Iklan

Monday, 11 August 2014

KEPUTUSAN FOLLOW UP HOSPITAL

4/8/2014 (Isnin) lepas betul2 after cuti raya, aku dah kena ke hospital untuk follow up. Manusia kat hospital Ya Rabbi! Nak tunggu bayar pendaftaran pun ambik masa 1 jam.

Appointment pukul 8.30 pagi. Aku sampai pukul 9 pagi sebab semalam tidur kat rumah mak, so nak ke hospital pagi ni agak jauhla sikit. Afif terpaksa aku pontengkan dan tinggalkan dengan nenek dia sebab aku takut terkejar2 nanti bila dia balik sekolah.

Bila dah letak kad appointment kat dalam bekas tu, aku mula tercari tempat duduk yg 95% full. Nasib ada juga tempat so, aku pun duduk ajelah. Dalam hati berdebar2 juga. Sebenarnya tak suka nak jumpa muka doktor hari tu. Baca kat sini.

Tak lama tu nama aku kena panggil untuk timbang berat. Allah, berat naik 2 kg kot! Sejak aku makan Duphaston tu aku memang perasan badan aku macam dipam2, dengan perut pun membusung macam tak nak surut2. Adehhh...redho je la, nak sihat punya pasal.

Lepas tu tunggu turn lagi untuk masuk jumpa doktor. Tengah dok tunggu tu suami aku tanya, jumpa doktor yang termengah2 hari tu ke? Pandai lak laki aku ni nak buat lawak. Aku kata ya lah, nak jumpa doktor mana lagi? Walaupun dalam hati aku berharap sangat dapat jumpa doktor lain.

Pukul 10 lebih tunggu, pukul 12 camtu baru no. giliran aku dipanggil. Kena ke bilik No.9. Sebelum masuk tu jenguk kepala....ahhh, alhamdulillah! Doktor lain rupanya. Doktor perempuan melayu. Aku tak buat peramah dah macam hari tu. Aku kena tengok dulu angin doktor ni.

Belum aku bersuara, doktor tu yang sapa aku dulu dengan senyum manis dan suara lembut. Alhamdulillah sekali lagi. Barulah aku boleh tersenyum. Doktor Sarah nama doktor tu, doktor pakar. Doktor yang aku jumpa hari tu bukan pakar pun, pegawai perubatan je pun tapi peel mengalahkan pakar....hak tuihhhh! 

So, Doktor Sarah ni interview la aku serba sikit sebab sebelum ni aku tak pernah jumpa dia lagi walaupun dia ada semua rekod aku tapi untuk kepastian. So, tiba2 dia kata kat aku hari ni kena buat sekali lagi ambil sample tisu rahim. Dia tanya doktor ada cakapkan sebelum ni? Aku kata takde. Memang tak ada pun, doktor hampeh pemalas nak mampus tu memang tak bagitahu aku pun pasal ni. Aku pula dahla period hari ni tapi nasib baik tak banyak pun, just spotting je walaupun baru hari ke-4.

Doktor Sarah tanya aku nak buat ke? Kalau aku kata tak nak nanti kena datang balik untuk buat juga so aku kata okey ajelah walaupun aku sebenarnya tak selesa sangat dalam keadaan tengah period nak buat benda tu. 

So, aku diminta tukar kain dan baring atas katil. Mula2 doktor scan perut dulu. Bila dia scan katanya ok je. Aku pula lupa nak tanya masih tebal ke tak rahim aku sebab aku sibuk tanya soalan kalau scan boleh detect tak cyst atau fibroid? Doktor kata boleh kalau yang sizenya dalam 3cm and more.

Lepas scan barulah aku kena buka kaki aku luas2 untuk doktor masukkan alat. Doktor Sarah ni buat kerja lembut je, tak macam masa aku kena warded hari tu, aku rasa seksa dan sakit giler kot sampai nak naik kaki je ke muka doktor yang buat tu masa tu tapi dengan Doktor Sarah ni memang sakit juga tapi x sesakit dulu tu.

