak lahir...uwekk, aku menyampah okey dengan status-status yang sampai setiap hari macam tu, agak-agaklah!). Kalau ada pun mungkin blog tapi masa tu aku tak ada kerajinan nak buat semua tu (lagipun aku ni tak ada masa, balik kerja dah malam. Balik kerja nak buat kerja-kerja rumah pula, lepas tu dah letih ingat nak tidur je. Tak ada masa nak berbelog-belog ni.)

Aku cerita apa yang aku ingat je la....

Aku menyusukan Afif dengan susu badan (breastfeed) sampai umur Afif setahun setengah macam tu. Ada orang yang berbangga-bangga dengan aku sebab 'tutt' dia besar tapi besar pun tak ada makna sebab dia menyusu badan pun tak sampai 6 bulan. Walaupun aku punya 'tutt' tak besar, jangan pandang sebelah matalah oii! Alhamdulillah Tuhan bagi aku kesempatan nak menyusu anak aku sampai setahun setengah tanpa campur apa-apa susu. Susu badan aku taklah banyak sangat tapi produktif la juga. Maksudnya kalau dah sejam menyusu, lepas tu terasa baliklah aku punya 'tutt' tu bengkak balik. Aku stop breastfeed Afif pun sebab dia gigit aku punya 'tutt' sampai luka. Aku tak boleh nak bagi dia menyusu sebab takut bercampur darah pula, nanti kena kuman pula anak aku.

Afif mula bercakap masa umur dia tak sampai setahun pun lagi...aku tak ingat bila tapi lebih kurang dalam 10-11 bulan macam tu. Perkataan pertama dia 'atai' yang bermaksud 'gatal'. Mungkin disebabkan anak aku memang jenis kulit yang tak tahan (alergik), so itulah perkataan pertama yang sesuai untuk dia. Sampai sekarang kulit dia memang tak tahan kalau kena habuk, tanah atau mandi kolam. Lepas tu mesti kulit dia naik bintik-bintik dan gatal. Rumah aku memang wajiblah kena ada krim yang macam bedak sejuk untuk kulit gatal tu.

Afif start berjalan masa dia setahun sebulan atau setahun 2 bulan...lebih kuranglah! Apa yang aku tahu, dia bercakap dulu baru dia berjalan. Afif pula start bercakap, dia tak pelat-pelat. Mungkin sebab kami sekeluarga tak ajar bercakap pelat dengan dia. Budak-budak ni memang suka mengikut, jadi elakkan bercakap pelat dengan anak anda.

Dalam umur 3 tahun Afif dah tunjuk bakat melukis. Tapi, lukisan dia semuanya berkisarkan kegemaran dia je...kereta! Kadang-kadang je dia akan lukis benda lain, macam robot atau watak-watak kartun kat Channel Astro 613 yang dia selalu tonton. Bagi sesiapa yang ada melanggan Astro tu, aku memang cadangkan korang langgan channel kartun tu untuk anak-anak. Memanglah kita akan jadi mangsa kebosanan sebab terpaksa duduk dan tengok sekali kartun tu sampai nak termuntah tapi berbaloi! Bagi yang mampu tu, belilah 1 lagi TV untuk tontonan sendiri. Bukan apa, kartun Channel 613 kat Astro tu sebenarnya memang bagus untuk budak-budak belajar dia punya 1st English Lesson. Kita ni sebagai mak bapak kadang-kadang pun tak pandai nak ajar English kat anak-anak, so biarkan je diaorang tonton rancangan kartun tu, pelan-pelan diaorang akan belajar. Afif pun belajar English words dari situ juga. Kadang-kadang words yang aku pun tak pernah guna dan dengar, dia pula lebih tahu (sampai aku kena bukak kamuslah nak check tapi memang ada words tu...malunya!!).

Watak-watak kartun Jungle Junction dr Channel Astro 613 (kartun kegemaran Afif waktu tu).

Afif pun punya bakat merekacipta. Aku belikan dia Lego, macam-macam benda dia buat dengan Lego tu (walaupun kebanyakkannya hanyalah aeroplain). Sejak akhir-akhir ni dia dah pandai nak guna celotape dengan gunting, maka makin banyaklah benda dia buat dan makin banyaklah sampah yang aku kena kutip. Celotape aku pun dah 3 gulung habis kat dia je tapi tak apa demi untuk mengembangkan kreativiti anak. Kebanyakkan dia guna kertas dan celotape tu untuk tampal kat lego-lego dia dia & kadang-kadang dia buat aksesori untuk kereta-kereta mainan dia (dia memang seorang yang obses dengan aksesori kereta terutama sekali spoiler). Dan jangan tak tahu, game kereta yang abah dia install dalam komputer pun dia dah pandai main sendiri tak payah nak minta tolong orang bukakan (aku heran juga macamana dia boleh baca instructions dalam bahasa omputih tu sebelum start main). Kadang-kadang dia minta tolong aku tapi lepas tu dia yang buat sendiri sebab aku lagi tak tahu macamana nak main game tu...mama yang hampeh! :D

 Inilah rupa aeroplain yg Afif hasilkan...

Ini adalah helicopter (semua ni Afif buat sendiri tanpa bantuan sesiapa masa umur dia 3-4 thn)

Ini sebenarnya motorsikal tp tayar belakang entah ke mana :D

Ini robot! Ini bila Afif dah bijak sikit, dah pandai guna celotape, so habislah 3 gulung celotape mama untuk dia guna pada ciptaan-ciptaan dia :(

Masa 1st day masuk tadika (rasanya awal bulan Januari 2012, genap-genaplah Afif 4 tahun), Afif dah tak pakai pampers (Jimattttt duit laki aku!). Afif dah pandai bagitahu nak ke tandas sedangkan sebelum ni kalau nak terkencing, lepas dia dah kencing dalam seluar baru nak cakap. Dia pun dah ada perasaan malu sebab dah sekolah, dia dah tak nak pakai pampers. Abah dia pun selalu dok ejek-ejek dia dan bandingkan dengan kawan-kawan dekat sekolah, sebab tu dia terus bersemangat kuda tak nak dah pakai pampers.

Sekarang Afif dah 5 tahun (sebenarnya baru 4 tahun lebih sebab harijadi dia bulan 12 ni baru dia 5 thn), dia dah boleh membaca sikit-sikit. Cuma bila perkataan bahasa inggeris tu dia punya pronounce tu tak berapa betul sangat sebab english ni eja lain, sebut lain. Yang tu kita kena betulkan dia.

Ini Afif tulis sendiri dan mama tolong sebut je kat dia nak tulis apa. 

Cuma sepekara yang Afif belum tinggalkan lagi sekarang ni...botol susu! Walaupun dia cuma perlukan botol susu bila nak tidur je (tak kiralah tidur siang ke, malam ke), sebelum tidur nak lali-lali tu mesti dia nak gonggong botol susu. Yang tu aku harap-harap dia akan lepaskan pelan-pelan la, aku tak nak paksa pun sebab senang juga nak bancuh susu dalam botol berbanding dalam cawan lepas tu nak tunggu dia minum dalam cawan sampai berjam-jam...oh, tidak!!!


Tuesday 4 September 2012

5 TAHUN SUDAH BERLALU...

Sebenarnya entry-entry sebelum ni adalah kisah lampau yang aku cuba kenang balik. Hari ni dah lebih 7 tahun aku berumahtangga dan dah hampir 5 tahun Afif dilahirkan. 

Sekarang mari kita kembali ke zaman ini...Sebenarnya pada tarikh ini, 4hb September 2012, aku ada temujanji dengan doktor pakar, Dr. Hamid Arshad di klinik beliau di Plaza Damansara. Temujanji tu petang sebab pagi aku tak boleh ke mana-mana sebab Afif sekolah.

Apa masalah yang menyebabkan aku terpaksa membuat temujanji dengan Dr. Hamid ni? Aku ada masalah irregular period. Aku dah telefon klinik untuk buat temujanji sebulan sebelum tu. Masalah period aku ni complicated sangat. Kejap tak datang, kejap datang lama sangat, kejap kerap datang, kejap datang dengan banyak, so aku dah fade-up tak tahu apa masalahnya.

Bila sampai ke Plaza Damansara tu, masalah utama adalah parkinglah! Kawasan tu memang susah nak dapat parking, so sesiapa nak ke sana kenalah datang awal sejam rasanya untuk cari parking. Sementara suami aku sibuk cari parking, aku dan anak naik atas dulu untuk mendaftar. Biasalah, lepas mendaftar kenalah ada proses menunggu. Bila dah tunggu sekejap, pembantu doktor yang nak daftarkan nama aku tu panggil sebab nak buat temuduga sikit tentang sejarah perubatan aku (ini hanya untuk pesakit-pesakit baru macam aku je). Bila dah selesai semua, dia minta aku tunggu balik. 

Lebih kurang sejam dok tunggu barulah sampai turn aku. Aku pun melangkah ala-ala catwalk menuju ke bilik doktor sambil diikuti oleh suami dan anak. Bila masuk tu, doktor ingat aku nak buat rawatan kesuburan (which is memang ada dalam perancangan tapi let's settle my problem first). Bila aku dah bagitahu yang aku ada masalah dengan period dan story-mory sikit-sikit masalah aku, doktor suruh aku buat scan.

Bila doktor scan, doktor kata rahim aku tak ada masalah cuma dinding rahim aku tebal dan dia pun explain tentang 2 jenis hormon yang ada pada wanita yang mana kalau tak balance akan menyebabkan darah haid kita tak akan turun atau akan turun tak berhenti-henti. Aku fahamlah juga sikit-sikit. Nak habis scan, dia terjumpa pula satu telur yang tengah matang dan mungkin akan menetas pada bila-bila masa. So, dia cadangkan aku ambik pil which is Norculut yang mana kalau aku hamil pun dalam tempoh tu pil ni tak akan bawa apa-apa kesan.  

Then, doktor set appointment lagi untuk next month sebab dia minta aku buat ujian darah pula dan bulan depan datang untuk tengok result darah aku. So, keluar dari bilik tu, aku terus diambil darah sebanyak 1 tabung uji. Ngeri pulak tengok darah aku hitam pekat je. Jarum nak ambik darah memang besar ya puan-puan tapi aku tak rasa sakit pun. Kalau kena dengan orang yang pandai cari urat kita memang tak sakit.

Masa nak buat pembayaran, aku dok budget dalam RM200-RM250 je kot bilnya. Sekali tengok RM360 daaa....adusss, mahal giler! Nasib baik aku dah bayar deposit melalui online sebelum ni sebanyak RM100 (bagi yang confirm nak datang masa tarikh temujanji, kena bayar deposit RM100. Diaorang akan hantar email untuk maklumkan kita), so suami aku kenalah keluarkan lagi RM260 dari poket dia. Mujur cukup! (Sian suami aku...)

Okey, aku listkan apa yang sebenarnya aku dah bayar....

1. Consultation Fee (1st visit) RM150 (2nd visit aku tak tahulah mahal gak macam ni ke tak.....)
2. Scan RM50
3. Blood Test RM150
4. Medication RM10    

Fuhhh....gigil-gigil gakla tangan nak hulur duit sebanyak tu untuk perkhidmatan yang tak sampai 5 minit :(
Tapi, kesihatan kita pun penting jugakkan? Jadi, kita kena redha...baru rawatan yang kita buat ni akan berbaloi (ayat nak sedapkan hati sendiri...)

DIJAHIT HIDUP-HIDUP??

Kalau baca tajuk kat atas tu rasa ngeri tak? Eiii...aku memang tak mau ingat dah pengalaman tu tapi sebab nak berkongsi cerita dan berkongsi rasa, aku terpaksa mengingati semula saat-saat ngeri itu.

Ini adalah sambungan dari entry aku yang sebelum ni. Kan aku dah cakap nak cerita pasal hospital berhantu tu...Jangan suspen pulak! Bukan ada hantu kat hospital tu cuma pengalaman di hospital tu meng'hantu'i fikiran aku selama ni.

Selepas aku dah selamat melahirkan Afif (secara normal & kenalah potong sikit), jadinya terpaksalah dijahit. Sebenarnya lepas meneran tu aku rasa mengantuk dan letih sangat-sangat macam kena dadah (sebab aku lalok macam tak boleh nak fikir apa dah). Sebelum jahit, doktor ada bagi aku suntikan kat dua-dua belah peha aku. Tapi, bila saja jarum jahit mencecah kulit...erkkkk! Apa ni? Aku boleh terasa jarum tu masuk ke dalam kulit aku, lepas tu aku boleh rasa pula doktor tarik benang tu dan benang tu lalu kat kulit aku...ngilu! Aku masih boleh rasa ngilunya.

Doktor cakap kat aku, yang belah dalam ni nak jahit sakit sikit tapi penipu besarlah doktor tu sebab kat mana-mana dia jahit pun aku tetap sakit. Ubat bius tak jalan ke atau doktor ni salah cucuk ubat kat aku ni? Untuk pengetahuan semua, proses dari aku masuk hospital sampai melahirkan semua diuruskan oleh doktor-doktor pelatih sebab UiTM kampus Selayang tu kan ada kursus kedoktoran so bakal-bakal doktornya semua buat praktikal kat hospital tu. (kiranya macam aku dijadikan bahan ujikaji diaorang jugaklah! Ciss...)

Sepanjang tempoh dijahit (rasanya sejam lebih juga) memang aku tak terasa kebas langsung. Maknanya memang aku dijahit hidup-hidup! Cuba korang ambik jarum dan benang dan cuba jahit kulit korang, apa rasanya? Sampaikan aku ketap bibir dan menggeletar tangan-tangan menahan sakit. Doktor tu bukan nak tanya, aku tak rasa ubat bius ke apa, dia boleh marah lak kat aku! Dia kata jangan keraskan badan. Hangguk-hangguk geleng-geleng punya doktor! Dah sakit, macamana aku tak keraskan badan? Memang aku rasa nak naik kaki je sepak muka doktor tu. Aku cakap kat doktor tu, 'sakit doktor...'. Dia boleh pulak jawab, memanglah sakit sikit. Aii...kalau dah bius mana nak rasa sakit doktor oii. Kau bius aku ke tak tadi? (Masa dijahit, suami aku tak dibenarkan berada kat dalam dewan tu. Kalau dia ada, rasa-rasanya dia akan menangis tengok aku menahan sakit tu....)