Beberapa minit aku 'dikerjakan' kat situ, prosedur pun habis. Doktor dah suruh aku stop ambik Duphaston Yahooo!! Lagipun stok ubat tu memang dah habis pun raya ke-2 hari tu. Aku kata period aku macam regular je. Kalau lambat pun dalam seminggu lewat. Walaupun aku ambik Duphaston tapi tetiap bulan period tetap datang.   

Kali ni baru aku tahu yang hyperplasia aku ni without atypia. Maknanya masih di stage yang awal...alhamdulillah. Sampel yang doktor ambik tadi, 2 bulan lagi baru dapat result. Doktor bagi tarikh baru appointment bulan 11 nanti.

Aku ada cakap kat doktor yang aku ada bercadang nak buat laps sebab Dr.Hamid suggest buat laps. Doktor Sarah minta aku hold dulu sampai dapat result tadi. Frust lagi kat situ sebab aku baru cadang balik je hospital aku nak call klinik Dr.Hamid untuk dapatkan date operation tapi tak apalah, buatlah satu2 dulu.

Doktor Sarah kata lepas dapat result dan result ok, kalau nak proceed untuk fertility treatment, boleh proceed kat HKL atau LPPKN, dia boleh buatkan surat rujukan sebab kat Sg. Buloh ni rupanya diaorang cuma boleh bekalkan ubat2 je, diaorang tak ada cukup alat untuk buat IUI @ IVF. Katanya kat HKL ada semua, dengan pakar pun kat sana. Okeylah, aku tak kisahlah pasal tu tapinya aku confirm makan tahun juga nak habis treatment kalau buat kat HKL tu. Tak apalah, semuanya aku serahkan pada Allah sajalah. Aku hanya berusaha, Allah yang menentukan semuanya.  

Tuesday, 22 July 2014

HADIAH HARIJADI DARI EN. SUAMI

30 June lepas was my birthday! Tahun ni En. Suami tak bawa makan mewah2 sebab dah puasakan tapi dia bagi hadiah dan hadiah dia memang ada dalam wishlist aku :D 

Nak tahu dia bagi apa?

Tada...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Bolehlah aku meng'cake' lepas ni tapi alat2 untuk meng'cake' belum cukup so step by step dan slowly la kita beli bahan2 baru kita mulakan aktiviti tu semua yer...

Owhh....hepi nyer ;)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA AFIF

Syukur Ya Allah! 

Gembira aku tengok keputusan yang Afif bawak balik untuk peperiksaan penggal pertama dia tempoh hari. Sebenarnya belajar pun last2 minit dengan dia sebab memo dari cikgu pun dapat beberapa hari sebelum periksa. Nasib baik Afif dah ingat dan ada sense dia sendiri nak menjawab soalan2 tu.

Keputusan sekolah agama agak jatuh berbanding dengan awal penggal hari tu tapi masih memuaskan hati aku. Cuma ada 1 kertas je dia dapat 70%. Itu pun sebab ada beberapa soalan dia tak jawab, mungkin tak sempat tapi untuk kertas Bahasa Arab, ustaz kata cuma dia seorang je yang dapat 100%.

So, inilah keputusan peperiksaan Afif untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan hari tu...


Ini antara kertas2 peperiksaan Afif yang lepas.

Ini keputusan dia dalam darjah. Dapat No. 7 dalam kelas tapi keseluruhan No. 34 daripada 195 orang. 6A 1B. Well done dear!

Kertas2 peperiksaan sekolah agama. 

Keputusan dalam darjah dapat No. 3 daripada 15 orang. Peratusan agak jatuh tapi masih memuaskan.


Ini keputusan periksa Afif masa awal penggal hari tu. Dapat No. 3 juga di dalam kelas tapi masa ni peratusan dia tinggi berbanding keputusan periksa yang terkini.

Mama harap Afif kekalkan prestasi macam ni sampai bila2 ya sayang...