Lepas aku kena jahit tu, barulah doktor yang betul (bukan pelatih) masuk untuk periksa hasil kerja anak buahnya. Aku terdengar-dengar juga macam doktor tu cakap doktor pelatih yang potong luka aku tu tersalah potong. Macam tersenget sikit ke macamana. Sahlah aku memang menjadi mangsa ujikaji :(

Sebenarnya aku malu nak cakap tapi aku terpaksa cakap jugak...aku menangis waktu tu. Bila mak aku masuk tengok aku menangis, dia ingat aku menangis sebab sakit bersalin. Bersalin tak sakit mak oii, yang sakit tu kena jahit dengan doktor bengong dan belajar tak habis lagi tu (gamaknya!) Lepas tu mulalah mak aku dok berkompromi dengan nurse yang ada kat situ 'ha, sekarang baru tahu macamana sakitnya nak beranak' dan nurse tu pulak menjawab 'jangan melawan mak lagi, susah nak beranakkan kita dulu-dulu.' Adoii, aku takde masa la pulak nak dengar kata-kata perangsang tu pada masa aku tengah menahan perit dan marah pada doktor tadi tu. (Sebenarnya aku ada interview doktor tu tadi. Rupanya dia belum kahwin lagi. Patutlah! Macamana kau nak rasa dan tahu sakitnya kena jahit kalau kau sendiri pun tak kahwin lagi! Memang aku maki dalam hatilah kat doktor tu!) 

Okey, kita lupakan kes jahit-menjahit tu. (Kalau cerita jahit baju nak raya ke, okey la jugak!) Sekarang kita cerita pula lepas dijahit (semasa aku berpantang). Untuk pengetahuan korang semua jugak, luka jahitan aku yang sepatutnya seminggu dah boleh kering dan sembuh, ambik masa sampai sebulan tak sembuh-sembuh! Itu pun aku ke doktor pakar untuk periksa, kalau aku tak periksa, rasanya tak sembuh sampai ke sudah!

Doktor pakar yang check aku tu kata ada lebihan daging terkeluar dari celah-celah jahitan tu, sebab tu luka aku tak kering-kering. Ha??? Sekali lagi aku maki doktor pelatih tu dalam hati (asyik kena maki dengan aku je lah kau doktor pelatih oiii). Doktor pakar tu tanya aku, kenapa tak pergi balik ke hospital tu biar diaorang tahu apa yang diaorang dah buat. Senang je aku jawab, 'saya serik, doktor!'. Betul apa aku jawab tu. Memang aku serik! Kalau aku nak beranak lagi lepas ni, mungkin bukan ke Selayang lagi. Tak fikir lagi hospital mana sebab tak ada tanda-tanda pulak nak mengandung lagi :D

Alkisahnya, luka aku yang tak sembuh tu telah diberi ubat oleh doktor pakar tu untuk mematikan sel-sel daging yang terlebih tu. Maknanya bila sel-sel tu dah mati dan kering nanti, lebihan daging tu akan tertanggal dengan sendiri.

Oh ya, sebenarnya Afif ni dilahirkan tak silap aku 2 hari sebelum Raya Haji. Mula-mula memang cadang nak la letak nama yang mengingatkan kami pada peristiwa tu. Mungkin nak letak Aidil ke (cam nama laki Rita Rudaini la plak), Adha ke (mmm...cam nama laki Ayu Raudhah pulak dah, tak kuasa aku!). Last-last abaikan sajalah nak letak nama tu. Aku suruh suami aku pilih (aku dah siap bagi list nama-nama yang sempat aku googgle, sebab nak harap suami aku memang anak aku tak bernama jawabnya). Dia ambik masa tak lama, terus dia pilih 'Afif'. Dia ingat nak senang sebab pendek tapi kau ingat bini kau ni tak teringin nak menamakan anak dia juga? Jadi, aku pilih 'Muqri' dan 'Muhammad' tu memang aku nak ada pada nama anak aku. So, suami aku memang membebel-bebel sebab nama anak dia panjang. Dia risau anak dia esok tak sempat jawab soalan periksa sebab menulis nama tak habis-habis :D Ada aku kisah?? Pandai-pandai anak akulah esok macamana. Yang penting nama anak aku tu ada makna dan aku suka maknanya.

Sehari lepas raya Haji, Afif kena masuk wad balik sebab kena kuning (jaundis). Aku pun kenalah menginap di hospital tu juga nak menjaga dia. Korang menangis tak kalau anak kena kuning? Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab emosi aku bertukar lepas bersalin, aku menangis sebab anak aku tak nak duduk bawah lampu biru tu. Aku bukan apa, aku risau dia tak sembuh sebab doktor kata kuning dia tinggi juga dan kalau naik lagi mungkin akan effect ke otak. Suami aku pula tak boleh duduk temankan aku, lagilah aku sedih sebab aku dahlah penat tak hilang lagi, kena pula menjaga anak aku yang asyik menangis tak berhenti-henti. Asal aku letak bawah lampu biru tu dia menangis, terpaksa aku angkat. Nurse ada nasihatkan aku, biarkan je dia menangis. Kalau anak aku menangis manja-manja tu aku bolehlah biarkan tapi kalau dah dia menangis dan meraung sekuat-kuat hati sampai berombak-ombak dada, takkan aku nak biarkan juga? Dia punya bergelut sampaikan tali pusat dia dah tertanggal dalam hari ke-3 atau ke-4. Sebelum anak aku yang bertukar menjadi biru, baik aku angkat.  

Masa dalam wad NICU tu aku sebenarnya risau jugak sebab aku nak breastfeed anak aku tapi tak ada susu. Terpaksa jugalah bagi susu formula yang disuap menggunakan sudu. Anak aku pun tak minum banyak tapi orang kata baby ni beberapa hari tak minum banyak pun tak apa sebab dalam perut dia masih ada makanan. Walau apa pun, aku tetap menyusukan dia sebab nak stimulate susu aku. Lebih dari 3-4 hari jugalah baru susu badan aku nak ada. Itu pun aku sedar bila tiba-tiba baju yang aku pakai basah. Ingatkan terkena air tumpah, rupa-rupanya susu aku dah keluar. Syukur dan gembira sangatlah!

Beberapa hari juga Afif kena tahan kat wad NICU tu. Dalam wad tu hanya ibu dan bapa yang dibenarkan masuk, so mak aku, kakak aku dan mak mertua aku nak tengok pun memang tak boleh. Bila dah discharge, aku perhatikan kulit anak aku dah bertukar gelap macam terbakar (aku ingatkan tertukar anak dengan anak orang India ke apa). Mungkin kesan dari duduk bawah sinaran lampu biru yang panas tu. Tapi mujur sekarang dia dah tak segelap tu :)  

Fuhh...sebenarnya bukan senang nak menjadi seorang ibukan? Seksa juga. Puas bergelut! Tapi, semua tu hanya ujian kecik dari Allah dan aku bersyukur Tuhan tu masih bagi peluang aku merasai semua tu. Dan bagi yang masih ada ibu, hargailah ibu anda sebaiknya sebab tanpa mereka, anda tak mungkin dapat meneruskan hidup kat atas dunia ni.

LAHIRNYA MUHAMMAD AFIF MUQRI

Sebenarnya hari ni ada benda yang aku nak ceritakan tapi nampaknya entry pasal Afif belum habis lagi, so aku proceed dulu dan nanti-nanti aku ceritakan apa sebenarnya yang aku buat pada tarikh hari ini.
  
Kisah bermula di Hospital Selayang...

MUHAMMAD AFIF MUQRI dilahirkan pada 18/12/2007 di Hospital Selayang. Dia dilahirkan pada waktu Maghrib, lebih kurang pukul 7.21 malam. Berat dia cuma 2.55 kg je tapi alhamdulillah sihat.

Sebenarnya aku dijangka bersalin pada 31/12/2007, betul-betul hujung tahun! Mujur tak bersalin tarikh tu...kalau tak, rugilah anak aku. Kenapa aku kata rugi? Sebabnya, bagi kawan-kawan dia yang lahir awal tahun dapat bermain dan hu..ha..hu..ha dalam tempoh yang lebih lama berbanding dia. Bila umur 7 tahun dah kena masuk sekolah tapi anak aku yang sepatutnya kalau dikira dari segi bulan masih umur 6 tahun tapi dia pun dah kena masuk sekolah juga...macam rugi setahunlah kiranya! Tapi semua tu tak berapa pentinglah sebenarnya (saja nak buat havoc :p)

Pengalaman bersalin ni adalah yang pertama buat aku. Sebelum bersalin aku memang tak tahu macamana sakit yang bakal aku lalui tapi aku taklah pula takut malah excited nak berjumpa dengan putera aku ni. Dengar dari mulut orang, sakitnya nanti macam nak buang air besar tapi tak boleh. Mmm...honestly aku pernah gak lalui pengalaman tu :D

Pada 18/12/2007 tu sebenarnya aku ada check-up kat hospital tapi bertukar menjadi hari aku deliver pula! Sebenarnya aku dapat tanda air ketuban pecah. Masa tu lebih kurang pukul 4 pagi, tengah sedap-sedap aku tidur, tiba-tiba rasa ada air keluar (ingatkan mimpi mandi sungai ke sampai terkencing-kencing). Aku pun bangun nak ke bilik air tapi bila aku berdiri je, menitik-nitik air atas lantai. Aku mula pelik, apsal aku tak rasa nak kencing tapi sampai menceceh-ceceh air ni? Tak pe, aku terus juga ke tandas. Bila aku duduk atas mangkuk tandas tu, air keluar lagi dan banyak juga...non-stop pulak tu. Ini tak boleh jadi!

Aku terus kejutkan suami aku. Aku kata air dah pecah. Suami aku ni pula memanglah zero! Dia memang tak tahu apa-apa pasal orang perempuan ni sebab adik-beradik dia 4 orang semua lelaki! Last-last dia suruh call mak aku dan tanya nak kena buat apa (dalam hati aku kata pergi hospital je lah! Kang terberanak kat situ siapa nak sambut? Tapi aku pun was-was jugak, kena tunggu dulu sampai sakit atau dah boleh pergi hospital?) So, aku dengan muka tak malu pun call mak aku pagi-pagi buta tu.

Mak aku angkat telefon dengan suara orang tengah tidur. Dia marah aku, dia kata pergi hospital terus, jangan tunggu-tunggu! Ha, kan aku dah cakap pergi hospital! (Cakap dalam hati je pun :D) So, memang tak sempat nak mandi bagi wangi-wangi dah pun, terus aku dan suami bersiap ringkas-ringkas dan capai beg baby untuk ke hospital. Dari rumah aku nak ke hospital tu kalau ikutkan waktu yang masih hening tu taklah lama mana, lebih-kurang 20 minit dah boleh sampai (tapi kalau waktu sibuk, 30-45 minit pun boleh cecah).

Sampai hospital lebih kurang pukul 5 pagi. Terus ke dewan bersalin dan mendaftar. Aku masih relaks lagi sebab tak sakit. Kena duduk dulu untuk tunggu doktor periksa laluan baby tu. Biasalah, hospital gomen kan, tunggu tu adalah lebih kurang setengah jam jugak! Aku dahlah letih dan mengantuk. Lepas tu, masuk dalam bilik untuk diperiksa. Doktor yang datang nak periksa aku tu rasanya doktor pelatih sebab muka pun muda je. Dengan muka baru bangun tidur dan mulut Ya Allah! punyalah wanginya, dia datang check aku (mujur aku tak pengsan kat situ) dan pecahkan air ketuban aku. Basahlah kain yang aku pakai tu dan kain itulah yang aku pakai juga sementara nak tunggu masuk wad. 

Lepas periksa tu kena tunggu lagi. Punyalah lama aku duduk menunggu kat situ (kalau bagi katil tak apa jugak!), aku teramatlah mengantuk dan perut pun lapar. Aku tak pasti tunggu apa, rupanya tunggu nak masuk wad. Aku ni dah lenguh pinggang dan terbayang katil je untuk aku baring. Dalam pukul 10 pagi agaknya barulah aku di bawa ke wad (katanya tak ada kosong sebelum ni). Giler lama! dari pukul 5 pagi aku kat situ sampai pukul 10 pagi! 5 jam tu!! Akak dahlah tengah sarat Dek Non oii...Inilah yang aku malas dengan gomen, apa-apa pun mesti nak suruh kita tunggu jugak. Tak kiralah kau sakit nak mampus ke apa ke, tunggu tetap tunggu!   

Aku masuk wad kelas 2. Satu bilik ada 4 katil. Masa aku masuk, sebelah katil aku ada seorang kakak tu dah bersalin dan tunggu nak discharge je. Disebabkan langsir dia tutup, aku cuma dengar baby dia menangis dan dia layan dengkur :D. Tak lama lepas tu suami aku kena halau keluar sebab dah habis waktu melawat. Aduh! Walaupun aku letih nak tidur je tapi aku berharap sangat suami aku ada kat situ menemankan aku tapi tak boleh. 

Tak lama lepas tu, ada seorang lagi cina masuk kat katil depan aku. Cina depan aku ni kena contraction teruk giler. Aku dengarlah dia dok merintih-rintih sambil mak dia dok tolong urut-urut belakang dia. Lepas tu bila dah lama sangat dia dok menangis-nangis tu, laki dia panggil doktor. Bila doktor check baru bukak 1cm, so dia kena marah sebab dok meraung-raung macam tu. Aku? Oh, aku dok melayan nasi hospital dengan sup ayam...ha ha ha! (sampai sekarang aku dok terbayang kehebatan sup ayam tu...org lain msti tak suka makanan hospitalkan? Tapi aku suka sangat!!) Tak tahulah, aku ni sakit tu sakit jugalah. Kadang-kadang sakit tu akan datang menyengat dan aku tahankan je tapi lapar pun lapar jugak. Habislah nasi tu aku kerjakan! Doktor dan nurse siap tanya aku, 'awak ni tak sakit ke?'. Aku kata aku sakit tapi taklah berapa sakit sangat. Mungkin aku pernah kena period pain yang lebih hebat dari sakit ni (sampai berpeluh-peluh, nak pengsan & merengkuk-rengkuk aku dalam selimut). So, contraction pain yang memintal-mintal urat perut aku ni aku rasakan manja-manja je lagi. Cuma bila aku tak tahan sangat, aku akan baring dan cuba tidur.