Friday, 4 July 2014

MENU BERBUKA KU

1 RAMADHAN 
 Tortilla Ayam, Mashed Potato & Salad

2 RAMADHAN 
 Nasi Goreng Kerabu, Wantan Goreng / Kukus & Jus Soursoup

3 RAMADHAN
 Mee Hailam, Cucur Udang & Sirap Limau

4 RAMADHAN
 Bihun Goreng Singapore, Kuih Getas2 & Air Jagung

5 RAMADHAN
Koey Teow Goreng, Cucur Labu & Sirap Bandung

Semoga semua mendapat inspirasi dan manfaat bersama yer!
Selamat Berbuka...

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum... 

Lamanya tak bersiaran...aduiii, kenapalah makin malas nak update blog ni tah. Tup2 dah masuk bulan Ramadhan pun. 

Bersempena bulan Ramadhan ni apa yang istimewa kawan2?

Apalagi...makanan lah!!!

Juadah berbuka memang meletops boom kebaboom la korang ek? Aku macam biasa je...
Bila dah makin berumur ni, nafsu nak makan banyak2 pun tak ada. Cukup dengan makanan berat dan kuih2 je sikit.

Dah 2-3 tahun kot aku tak menjengah ke bazar ramadhan lepas jadi surirumah ni. Kadang2 rindu lak nak ke sana, baru terasa suasana berpuasa gitu tapi memikirkan harga2 makanan kat bazar tu semakin lama semakin la tak berkemampuan aku dibuatnya, so lebih baiklah aku jadi surirumah dan isteri yang mithali dengan memasak sendiri untuk suami dan anak. Yang penting kebersihan tu!

Tahun ni aku excited juga nak masak untuk juadah berbuka. Adalah juga buka buku2 resepi dan google tapi masih tak cukup dan kepala masih kosong...kosong...setiap kali nak berbuka nak buat juadah apa.

Tahun ni tahun pertama ajak Afif bangun bersahur bersama. Kesian juga sebenarnya sebab lepas sahur dah nak kena ke sekolah agama. Balik sekolah agama nak ke sekolah kebangsaan pula. Balik sekolah kebangsaan, lepas berbuka dia ke surau untuk terawih pula. Penat juga budak tu tapi dia memang terpaling excited nak ke terawih. Bukan bulan puasa pun ajak berterawih sebab nak minum teh masa moreh...apa yang sedap sangat teh kat surau tu pun aku tak tahulah.

Aku tak paksa sangat Afif berpuasa penuh tahun ni. Tapi aku akan make sure sekurang2nya setengah hari memang dia berpuasa. So slow2 la nak suruh dia capai satu hari penuh.

Dengan cuaca yang panas sekarang ni, kesian pula kat budak2. Bila Afif ke sekolah kebangsaan aku bekalkan air dan duit belanja sikit. 1st day dia bawa bekal air dia okey tapi balik tu dia marah2 aku. Katanya kawan2 semua ejek dia tak puasa. Esok katanya dia tak nak bawak bekal air dah, duit pun tak nak! Amboi...berlagak betul bunyinya. So akulah terpaksa terangkan kat dia yang Afif masih dalam tempoh latihan. Afif masih belajar macamana nak berpuasa. Afif kena terangkan kat kawan2 yang Afif tengah belajar dan Afif puasa setengah hari dulu, lama2 nanti Afif akan puasa penuh. Afif kecik lagi, Allah tak marah. 

Lepas dia dengar explaination aku baru dia cool down. Esoknya aku masih bekalkan dia air. Balik sekolah habis juga air tu. Katanya kawan2 pun kongsi minum...pulak! Hari ke-4 sampai hari ke-5 pun aku buat benda yang sama cuma hari ke-6 dia makan sahur habis sepinggan (itupun sebab aku suap) dan sempat minum air sebelum azan, aku pujuk dia supaya tahan puasa sampai maghrib. Dia okey je. Aku pun dah tak bekalkan dia air tapi aku masih bagi duit belanja...tak banyak pun, RM1 je in case dia tak tahan sangat nanti.

Aku tak tahu macamana keadaan dia hari ni sebab dia masih kat sekolah lagi ni. Petang ni abah Afif tak ada untuk berbuka bersama. Dia berbuka dengan Officemate kat luar la pula. Sudahnya makan berdua ajelah kami...ooo, aku ber'cuti'. Hari ke-3 hari ni. Tapi Cik 'P' datang tak byk pun...brownish je, risau pula aku sebab kalau datang tak banyak ni biasanya akan berlarutan lebih seminggu...aku tak nak!!