Sebelum masuk dewan bersalin, wajib kena makan pil untuk keluarkan semua isi perut kita, so tak adalah time kita meneran nanti terkeluar sekali dengan yang tidak sepatutnya! Lepas makan pil tu, automatiklah aku nak ke tandas. Habislah keluar balik nasi dan sup ayam yang aku telan tadi :(

Doktor akan kerap juga datang untuk periksa bukaan kita sampai kita naik tak lalulah nak mengangkang...opss! :p Dan bila laluan aku dah buka ke 6cm tak silap aku, terus aku kena bawak ke dewan bersalin. Dalam pukul 5 ptg jugalah aku ke dewan bersalin. Kat sana sempat lagi suami aku snap gambar aku dok baring atas stretcher yang keras tu.

Entah macamana pula tiba-tiba tekanan darah aku naik tinggi masa kat dalam dewan tu. Doktor suruh aku relaks, jangan takut tapi masalahnya aku tak takut pun, tak stress pun. Kenapa tiba-tiba boleh darah naik tinggi? So, terpaksalah aku telan sebiji pil nak stabilkan dulu tekanan darah aku. Kalau tekanan darah tinggi gak, camna nak bersalin nanti? Tak lama lepas tu alhamdulillah semua back to normal.

Kat tangan aku dah dicucuk jarum untuk masukkan air dan nurse tanya nak ambil epidural ke? Aku tak nak sebab aku rasa tak sakit sangat tapi suami aku dah tercakap nak so, kenalah juga ambil epidural tu tapi aku tak ingat aku disuntik tang mana...(maklumlah urat dah banyak putus).

Tak silap aku lepas-lepas ambil epidural tu yang aku terus rasa perut aku dok berombak-ombak. Memang betul ada rasa nak buang air besar tapi macam keras dan tak mau keluar. So, aku dah tak boleh duduk diam, aku meronta-ronta kat situ. Terus suami aku panggil nurse dan doktor. Bila doktor periksa, dah buka 10cm terus dia suruh aku teran.  

Banyak kali juga aku meneran tapi tak juga boleh-boleh. Sebenarnya cina depan katil aku tu dah masuk dewan bersalin juga. Dia bersalin awal dari aku. Aku sempat dengar dia meneran nak bersalin...macam senang je! Bila time aku, susah pula! So mungkin bagi yang sakit sebelum bersalin, akan mudah meneran dan yang tak sakit ni susah sikit nak meneran? Wallahualam! Aku dah kena marah dengan nurse sebab dok jerit (bukan jerit melalak tu, cuma suara aku meneran tu ala-ala nyaring sket :D) dan sebab aku dok tarik nafas masa meneran. Ada aku kisah? Aku dah semput, mestilah aku nak bernafas...ha ha ha!

Tapi, syukur, akhirnya lahir juga putera aku. Bila Afif keluar je, dan nurse hulur kat aku, aku cium dahi dia yang masih sejuk. Pertama sekali aku nak tengok macamana rupa anak aku dan mata aku terus tertancap kat hidung dia yang penyek & kembang macam hidung aku. Adoii! Awatlah hang tak ikut hidung pak hang hat tinggi tu Afif oii?? Tak apa, itu semua tak penting, yang penting anak aku sempurna dan sihat.

Next entry aku akan cerita peristiwa ngeri yang aku lalui di hospital berhantu ni yang membuatkan aku serik nak beranak kat sini lagi...next entry ok!         

Monday 3 September 2012

INDAHNYA MASA MENGANDUNG

Ahaaa....ini kisah semasa aku mengandung pula. Trimester pertama, kedua & ketiga. Proses melahirkan insyaalah dalam entry selepas ini.



Alhamdulillah, dalam trimester pertama mengandung ni aku tak alami alahan yang teruk-teruk sampai tak boleh bangun atau muntah-muntah sampai lesu badan. Aku tak alami loya-loya mahu pun mutah-muntah, cuma aku tak boleh gosok gigi lama-lama dan gosok dalam-dalam sangat. Ha, kalau buat juga memang mengundang padahlah sebab masa tu lah aku akan luahkan segala isi perut. So, bila gosok gigi aku gosok sekejap je dan gigi bahagian depan je yang dapat belaian lebih dari aku. Gigi yang belakang-belakang tu aku mintak maaflah...tak dapek den nak nolong!

Sepanjang mengandung ni juga aku terpaksa ubah menu breakfast aku hari-hari. Selalunya tekak 'omputih' aku ni makan roti je sapu peanut butter. Sebenarnya malas nak buat sarapan, itu yang paling senangkan? Tapi bila dah mengandung, secubit roti pun tak boleh nak masuk dalam tekak aku ni. Aku rasa loya. Tekak aku cuma menerima nasi lemak je sepanjang aku mengandung sampai melahirkan. Mujurlah badan aku tak berlemak-lemak sangat. 

Paling aku loya + nak termuntah time ni bila bau orang menumis, hatta aku sendiri tak membenarkan diri aku menumis (so, selalunya aku suruh suami aku beli kat luar je sebab banyak masakan orang-orang kita ni nak kena menumis). Baru aku percaya yang orang kalau mengandung memang banyak perkara-perkara pelik terjadi. Dulu aku macam tak percaya bila orang kata ada isteri tak boleh bau minyak wangi masa mengandung. What a nonsense? Ecehh...ye la, minyak wangi tu! Nama pun wangi, apsal takleh bau lak? rupanya memang betul ada kes, walaupun tak terkena kat aku tapi aku pun tak boleh bau juga...cumanya bau tumisanlah! Kalau tak mengandung, bukan main sedap lagi kalau kita bau orang menumis nak buat tomyam atau rendang ke, tapi pada aku time tu memang giler busuk sampai pening kepala!

Selebihnya, sampai 9 bulan aku okey dan sihat. Tak ada masalah darah tinggi atau kencing manis. Aku juga aktif dan rajin bergerak masa mengandung. Kat pejabat aku tu, kena angkat fail berat-berat dah biasa. Ada yang larang aku angkat, tapi aku buat juga. Takkan nak mengada-ngada buat orang menyampah pulak. Oh ya, lupa nak cakap...kita ni kalau susah nak lekat lebih baik awal-awal pregnant tu kita tutup mulut kita dari hebohkan pada sesiapa kecuali orang-orang tertentu macam mak atau suami kita je. Bukan apa, kita tak tahu hati orang ni macamana. Mana tahu ada yang busuk hati, dibuatnya sesuatu kat kita...macamana? Aku cuma bagitahu pada sorang kakak kat pejabat aku masa aku dah 4 bulan, itu pun sebab aku risau jadi apa-apa kat aku kat pejabat tu takde orang yang tahu aku pregnant. Masa bulan ke-5 baru satu pejabat tahu pasal aku (sebab perut pun dah makin membesar, nak rahsiakan apa lagi?).

Aku buat check-up bulan-bulan kat Hospital Selayang (next entry aku cerita pasal hospital ni....). Selalunya orang akan check-up kat klinik biasa je kan? Aku dapat surat rujukan daripada LPPKN sebab aku dikira special case dan aku minta LPPKN buat surat refer ke Hospital Selayang (hospital tu yang paling dekat dengan rumah mak aku). Check-up hospital ni biasalah, tak lama mana pun...kadang-kadang 5 minit pun tak sampai nak jumpa doktor tapi nak kena tunggu tu sampai 4-5jam. Selalunya aku akan ambik leave. Dapat pula sorang doktor lelaki bangsa India yang aku dah lupa nama dia (sebab dia tu tak mesra alam sangat!). Susah betul aku nak tanya apa-apa kat doktor ni sebab dia tak berapa nak layan...biasalah hospital kerajaan, mana ada masa nak layan soalan-soalan kita sebab kita pergi pun bayar RM5 je :p

Aku ingat lagi kejadian bila aku tanya doktor tu jantina anak aku (padahal aku dah tahu jantina anak aku...2 bulan buat scan kat LPPKN doktor dah detect) dan doktor tu mati-mati tak nak bagitahu. Dia kata takut ada kes orang sanggup bunuh diri sebab stress bila dapat tahu jantina anak. Aku kata itu mungkin bangsa lain tapi orang Melayu tak kisah jantina anak...dia tetap juga tak nak bagitahu. Suka hati kaulah doktor!    

SYUKUR, AKHIRNYA AKU MENGANDUNG!!!


Ini sambungan dari entry aku yang sebelum ni. Sebelum ni kan aku cerita pasal IUI aku yang tak berjaya tu. Lepas tu aku terus stopkan rawatan dengan LPPKN tu (merajuklah kononnya!). Okey sekarang aku nak cerita kisah 2 bulan selepas itu...

Subhanallah...Allah Maha Besar! Sebulan lepas aku datang bulan tu, lepas tu 2 bulan aku tak datang-datang bulan. Aku tak pula nak buat UPT ke apa sebab aku dah fade-up. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali aku terlewat datang bulan dan bila beli pregnancy test tu yang mahal (kalau lebih dr RM1 tu mahallah!), tak pernahnya +ve. Tapi kali ni aku tekad nak beli jugak pregnancy test tu sebab aku rasa kali ni lain. Aku ada simptom-simptom malas, letih (balik keje aku terus tido atas sofa sampai laki aku marah sebab aku dah malas nak gerak hatta nak mandi sekalipun...last-last dia tinggal aku tido atas sofa tu, dia sedap-sedap tidur atas katil. Ada ke patut??), aku pun kerap kencing (tengah-tengah malam dok tidur pun aku tak tahan nak terkencing), kadang-kadang ada titis-titis darah kat panties aku dan pernah aku dok mencangkung nak tumbuk sambal, bila bangun tu aku sakit kat bahagian bawah perut. So, kira banyaklah simptom yang aku tak pernah alami sebelum ni yang buat aku makin was-was.

Di suatu Subuh yang indah sebelum solat Subuh, aku pun buat UPT. Tak payah tunggu 5 minit, terus naik 2 line! Masa tu Subuhkan, aku ingat aku ni tengah mimpi ke apa, tonyoh-tonyohla mata sikit tapi tidak...ini betul-betul, bukan cubaan! Sambil ambik air sembahyang, dada aku berdebar-debar. Dalam hati macam tak percaya lagi dengan result UPT tadi. Lepas sembahyang Subuh, terus aku baca Yaasin 3 kali berturut-turut sebab itu nazar aku. Aku dah bernazar kalau aku dapat tahu aku mengandung, aku nak baca Yaasin 3 kali berturut-turut. Tapi berita ni aku tak kobarkan pada suami aku lagi. Aku nak bagi suprise, tapi pada masa yang sama aku tak tahu nak bagitahu macamana.

Esoknya bila ke pejabat, aku terus ke klinik untuk check air kencing sekali lagi. Bukan apa, untuk kepastian yang lebih lanjut. Dan bila doktor tu sahkan aku dah mengandung 2 bulan (last period aku bulan 3, bulan 5 baru aku check, so 2 bulan dahlah...hujung bln 12 aku dijangkan bersalin) aku memanglah bersyukur sangat-sangat. Akhirnya aku dapat bagi hadiah paling bermakna buat suami aku. Lagipun birthday dia tak lama je lagi, lebih kurang 2 minggu lagi. Mulanya aku cadang nak bagitau dia masa birthday dia je tapi tak tahanlah pula nak tunggu lama-lama. Excited!




Orang pertama yang aku kobarkan berita ni, kepada mak aku. Orang kedua barulah suami aku. Aku ingat lagi masa tu kitaorang ke mamak untuk makan malam. Lepas bersembang-sembang, aku pandang muka dia, aku kata "Awak, saya nak bagitahu ni...saya pregnant!". Muka suami aku terkejut giler. Memang nampak muka dia berubah. Aku tak tahu dia gembira ke, dia sedih ke atau dia tak suka (tak suka?? tak mungkin!!!) Aku tau dia gembira sebab dia yang selam ni mintak sangat kat aku bila nak bagi dia baby yang comel-comel? Tapi, dia gembira sampai tak cakap apa...tak adalah nak kata tahniah (eh, sesuai ke nak ucap tahniah kat bini sendiri? :D) sekurang-kurangnya cakaplah, jaga diri elok-elok ke...makan banyak-banyak sikit ke...ini senyap jee. Cuma dia tanya aku, lepas ni nak kena pergi LPPKN balik ke? Aku kata ya sebab aku dah call dan staf kat sana suruh datang untuk jumpa doktor.

So, itulah kisah macamana susah dan peritnya aku untuk mendapatkan seorang anak. Aku tahu ada ramai lagi kat luar sana yang kisahnya lebih perit lagi dari aku. Ada yang dah berpuluh tahun menunggu tetap tak ada rezeki dan aku telah pun dikurniakan seorang. Walaupun seorang, aku tetap bersyukur sebab anak aku sihat, cergas dan pintar. 

Jadi, buat semua di luar sana tak perlulah kita nak sibuk-sibuk hal orang lain. Tak perlulah kita nak kisah kalau orang tu kahwin tak nak anak ke, anak dia seorang tak bertambah-tambah ke sebab masing-masing punya alasan dan masalah tersendiri. Untunglah buat mereka yang baru kahwin tak sampai setahun dah dikurniakan anak dan untunglah buat mereka yang setiap tahun mengandung. Bersyukur sajalah pada Tuhan atas nikmat dan rezeki yang Tuhan dah berikan. tak perlu sibuk-sibuk nak soal orang lain 'Bila lagi?', 'ha, apalagi...tambahlah sorang lagi!' atau 'beranaklah awal-awal sementara masih muda...'. Bukan setiap insan Allah ciptakan dengan kesempurnaan, bagi yang sempurna tu banyak-banyakkanlah amalan supaya menjadi lebih sempurna.