Korang nak layan tak gambar menu berbuka aku? Aku ni berbuka jenis tak makan nasi berlauk. Aku memang dah dibiasakan dari kecik makan kuih2 dan yang bergoreng2 je. So agak leceh sikitla sebab sahur nanti tak boleh nak panas2kan aje lauk, memang kena bangun memasak fresh2 lauk pagi tu.

Kita layan gambar kat next entry k.....chow!






Friday, 2 May 2014

EH! APASAL RINDU SANGAT NI?

Macam menggedik sangat pula entry kali ni...hihuhihu.

Pernah tak korang tiba2 rasa rindu sangat kat suami korang walaupun pagi tadi baru je jumpa. Ha! Aku antara golongan manusia tu. Tak tahulah kenapa hari ni duduk rumah rasa serba tak kena je. Ingat kat en.suami dan rindu sekali pula tu. 

Nak buat macamana ek kalau dah begitu penyakitnya? Gatal betul! Macamlah baru dua tiga bulan menikah. Anak pun dah sekolah dah oiii dok buat perangai gedik macam ni pula. 

Habis tu nak buat macamana dah betul2 rindu ke dia? Nak jumpa dia tengah malam satgi nun...terasa lambat masa berjalan. Cehhh! :D Nasib baiklah teknologi sekarang macam2. Nak ber'facetime' segan pulak, so ber'telegram' ajelah...siap en.suami menyanyi pulak tu untuk bini dia. Lagilah menggeletis aku ni...muahahaha :D

Tapi kenapa ek aku berperasaan macam ni? Macam tengah bercinta pula rasanya perasaan macam ni. Eleh...macam korang tak pernah rasakan macamana perasaan orang bercinta. Nak cover lah tu! Nasib baiklah dah sah jadi suamikan, kalau yang belum berkahwin tu no...no...no...jangan nak buat hal menggeletis macam aku! :p

Walaupun dah bermesej dengan en.suami tapi belum hilang juga rindu ni sebenarnya. Nak kacau dia lagi tak boleh dah, orang tu tengah sibuk bekerja. Takpe, tunggu ajelah yer!

Thursday, 1 May 2014

SELAMAT HARI PEKERJA

1st May...of course semua orang dah tahu, hari pekerja. Bagi surirumah macam aku ni tak adalah istilah cuti hari pekerja. Setiap hari pun bekerja. Untunglah juga bagi mereka yang punya pasangan yang bekerja, maksud aku bukan bekerja sendiri macam pasangan aku. Sebabnya bila hari pekerja bolehlah bercuti bersama-sama.

Sejak encik suami aku bekerja sendiri, aku tak pernah merasa macam orang lain yang punya suami berada bersama setiap malam. Malam aku setiap hari ditemani Afif je. Hujung minggu pun ditemani Afif je. Mujur ada Afif, kalau tak lagilah aku mati kutu. Kalau encik suami cuti pun dia hanya akan ditemui di depan laptop atau di atas katil...buat taik mata! Muahahaha...

Kesian encik suami seorang diri keluar mencari rejeki buat kami. Kadang bila tengok dia tertidur lena, timbul rasa kesian tapi kalau dah lepas bangun tidur sambung tidur balik dan lagi dan lagi timbul rasa hangin pulak! :p

Oh, hari ni katanya nak bawa aku ke pesta buku...ku tunggu dan tunggu sampai ke malam tak muncul2. Nampak tak macamana perasaan mempunyai pasangan yang bekerja sendiri? Boleh berjanji tapi belum tentu dapat kotakan. Sebagai isteri kena tabah dan redha je lah. Dah tu nak buat macamana dah itu kerja dan punca pendapatan dia.