    

BUKAN SENANG NAK HAMIL RUPANYA!

Entry hari ni nak sambung cerita tentang hamil pulak. Kalau sebelum ni dah bercerita tentang perkahwinanku dengan encik suami, kini tibalah masa nak menceritakan detik-detik nak mendapatkan zuriat kami sendiri pula. Alkisahnya tidaklah sesenang yang disangka :(

Macam yang diwar-warkan sebelum ni, kami bernikah pada 12.3.2005. Setelah setahun lebih menanti, kami masih belum juga dikurniakan zuriat. Hasrat di hati nak tunggu lagi tapi bila memikirkan yang usia aku bukannya makin muda, esok dah makin bertambah umur makin kurang lagi tahap kesuburan aku so dengan hati yang tekad aku telah membuat keputusan untuk membuat temujanji dengan LPPKN. Bagi yang tak tahu LPPKN tu apa, it stands for Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara. Bagi yang duduk luar dari KL aku tak tahulah kat mana diaorang boleh dapatkan rawatan dari LPPKN ni tapi bagi aku yang duduk di KL, aku ke Jalan Raja Laut tu je. 

First thing first, kena call dulu buat appointment...jangan main redah je, confirm kena halau balik! Lepas tu, pihak LPPKN akan bagi tarikh yang kosong. Bila sampai tarikh tu, korang pergilah sana. Kat sana diaorang akan bagi kad kedatangan (next appointment akan ditulis atas kad tu)...dah buat appointment jangan tak pergi pulak! Sia-sia je...Staf-staf kat sana tak makan orang pun. Lagi pun prosedur yang dibuat tak menyakitkan sangat cuma ada sesetengahnya rasa tak selesa juga. Lupa pulak nak bagitau, kalau pergi kena datang laki bini. Bukan bini je datang, laki tak datang. Tak boleh! Sebab tak tahu masalah timbul daripada siapa...so bini pun kena check, laki pun akan disoal siasat. Seingat aku, laki aku dulu takde check apa pun, just ujian sperm je kot (pasal ujian tu aku tak nak cerita, tu korang kena tanya laki aku sendiri...:p)

Aku dah tak berapa nak ingat apa prosedur pertama yang diorang buat kat aku masa kat sana. Tapi aku dulu ada check darah (kena cucuklah yer...walaupun jarumnya besar tapi insyaallah tak sakit :D), kena buat x-ray & ujian HSG (nak pastikan tiub tak tersumbat)...x-ray & HSG ni tak silap aku kena buat kat Hospital Tawakal (Tawakal je la aku...). Yang lain-lain aku tak ingat sebab dah 6 tahun dah cik oiii!

Agak lama jugalah aku buat rawatan kat sana (rasa-rasa 6 bulan lebih) dan banyak ribu jugaklah habis untuk berubat (aku anggarkan RM2k lebih termasuk buat IUI). Setiap kali jumpa doktor mesti buat ultrasound. Ultrasound ni yang aku tak berapa gemar sangat. Ini yang aku kata tak berapa nak selesa sebab setiap kali lepas buat ultrasound tu, 1-2 hari lepas tu mesti aku kena kencing kotor. Sakitnya kena kencing kotor, Tuhan saja yang tahu. Sampai aku rasa aku dah tak nak lagi nak tanggung sakit tu. Kalau scan kat perut je tak apa sebab scan perut ni dia just buat atas perut je tapi ultrasound ni dia akan masukkan kamera kecik melalui alat sulit kita...itu yang aku tak suka.

Oh ya, doktor yang merawat aku kat sana, Dr. Hamizah. Orangnya tak berapa mesra tapi okey jugaklah sebab dia banyak juga bagi explaination. Dari apa yang doktor bagitahu aku, aku tak ada masalah dengan rahim atau pun saluran tiub tapi telur aku tak matang (tak boleh nak menetas). Korang tahulah, kalau benih nak jadi embrio kenalah sperma bercantum dengan telur. Kalau sperma ada tapi telur tak ada, tak bercantumlah benih tu (macamana nak bercantum kalau telur tak menetas? Macamana nak menetas kalau telur tak matang?). Complicated rupanya nak mengandung ni...dulu aku ingat lepas kahwin je boleh terus dapat baby :D 

Kemudian aku diberi ubat kesuburan yang dicucuk di perut dan suamilah tukang cucukkan jarum tu ke perut aku (tak sakit, jangan risau! Atau mungkin suami aku ada ciri-ciri seorang doktor yang bagus?). Sebenarnya lepas ambik ubat ni, kami berdua merancang nak buat IUI. Sajalah nak try kot-kot boleh lekat. Untuk buat IUI, pasangan kita pun kena berusaha juga sebab dia (suami) kena keluarkan benih dia dan disimpan di dalam bekas. Benih tu nanti akan di senarai pendekkan mana yang 'terhebat' untuk disuntik ke dalam rahim isteri (hehehe). Proses suntik IUI ni tak lama pun dan tak sakit, so jangan risau sangat sampai gigil-gigil :P 



Lepas aku buat IUI, aku dan suami pun tunggulah sebulan...ya la, kalau aku tak datang period dalam tempoh tu, bolehlah aku buat UPT nak check air kencing +ve ke -ve. Malangnya, aku datang bulan selepas tu. Memang aku kuciwa sangat-sangat time tu (tapi aku tak menangis la). Suami kata tak apa, kita pergi buat rawatan lagi. Aku yang dah kecewa & memikirkan sumber kewangan pun dah tipis sebab rawatan-rawatan tu terpaksa menolak. Aku kata aku nak rehat dan tak nak fikir apa-apa dulu (macamana aku tak nak fikir kalau setiap masa aku memikirkan benda ni??? Uwaaaa).

Lepas tu, aku cuba +ve kan diri aku. Kalau ada rezeki tu nanti, ada la....Sebenarnya terus-terang aku tak kisah lambat dikurniakan zuriat tapi orang sekeliling yang buat aku stressssssss! Macam entry aku sebelum ni, orang yang kepoh-kepoh ni memang suka bertanya macam-macam hal peribadi kita dan dia tak sedar benda tu sensitif pada kita. Kadang-kadang aku tak tahan, aku cerita juga kat suami. Dia cuma suruh aku sabar dan jangan ambil kisah sangat (masalahnya macamana aku tak nak kisah kalau pasal anak orang akan tanya aku? Jarang pula orang nak tuju kat laki aku tanya pasal anak...). Aku pun dah naik fobia nak ke majlis-majlis yang ramai orang. Paling tidak mesti terselit 1 soalan pasal anak...eiiiii, bencinya! Suami aku ni pula ada sorang mak sedara yang memang kalau nampak muka aku mesti nak tanya 'Bila lagi?'. Kadang-kadang aku malas juga nak ke rumah mak sedara dia tu tapi memikirkan dia mak sedara laki aku, aku gagahkan jugalah walau di dalam hati merana.

Nanti aku sambung lagi pasal kisah ni...panjang sangat pula aku baca. Tunggu next entry yer!


Sunday 2 September 2012

KAHWIN SUSAH, TAK KAHWIN PUN SUSAH!

Apa yang aku maksudkan dengan heading di atas??

Sebenarnya berumahtangga bukan sesenang ABC...kita kena kuat mental dan fizikal. Kenapa aku kata kena kuat mental dan fizikal? Sebab lepas berumahtangga, orang sekeliling tak akan berhenti setakat itu saja bercakap pok pek pok pek pasal kita (macamlah diaorang yang dok membela aku dari kecik sampai ke tua bangka ni....*teremosi sikit*). Bagi yang tak kuat, akan mudah rebah, stress dan mulalah banyak penyakit dok hinggap ke badan.

Percaya atau tidak, sebelum berumahtangga, orang yang kepoh-kepoh akan tanya soalan ni....
"Bila nak kahwin ni?"
(*macamla dia yang nak sponsor majlis perkahwinan kita nantikan?)
Lepas dah kahwin orang akan terus bertanya lagi...
"Ni bila pula nak bertiga...?"
(*macam dia yang nak belikan susu dan pampers anak aku!)
Lepas dah ada anak (a.k.a bertiga) orang akan tanya pulak...
"Hai, bila nak tambah lagi sorang?"
(*macam dia yang nak jadi pengasuh dan berjaga malam)
Dan soalan-soalan itu akan tetap berterusan selagi kita bernyawa. Nasib baik mulut aku belum laser nak mengajukan pulak soalan pada si kepoh-kepoh tu semua dengan soalan macam ni...
"Ni bila pulak nak menyusul masuk ke tanah kubur?"
(*sebabnya yang selalu kepoh-kepoh ni orang yang dah berkahwin a.k.a yang dah berumur la...yang mana dia sendiri dah berderet-deret anak, sebab tu berani tanya orang soalan macam tu. Cuba dia jenis 'Andartu' atau tak punya zuriat, rasanya tergam sikit mulut tu.)  

Yang aku paling tak tahan sekali bila orang yang tak ada kena mengena dalam hidup aku (i.e mak kepada kawan aku, mak kepada adik ipar aku, kawan kepada kawan mak aku, nenek sedara kepada nenek aku belah mak punya nenek...entah, aku pun pening!) pun berani nak tanya soalan tu. Apa kaitannya dengan diaorang kalau aku tak kahwin ke...tak ada anak ke...anak sorang ke...kacau hidup diaorang ke? So, korang rasa patut ke orang-orang macam ni sibuk hal aku. Mungkinlah diaorang mengambil berat (pada aku macam busy body je lebih!) tapi kena juga fikir perasaan orang. Orang tu suka ke, orang tu tak kecik hati ke? Ni main redah je! Sesetengah orang ada alasan sendiri yang tak payah nak bagitahu orang lain kenapa diaorang tak nak kahwin, tak nak anak, nak anak sorang dan bla...bla...bla... 

Manusia ni paling banyak masuk neraka disebabkan mulutlah. Kadang-kadang kita tak sedar orang dah terasa hati dengan mulut kita. Mulut tu kan lebih tajam dari sebilah pedang. Tak kena diri sendiri memang sedap mengata...kalau kena batang hidung sendiri baru tahu pedih dan ngilunya macamana.....

Fikir-fikirkanlah!

Saturday 1 September 2012

INI PERMULAANNYA....

Assalamualaikum,

Inilah kisah keluarga kecil aku. Yang dimaksudkan dengan 'Keluarga Kecil' kerana hanya ada aku, suami & putera tunggal kami, Afif. 

Kisah keluarga ni bermula pada tanggal 8.8.2004. Pada tarikh inilah aku dan suami bertunang. Aku kenal suami aku tak lama sebelum kami sepakat nak bertunang...agak-agak aku lebih kurang 6 bulan je. Orang tua-tua kata, tak elok bercinta lama-lama. Aku ikut cakap orang tua je....konon! Keluarga kedua-dua belah pihak telah sepakat untuk melangsungkan hari bahagia kami 7 bulan dari tarikh tersebut. Aku memang dah tidak sabar lagi nak bergelar isteri. Bukan disebabkan aku 'mengenyam' sangat tapi disebabkan pada tahun 2004 saja aku sudah berusia 25 tahun. Sangat sesuailah aku berkahwin pada tahun depan sebab pada usia 26 tahun jugalah kakak sulung aku dan sepupu aku berkahwin. 
(*sorry gambar tunang tak dapat disertakan sebab keadaan muka yang tak mengizinkan. Maklumlah tak guna mekap artis yang profesional :p) 

12.3.2005, pada sebelah paginya selamatlah sudah aku dinikahkan dan pada sebelah tengahari berlangsunglah majlis kami berdua. Tema pakaian masa nikah ialah beige dan masa majlis menyambut tetamu warna maroon. Masa akad nikah tu aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku. Pertamanya, memanglah aku segan sebab ramai kot manusia kat ruang tamu rumah mak aku tu dok menunggu je. Keduanya aku nerves sebab nak bergelar isteri orang. Ketiganya aku sedih lepas suami aku dah selesai lafaz akad nikah (tak silap aku, 2 kali jugaklah dia lafaz akad). Tiba-tiba terasa bangganya sebab aku dah jadi bini orang! :D 

Inilah bakal pengantinnya. Tak tahulah apa yang tengah dimenungkan...mungkin tak sabar nak kahwin @ mungkin ke tengah berdebar-debar?

Hensem pulak suami aku ni...patutlah aku terpikat! :p

Ha...tu diaaaa, selamat dah semuanya. Amin!

Ni aku nak cerita pulak tentang baju yang nak dipakai masa kenduri . Memang kedua-dua kami menghadapi kesukaran sangat. Kami susah nak cari baju sebab suami aku ni warna kulitnya agaklah ke'manggis-manggisan' sikit, jadi warna-warna yang terlalu cerah atau pun yang terlalu gelap memanglah akan menjadikan dia kelihatan pelik! Berapa puluh butik kami masuk, semua tak berkenan di hati. So, akhirnya setelah aku ter'bekenan' dengan baju maroon tu yang kami tengok di butik kat Plaza Metro Kajang, akhirnya suami aku pun ikut sajalah kata bakal isteri dia yang tercinta ni sebab dia suka dgn baju aku tu. Katanya nak tengok bini dia cantik...(namun, alkisahnya setelah di'alter' baju melayu suami aku tu masihlah lagi menggelebeh sebab suami aku yang memang berbadan ramping.)

Inilah dia baju yang kami pilih. Sekarang kalau tengok balik, rasa-rasa macam nak tukar baju lain pulak! :D 
(*punya sediakan semua kelengkapan, tapi akhirnya ada jugak yang tak ada...payung & bunga kat tangan! Hilang seri pengantin aku...cettt)

Sedap nampak lauk tu! I takleh makan banyak walaupun perut lapar sebab orang dok tengok I...perasan!! :D

Maka, nak cerita panjang-panjang tentang majlis aku tu tak payahlah kot sebab dah lebih 7 tahun berlalu. Cuma di sini aku nak bercerita tentang bagaimana bermulanya kisah 'Keluarga Kecil' aku saja. :) 

So, enjoylah my story untuk yang selanjutnya..... 

CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...