Okey, sebagai seorang surirumah kalau ada yang bertanya aku tak teringin ke nak bekerja balik? Jawapan aku...mungkin tidak! Aku rasa lebih tenang macam ni kot. Tak payah fikir nak tersekat dalam kesesakan lalu lintas, tak payah fikir politik kat pejabat, kurang sikit dosa aku dok dengar orang mengumpat. Kalau nak bekerja pun mungkin aku nak bekerja sendiri je. Aku dah serik dengan pengalaman lepas. Memanglah teringin nak pegang duit sendiri. Terasa sangat bila tak dapat pegang duit dalam tangan tapi aku boleh sabar sajalah, dah itu jalan yang aku pilih.

Okey buat semua pekerja2 di Malaysia ni, nasihat aku kalau bekerja tu biarlah ikhlas dan bekerja betul2. Ingatlah duit yang kita dapat tu nak buat belanja bagi anak2 dan keluarga makan, biarlah berkat. Selamat Hari Pekerja buat semua.




Wednesday, 2 April 2014

KATA2 ITU MENGGONCANG JIWA

Malam...

Seperti biasa, sebelum tidur aku akan arahkan Afif untuk ke bilik air dan menggosok gigi.

Lepas selesai semuanya, dia berdiri sebelah aku sambil dengan selamba mulut dia berkata...
"suatu hari nanti Afif akan mati..." 

Aku pandang dia. Muka dia bersahaja.

Aku tanya kenapa Afif cakap macam tu? Hati aku risau...risau sangat2!

Kata dia pada aku seolah2 takut dimarahi...satu hari nantikan kiamat! Tapi aku masih tak puas hati sebab tiba2 saja kata2 tu meluncur keluar dari mulut dia.

Aku pandang dia lagi...aku kata pada dia, aku tak suka dia cakap macam tu. Aku peluk dia...rapat2 dan erat. Aku katakan pada dia, aku sedih! Jiwa aku macam direntap tiba2. Airmata bergenang di kelopak mata. Cuba aku tahan tapi tak mampu...menitis setitik...dua titik dan kemudian berderai. Aku tak dapat sembunyikan daripada Afif lagi tapi segera aku sapu.

Ya Allah! Kenapa sayu sangat hati aku bila dengar dia ucapkan kata2 itu? Ya Allah! Jamganlah kau ambil harta aku yang paling bernilai itu. Aku masih perlukannya. Aku akan jaga dia sebaiknya. Pinjamkan lagi dia padaku Ya Allah!  Dialah satu-satunya peneman dan penawar yang aku ada...

Hati ini nyata masih tidak tenang....

Friday, 21 March 2014

TAHNIAH AFIF!

Afif baru selesai peperiksaan penggal pertama untuk Sekolah Agama minggu lepas. Mama memang alergik bila dengar periksa ni. Mulalah mama pun gabra.

Memang tak tahu nak ajar Afif macamana. Nasib baik sekolah ada bagi silibus pelajaran yang budak2 dah belajar, so kami ulangkaji sama2lah silibus yang dah belajar tu. Cikgu pun lagi dua hari lagi nak exam baru nak bagi surat kata nak exam. Nasib baik silibus pelajaran tak banyak. Sempatlah ulangkaji sekejap malam sebelum Afif masuk tidur.

Macamana nak ulangkaji dengan budak ni? Mana2 pelajaran yang kena menulis macam Jawi tu suruh dia praktis menulis la. Pelajaran yang dia kena hafal macam Akhlak, Tauhid, Bahasa Arab dsbnya tu aku duduk dengan dia dan baca sama2. Lepas tu soal dia ulang2 kali.

Alhamdulillah Afif nampaknya dah boleh juga baca tulisan Jawi sikit2 walaupun baru 3 bulan bersekolah. Ayat Kursi pun dah hafal walaupun sebelum sekolah dulu hari2 mama bacakan kat telinga pun tak juga hafal. Menulis Jawi pun nampak okeylah bagi budak Darjah 1 macam dia. 

So, minggu ni Ustazah dah start pulangkan semula kertas2 peperiksaan tu. Alhamdulillah sekali lagi bila mama tengok result Afif. Mama pun tak tahu macamana cara peperiksaan tu berjalan tapi tengok keputusan ni mama dah boleh tersenyum sampai ke telinga. Mama harap keputusan macam ni yang mama akan tengok sampai tamat sekolah.


Memang tak sia2 mama susah payah nak dapatkan Afif dulu. Sejuk je perut mama mengandungkan Afif. Mama doakan Afif terus cemerlang dan jadi anak yang berguna. Sayangggggg Afif. 

Abah dah promised kalau Afif dapat result bagus nak bawa tengok wayang...seronoklah budak tu dapat tengok wayang. Lagi seronok kalau abah bawa pergi bercuti. Bukan takat Afif je yang seronok, mama lagi seronok. Kesian juga kat Afif tu, jarang sangat dapat peluang bercuti...sesekali dia dapat bercuti kemana-mana memang dia ingat sangat tempat yang dia pergi tu. 

Thursday, 20 March 2014

ENDOMETRIAL HYPERPLASIA

Menatang apa pula Endometrial Hyperplasia ni kan? Aku pun baru tahu istilah ni semalam semasa pergi untuk follow up kat hospital. Hasil dari ujian tisu dinding rahim yang dibuat masa aku warded hari tu, kata doktor aku ni ada Endometrial Hyperplasia. 

Maksudnya lebih kurang macam dinding rahim yang terlalu tebal. Kalau dinding rahim orang lain tebalnya 10mm, dinding rahim aku goes to 20mm...it's a hyper growing. Disebabkan itulah aku kerap period dan period aku banyak...kata doktorlah!

Doktor bagi aku Duphaston. Untuk apa duphaston? Doktor kata ia akan membuatkan dinding rahim aku tak akan menebal lagi yang mana kalau dibiarkan kemungkinan besar aku boleh dapat kanser rahim. 

"Endometrial Hyperplasia terjadi akibat hormon estrogen dalam tubuh terlalu tinggi melebihi hormon progestrone. Pil Duphaston yang mengandungi bahan aktif ‘dydrogesterone’, iaitu hormon sintetik yang menyerupai progesterone utk menggalakkan hormon progestrone sekaligus mengawal estrogen dari menebalkan lagi endometrium pd rahim.. utk seimbangkan hormon. Mungkin bila hormon sudah seimbang maka endometrium akan menebal pada kadar yg normal...(copy paste dari komen seorang sahabat).

Okey, sebenarnya aku nak ceritakan apa yang berlaku pada hari aku berjumpa dengan doktor semalam. Aku yang pada mulanya sangat excited untuk berjumpa doktor untuk mengetahui apa keputusan pap smear dan sampel dari tisu rahim yang diambil sebelum ni menjadi sangat kecewa dan sedih. Aku dah excited sangat nak sambung balik treatment untuk fertility. Aku dah target yang tahun ni aku nak mulakan treatment semula. Umur makin meningkat, aku risau...

Pukul 12 tghr aku dah sampai ke Klinik Pakar O & G Hospital Sg. Buloh. Appointment pun memang pukul 12 tghr. Aku ingat tak ramailah rupa2nya meleset sama sekali. Aku dapat no. giliran 3094 dan no. giliran yang dipanggil waktu tu 3054. Bayangkan lagi 40 org dan berada di hospital kerajaan kalau nak tunggu lagi 40 orang tu sama macam boleh travel dari KL sampai ke Penang!

Like I said, pukul 3.10 minit barulah nombor aku kena panggil. Sebelum tu dah sempat pergi lunch dengan encik suami. Oh! Afif sekolah hari ni tapi aku minta tolong mak dan ayah aku datang untuk tolong uruskan dia ke sekolah kebangsaan sebab aku memang tak sempat coz appointment aku pukul 12 kan?

Aku dapat bilik no.2. Doktor tu nama Ida tak silap aku. Orangnya pendek2 dan badan gempal. Masa nak masuk bilik dia, dia nampak kelam kabut keluar dan suruh aku dan suami tunggu. Ok fine, tak kisahlah nak tunggu lagi. Dalam 2-3 minit baru dia masuk balik dalam keadaan tergesa2 dan tercungap2. Dia sempat cakap ujian pap smear aku ok, tak ada masalah. Lepas tu dia cakap pula hasil ujian tisu dinding rahim aku detect yang aku ada masalah yang tadi tu lah....endometrial hyperplasia! Dia sempat explain sikit lepas tu dapat phone call pula. Lepas letak phone dia sekali lagi tergesa2 keluar.

After 5 minit kemudian pula baru dia masuk dalam keadaan tercungap2 lagi. Entahlah apa yang baru dia kejarkan tadi. So bila dia masuk dia pun sambung explaination pasal penyakit tu tadi. Bila dia dah start explain, aku pun mulalah menyoal. Maklumlah ini istilah yang baru pertama kali aku dengar, mestilah banyak yang aku nak tahu dan aku memang zero pasal penyakit tu walaupun memang setiap kali aku jumpa doktor dan buat scan, doktor akan kata rahim aku tebal. Tapi setiap kali doktor kata rahim aku tebal, doktor2 yang aku jumpa tu tak pernah cakap pun pasal penyakit ni jadi aku ingat tak jadi masalah besar rahim aku tebal.

Bila doktor ni kata nak start aku dengan Duphaston selama 3 bulan, aku dah jadi down sikit. Aku ingat lepas 3 bulan kena ambik Ravimed yang mana aku memang tak boleh buat treatment dalam tempoh tu, bila dah selesai dengan Ravimed, aku dah boleh mula treatment tapi aku hampa.

Kata doktor kalau rahim yang tebal ni dibiarkan, lama kelamaan berkemungkinan boleh dapat kanser rahim. Okey, tak kisahlah kalau nak start dengan Duphaston pun tapi aku cakaplah dengan dia yang aku kalau boleh nak start dengan fertility treatment. Dia dah mula tinggi2 suara dengan aku. Katanya buat satu-satu dik! Kena settlekan semua masalah dulu baru boleh nak buat treatment.

Bila masa pula aku kata aku tak nak buat satu2? Tak sempat aku nak menyampuk apa, dia punya bebel2. Bebel2 saja aku tak kisah tapi ton suara dia punyalah high macam aku ni buat salah besar pula kat dia...dah apahal?

Aku tanya juga kenapa kena makan duphaston? Apa fungsi duphaston tu? Sebagai seorang pesakit, aku tak ada hak ke nak tahu ubat yang doktor bagi aku makan? Dengan suara tak puas hati dan menghentak2 pen, katanya supaya dinding rahim aku tak akan menebal. So, sekarang ni dinding rahim aku tebal sangat, macamana pula dia nak menipis? Aku pun tanyalah lagi, dinding rahim aku akan menipis dengan cara macamana? Keluar period ke? Tiba2 menipis ke? Dia dah hangin satu badan macam kera. Mula dia menengking aku. 

"Dik, saya kat sini dari pukul 8.30 pagi sampai sekarang tau!" So?? Motif nak cakap dia ada kat situ dari pukul 8.30 pg? Hello doktor...nak saya ingatkan doktor ke yang doktor tu tengah bekerja? Memanglah kena duduk kat situ dari pagi atau doktor nak masuk kerja tapi duduk kat cafe sambil hirup kopi sampai petang? Saya ni datang dari tengahari sampai ke petang tunggu apahal pula? Saya dibayar gaji ke tunggu kat situ? Ditolak gaji mungkinlah kot.

Aku masih gak tak puas hati sebab dia punya explanation memang aku tak faham. Katanya dinding tu akan menipis. But how? Dia akan menipis! Itu aje yang dia cakap. Kalau koranglah yang memang tak ada ilmu pasal ni semua, tak sakit hati dapat jawapan macam tu? Kalau bukan nipis melalui period, dia akan kecut sikit demi sikit ke, mcamana...tak boleh nak explain ke? Sebab apa yang aku tahu dinding rahim tebal tu terdiri dari darah jugakan? So sebab tu aku tanya ia akan gugur sebagai darah ke apa? Baik lagi sahabat dalam FB aku explain macam yang kat atas tadi, faham juga aku. 

Dahlah nak explain pun bengap, suara dok tengking2 aku pula macam aku anak dia sampaikan ada staff nurse datang jenguk kat pintu bilik. Katanya dia belajar sampai 5 tahun tapi still bila nak explain kena google juga sebab nak tunjuk kat aku. Kalau belajar sampai 5 tahun, nak explain kat pesakit pun kena google baik tak payah! Aku pun boleh google sendiri. Aku ni langsung tak pernah belajar, kau budget aku nak terus tangkap dan pandai apa yang kau explain? Vangang punya doktor! Memang kena maki dengan aku je doktor yang buat kerja marah2 patient macam ni. Depan2 pesakit nak hentak2 keyboard, nak hentak2 pen, nak buat2 bunyi mulut tak puas hati. Doktor memang tak perlu ada etika ke masa merawat pesakit?

Hei, tolonglah...kami pesakit ni bukan hadap sangat nak pergi hospital tu. Nak tunggu berjam2 semata2 nak dapat explaination yang tak sampai 5 minit ok! Kami bukan suka2 nak sakit. Kami tak minta. Faham sikit perasaan orang dan hormat sikit walaupun awak tu pangkat Doktor ke apa tapi jangan lupa semua tu pinjaman dari Allah saja. Kalau rasa tak ikhlas nak buat kerja tu, jangan buat! Cari kerja lain. Kerja tu biar dengan niat nak tolong orang bukan nak menjatuhkan airmuka dan menyakitkan hati orang.

Aku memang dah bergenang airmata tapi aku cuba tahan daripada menangis depan doktor vangang tu. Suami aku pun nampak tak membantah, so aku pun malas nak bahasakan balik doktor tu. Katanya aku masih muda...35 tahun! Dia ada patient yang umur 52 tahun. Jangan jadi doktor bodoh boleh tak? Tahap kesuburan setiap orang sama ke? Umur masa menopos setiap orang sama ke? Umur masa 1st datang period setiap orang sama ke? Kau nak aku pregnant masa umur berapa? 50 tahun? Dengan macam2 masalah dan kemungkinan yang aku kena tanggung masa tu? Aku memang angin tahap gaban hari tu.

Dah tu tak pasal2 dia ceramah aku kenapa nak start dengan clomid balik sedangkan aku pernah buat IUI...serius aku tak faham! Lepas tu dia pun bagi example konon aku dah naik pangkat jadi Sarjan, kenapa nak turun pangkat jadi Konstable balik? Ha?? What?? Apa yang kau meraban ni doktor? Apa plak keluar Sarjan Konstable segala ni? Bila masa pula aku minta Clomid segala tu? Aku tak ada cakap pasal Clomid pun. Aku memang malas nak ambik tahu, aku angguk je. Apa masalah kalau dah pernah buat IUI tak boleh ambik clomid balik ke? Aku tak tahu tapi aku tak ada hati pun nak tanya!

Yang aku heran bila suami aku tanya soalan kat dia, boleh pula dia slow down volume suara dia tapi aku waktu tu dah tak minat nak tanya dan tahu apa pun. Aku cuma nak cepat2 keluar je dari bilik tu. Bila dia tanya nak next follow up sebelum raya ke selepas raya pun aku main jawab je lepas raya. Aku sebenarnya dah tak ada hati nak follow up ke situ lagi. Bila keluar bilik tu, aku tak cakap terima kasih pun. Untuk apa terima kasih? Aku tak dapat apa yang aku nak, cuma kena herdik adalah. Dahlah bagi Duphaston 3 bulan tapi follow upnya 5 bulan lagi...memang boleh berjanggut aku nak tunggu setiap kali nak follow up kat hospital ni.

Seriously 2 hari juga emosi aku terganggu disebabkan tu. Aku betul2 down dan jadi terlalu sensitif. Nampak tak macamana fragilenya hati kami yang sedang TTC ni? Niat kami cuma nakkan zuriat, hina sangat ke? Kalau nak kata untuk kepentingan diri aku sendiri zuriat tu mungkin tidak. Harapan dan impian aku cuma nak bahagiakan suami dan anak aku. Itu yang mereka harapkan sangat dari aku tapi aku tak mampu...tak terasa ke diri ini sangat tak berguna.....................? 



































CORETAN YANG LALU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...